4 Jul 2013

100 Wanita Dirogol Semasa Aksi Demonstrasi Anti Mursi


Kaherah : Mengerikan! Hampir 100 wanita menjadi mangsa rogol yang berleluasa di Lapangan Tahrir, Kaherah, Mesir selama empat hari aksi demo anti pemerintah.

Hal tersebut disampaikan organisasi HAM, Human Rights Watch (HRW) yang berpusat di New York, Amerika Syarikat seperti dilansir pejabat berita AFP, Rabu (3/7/2013).

“Massa melakukan serangan seksual dan dalam beberapa kes memperkosa sekurang-kurangnya 91 wanita di Lapangan Tahrir … di tengah iklim kekebalan dari undang-undang,” demikian disampaikan HRW dalam statemennya.

HRW menyebutkan angka tersebut diperoleh daripada kumpulan antikejahatan seks Mesir, Egyptian Operation Anti-Sexual Harassment / Assault, yang membuka nombor hotline bagi para korban kejahatan seks. Disebutkan bahawa pada hari Ahad, 30 Jun lalu dilaporkan ada 46 kes rogol, 17 kes pada Isnin, 1 Julai dan 23 kes serupa pada Selasa, 2 Julai waktu setempat.

Menurut kumpulan hak-hak wanita lain, Nazra for Feminist Studies, ada lima kes rogol saat demonstrasi pada hari Jumaat, 28 Jun waktu setempat.

HRW menyeru pejabat-pejabat dan para tokoh politik Mesir untuk mengutuk dan segera mengambil langkah-langkah untuk menangani tingginya angka kekerasan seksual di Lapangan Tahrir yang menjadi ikon Kaherah itu.

“Maraknya serangan seksual selama aksi demo di Lapangan Tahrir menekankan kegagalan kerajaan dan semua parti politik dalam menghadapi kekerasan yang dialami kaum wanita di Mesir setiap hari di tempat-tempat awam,” cetus Joe Stork, Timbalan Pengarah HRW untuk Timur Tengah.

“Ini kejahatan serius yang menahan wanita untuk menyertai penuh dalam kehidupan awam Mesir saat titik kritis perkembangan negara,” tambahnya.

Menurut HRW, beberapa wanita bahkan harus menjalani operasi usai mengalami pemerkosaan itu. “Mereka dipukul dengan rantai logam, kayu dan kerusi-kerusi, dan diserang dengan pisau,” demikian statemen HRW.

Beredar khabar angin bahawa rogol itu dilakukan para preman yang memanfaatkan ketiadaan polis keamanan di lokasi dan mereka yakin akan lolos dari jeratan undang-undang. Namun sejumlah pihak mengatakan, kejahatan-kejahatan seks itu merupakan usaha terancang untuk mencegah kaum wanita ikut berdemo dan untuk merosakkan imej demonstrasi antipemerintah. – Detiknews

Ulasan GB

Berita di atas, jika sekalipun benar perlu dibaca berhati-hati kerana ia masih meletakkan kejadian pemerkosaan itu ke atas pemerintah (Mursi) dan dikatanya ia sebagai usaha terancang mencegah kaum wanita untuk berdemo disamping merosakkan imej demo anti-pemerintah.

Walhal dari maklumat yang tersebar luas, apa yang sebenarnya berlaku ialah, kebanyakan pemerkosaan dilakukan oleh pihak tentera yang menentang pemerintah Mursi.

8 ulasan:

Awanama berkata...

Masalahnya kes rogol berlaku di Medan Tahrir tempat kumpulan anti Muhsi berkumpul. Di masjid tempat golongan pro Muhsi berkumpul tak ada pun cerita ni. Jika dibandingkan Ikhwan Muslimin dengan PAS, Ikhwan Muslimin adalah berganda lebih berdisiplin dari ahli PAS. Jadi tiada sebab pihak pro Muhsi melakukan perkara sedemikian... lagi pun Ikhwan Muslimin adalah berpaksikan Islam... Islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu tujuan. Tapi kalau puak UMNO Mesir aku tak taulah... tapi kes pencabulan terhadap wanita pernah dilaporkan berlaku dalam himpunan sepupu mereka di Malaysia.

BaDiN berkata...

Pelbagai cara telah dilakukan untuk menjatuhkan Dr Mursi TAPI tidak berjaya,Dengan cara ini sajalah Hasrat itu tercapai TAPI mesti diingat peristiwa sebelum Mubarat tumbang akan berulang.Tidak mustahil Mesir akan terus bergolak dan kerajaan Haram Jadah ini tidak kekal lama.

XUMNO berkata...

Yang berdemo di Medan tahrir itu adalah gulongan toughut. Jadi tak hairanlah perangai mereka juga macam setan; ini termasuklah perempuan2 yang sama2 berkumpul di situ untuk menjatuhkan kerajaan islam yang dipilih.Dengan kejatuhan kerajaan sah, maka terimalah bala kena rogol!!Jinstu

Awanama berkata...

Ayuh muslimin pintu jihad telah dibuka rakyat mesir tiada pilihan selain persiapkan diri untuk berjihad puak yang mengaku amalkan demokrasi tidak akan mahu tunduk dibawah pemerintahan yang mengamalkan islam mereka dibantu.puak sekular dan kafir harbi sedunia demi menyusukan yahudi laknattullah.satu peringatan buat kita dimalaysia

Awanama berkata...

Ingat! Allah akan menurunkan bala kepada org-org yang mungkar. Ingat sejarah Fir'aun dibumi mesir. Pasti ia akan berulang kembali jika peristiwa penghinaan Islam, Wanita dan kanak berterusan.

al azhari berkata...

sangat sedih golongan islamik yg majoriti dijatuhkan oleh golongan sekular yang minoriti dengan cara haram di bumi Al AZHAR AL SYARIF!! aku harap mesir tidak ditimpa bala...!! sekular memang celaka!! tak tau halal haram!!

Awanama berkata...

Yahudi dibelakang tindakan ini sama seperti diLibya.Kerajaan Malaysia belum bawa balik rakyat atau keadaan terkawal.Jangan keadaan semakin runcing baru sibuk bawa keluar.

Awanama berkata...

sebenarnya takde cerita kes rogol tu pun. sengaja direka untuk menjatuhkan Murshi dan menakutkan orang ramai.

cerita sebenarnya adalah yang merogol tu adalah tentera yang merampas kuasa dari murshi.yang melakukan perkara tersebut.

sapi punya susu lembu punya nama.