28 Jun 2013

PRK Kuala Besut Mesti Dikendali ‘SPR Baru’ - Nurul Izzah


Hanya ‘SPR baru’ yang layak mengendalikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu, kata ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

“(Pilihan raya kecil) Kuala Besut hanya dilaksanakan bila ada pimpinan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang baru dan credible (wibawa).

“Nak teruskan dengan dakwat yang sama, dengan pimpinan (SPR) yang sama?

“Pada saya ini tak boleh diterima pakai,” kata Nurul Izzah ketika membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun 2013, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat kanser paru-paru.

SPR Terengganu dalam kenyataannya hari ini memberitahu, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut boleh diadakan dalam tempoh 60 hari mulai tarikh pewartaan kekosongan DUN selewatnya hingga 27 Ogos depan.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut mengusulkan pemulihan segera SPR melalui satu jwatankuasa parlimen bagi melantik pengendali pilihan raya yang baru dan berwibawa.

“Dewan yang mulia ini mesti sedar bahawa mandat majoriti 51% yang diamanahkan kepada Pakatan Rakyat memberikan hak dan kuasa mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.

“Kehendak Rakyat menuntut agar sistem pilihan paya yang nyata gagal dan pincang mesti dipulihkan,” tegas Nurul Izzah. -KD

5 ulasan:

Awanama berkata...

SPR dh terang2 menipu..klu pilih org yg sama kendalikan SPR bermakna dia nk tipu rakyat lg sekali. dosa spr kami x akan maafkan.

Rosli berkata...

Pandangan yg sangat tepat dan logik untuk diberi perhatian oleh minda yg terbuka dan telus. Sewajarnya dilaksanakan supaya semua pihak yg terlibat berpuas hati dan tiada pertikaian di kemudian hari.

Amuraria berkata...

mangkuk samdol dua ekor tu degil tak mau letak jawatan kalahkan yahudi@zionis daa! ABU jangan lupa !

Awanama berkata...

Dengan kerenah yg diamalkan oleh SPR.. mustahil PR akan menang K Besut... mereka akan tetap mempertahankan UMNO at whatever cause & cost.

Awanama berkata...

Negara maju teknologi IT hebat megapa masih guna dakwat. Buat macam bank guna masin kesan ibu jari dan kad pengenalan kan senang. Jangan tipu lah kerana banyak kad pergenalan palsu terbongkar bila guna cara biometric.Apa apa pilihanraya kecil atau besar mesti pakai biometric baru betui, selagi dakwat selagi itu menipu. Jangan ingat kita bodoh tipu di dunia, tapi bagi anak bini makan, selamatkah begini?Allah menyaksikan segala durjana ini dan neraka lah tempat mu.Cuma orang yg buta hati tak nampak perbuatan burok pemimpin ini, sebab taksub dgn media penabur fitnah mereka.Ini adalah urusan dgn manusia, jika tak dimaafkan masuk neraka, kalau dosa dgn Allah boleh diamponi jika bertaubat dan InsyAllah dapat surga.