2 Jun 2013

Zul Nordin Dihenyak Lagi...


Pencalonan Zul Noordin strategi yang lemah

Pencalonan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin bertanding di Parlimen Shah Alam Shah dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu adalah satu strategi yang lemah, kata seorang ahli panel BN dalam satu forum malam kelmarin.

"Saya rasa jika Zulkifli tidak dicalonkan, BN akan dengan mudah memenangi 20 lagi kerusi Parlimen.

"Jika anda melihat demografi Kota Raja, Kapar, dan Shah Alam - semua kawasan yang berhampiran tempat Zulkifli bertanding - kita mempunyai penduduk India yang ramai," kata timbalan Pengerusi jawatankuasa strategi MIC, Madhu Marimuthu.

Seorang lagi ahli panel - Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, bersetuju dengan Madhu, dan berkata pencalonan Zulkiflimerupakan satu keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat fahami.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusannya adalah sesuatu yang baik untuk negara.

"Rakyat telah bersuara dan sekurang-kurangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kini boleh berkata, 'Bukan saya tahu mahu mencuba, tetapi bukan ini yang rakyat mahu.'

2 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Quote"Datuk Seri Najib Abdul Razak kini boleh berkata, 'Bukan saya tahu mahu mencuba, tetapi bukan ini yang rakyat mahu.' unquote

Sepatutnya ayat itu di baca ...

"Bukan saya tak tipu.,tapi Allah s.w.t yg.lebih berkuasa jadi Penentu"

Kah kah kah.

Jgn maree.

bijak kancil berkata...

kalimah are you ready for b n 3x telah diterjemahkan rakyat seluruh negara...NO..NO.NO.NOOOOO terutamanya
di Penang,Selangor,Kelantan,K Lumpur,
Perak,Terangganu dan mula MENANAH di JOHOR..um NO lahir di Batu pahat dn rakyat BP telah kuburkan Fuad pru gara-gara selalu menGANGGU guru-guru.
B Pahat akan teruskan nanah dan BARAH
pada um NO yg sejarah menyatakn telah
dHARAMKAN tp TANPA KEMALUAN menyambut
67TAHUN.JOHOR akan jadi KUBUR BESAR bagi um NO dan yg diperbodohlembukan dulu kini selamanya.....