2 Jun 2013

Dahulukan Tubuh Suruhanjaya Diraja


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mencadangkan agar kerajaan mendahulukan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan menyemak semula proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, penubuhan suruhanjaya diraja merupakan langkah awal untuk menambah baik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum kerajaan meletakkan badan itu di bawah Parlimen.

“Banyak aduan yang diterima berhubung perjalanan pilihan raya lalu. Kerajaan sepatutnya peka dengan isu yang timbul ini.

“Kita cadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyemak dan siasat segala aduan. Langkah ini yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum meletakkan SPR di bawah Parlimen,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program ‘Temu Mata Anak Kelate’ bersama Menteri Besar Kelantan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk memindahkan fungsi dan kawal selia SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang sebagai langkah memperkukuhkan kewibawaan dan kredibiliti badan itu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, langkah tersebut dapat memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap SPR dan kebebasannya tidak lagi dipersoalkan.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) telah menggesa kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan seperti penggunaan dakwat kekal dan kehadiran warga asing sebagai pengundi.

PR juga mendakwa wujudnya kejadian bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan kiraan undid keraguan berhubung jumlah undi awal. -SH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada berani Najib? Saya berani bertaruh yg tunggu sampai mati pun Najib tak berani. Lihat saja apa yang berlaku di Sabah. Selama lebih 15 tahun UMNO/BN menafikan penipuan mereka. Apabila ditubuh RCI baru terdedah semuanya.

Memang perangai penyamun tarbus. Dulu kini dan selamanya.