28 Jun 2013

Sultan Selangor: Beri Kerjasama Kepada Kepimpinan Khalid

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta semua wakil rakyat, termasuk wakil Barisan Nasional (BN), memberi kerjasama penuh kepada kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Baginda, berjaya atau tidak pentadbiran Selangor itu bergantung kepada wakil rakyat dan pemimpinnya mentadbir dan memajukan negeri berteraskan undang-undang sedia ada.

“Beta menaruh harapan agar ahli-ahli Yang Berhormat dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negeri yang kita kasihi ini,” titahnya dalam ucapan Majlis Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Pada masa yang sama, baginda menasihatkan Abdul Khalid supaya bertugas dengan lebih tekun, gigih dan terus berusaha mempertahankan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia dan sentiasa dihadapan sepanjang masa.

Baginda bertitah, wakil rakyat perlu menghormati kedaulatan undang-undang dan memastikan segala tindakan dan keputusan yang diambil tidak bercanggah dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

“Janganlah hendaknya ada pihak yang menyalah tafsir peruntukan undang-undang tersebut kearah kepentingan dan manfaat sesuatu golongan tertentu sahaja.

“Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Undang-Undang Negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing,” titahnya.

Sultan Sharafuddin turut menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus baik (good governance) dan mahu sistem ini terus diamalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Baginda turut berbangga dengan hasil Keluaran Dalaman Negara Kasar (KDNK) Selangor berjumlah 22% dengan mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM11.

73 bilion pada tahun lalu dengan 252 projek berjaya dimajukan.

Sehingga Mac 2013, jumlah pelaburan yang terus mengalir masuk ke Selangor telah mencecah RM700 juta dan mahu usaha perlu digiatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelabur melabur di Selangor.

Selain itu, baginda juga mahu dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” (MES) diteruskan dan diperluaskan lagi skop pelaksanaannya bagi membantu meringankan beban sekaligus mengurangkan perbezaan pendapatan rakyat.

Baginda percaya, dengan peruntukan MES yang dibelanjakan sebanyak RM856 juta sejak tahun 2008 sehingga Februari 2013, rakyat mendapat manfaat hasil kekayaan Selangor itu terutamanya golongan miskin dan yang memerlukan bantuan. -FMT

3 ulasan:

Amuraria berkata...

baginda nampak jika macam dulu angkat jin & anak hantu toyol habis la fulus negeri ! ABU jangan lupa untuk banteras gejala rasuah,kronisme & penyelewengan tegar besar-besaran !

Tanpa Nama berkata...

Ini lah raja yg patut aku sanjung tetapi dalam bab ugama sultan harus mendalami agar selangor lebih di rahmati Allah. Let get back to Islam,patik sedih bab ugama tuanku jauh ketinggalan.Tuanku adalah pemimpin dan takut lah azab Allah kerna tak laksana kan Islam yg total setelah di berikan nikmat pangkat dan kekayaan. Suruh lah anakda tuanku belajar AlQuran seboleh nya hafal sebelum mengambil tugas tuanku kerna ini akan di soal Allah. Ambil contoh sultan kelantan, ugama nya No. 1,boleh jadi
imam dan tak banyak protokol dan patik tak sabar untuknya ditabalkan sebagai Agung.Bertaubat lah sesungguh setiap yg jahil itu boleh di baiki dgn bertaubat dan terus mendekati Allah dgn beramal sholih.Patih mohon ampun beribu ampun jika komen ini menyinggung semua kerabat di raja Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dgn anda,mudah2an ada wakil raja yg arif tentang islam dan hukum2 islam