7 Mei 2013

Tugas Pertama Rafizi Sebagai YB: Ketuai Kumpulan Siasat Penipuan PRU13


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan menyiasat penipuan pilihan raya kerana Pakatan Rakyat enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Pihaknya menolak keputusan pilihan raya sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi justifikasi yang wajar, kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Anwar berkata pasukan itu telahpun memula bertugas untuk mengumpul semua maklumat dan bukti penipuan dan penyelewengan di seluruh negara.

Katanya, pasukan itu memadankannya bukti tersebut terhadap analisis empirikal keputusan kawasan pilihan raya tertentu untuk mengetengahkan kawasan yang keputusannya dipertikaikan.

Anwar berlata. pasukan itu, bersama-sama dengan pasukan yang sama daripada DAP dan PAS, akan bekerjasama rapat dengan tribunal rakyat BERSIH untuk menangani perkara ini.

"Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan membentangkan bukti kepada orang ramai bahawa (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi pilihan raya ini melalui penipuan dan penyelewengan," katanya.


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa bawa isu ke mahkahmah antarabangsa. Mahkahmah Malaysia dah tak boleh guna dah untuk selesaikan masalah ini.

melayuinsaf berkata...

semoga kebenaran bejaya menghancurkan kejahatan....kami tak sanggup lg ditipu....

Ammy Hassan berkata...

Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa saya melihat keputusan PRU 13 sebagai keputusan di atas sebuah papan catur yang direncanakan. Kemenangan BN dalam PRU 12 dengan kerusi sebanyak 140 dan PR 82 adalah lebih logik dan tulen berbanding dalam PRU 13. Perencanaan pengundian dibuat dalam sebuah makmal pengurusan undi (VML - Votes Management Lab) Election Planning Unit (EPU) di mana BN diberi kata dua sama ada sedia menerima kekalahan lebih teruk dan kehilangan Putrajaya atau menerima satu keputusan daripada analisis pakar-pakar perunding yang menawarkan satu angka selesa dan workout dilakukan berdasarkan angka selesa itu. Angka yang dicadangkan ialah PR 89...Menerusi instrumen VML, polisi mudah laras ialah MCA dikorbankan utk memberikan kemenangan bergaya kpd DAP sebagai membuktikan wujudnya faktor 'polarisasi kaum'. Faktor 'kalimah Allah' & 'hukum hudud' pula diaplikasi utk mengurangkan kerusi PAS. Bagaimanapun, utk menenangkan keadaan kekurangan yang dilakukan di sesuatu tempat perlu 'digantikan' dgn kemenangan 'besar' di kawasan lain... Kita terus-menerus ghairah menganalisis keputusan demi keputusan. Di sebalik tabir PRU 13, perencanaan dan permainan simulasi berjalan di petak-petak papan catur dengan penganalisis dan para pemain menjadi developer satu perisian bernilai jutaan ringgit. Kalau nyawa satu manusia mudah diambil, inikan pula "nyawa demokrasi rakyat terbanyak"...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah YB Rafizi,
Memang bertepatan dengan perlantikan YB Rafizi, sebagai Ketua Siasatan Penipuan PRU13 ini.
Kami berdiri teguh di belakang YB Rafizi. Kami tidak mengiktiraf kemenangan BN di PRU13 ini. Ya minta bawa isu ini ke mahkamah antarabangsa. Bukan mahkamah Malaysia.

Sykadeer.

Unknown berkata...

Attn sesiapa yg mmpunyai maklumat, sy nak tanya bagaimana nak salurkan bantuan kewangan kepada kumpulan @ persatuan yg mjalankan siasatan tmasuk himpunan yang bakal dijalankan esok, ada tabung khas ke? Manalah tau mereka mgutip sumbangan jadi kita boleh hulurkan bantuan sedikit dari hanya beri komen di blog..terutama kami pyokong pr yg kerja jauh di Sabah, tidak dapat turut serta berhimpun

kg senduk bg berkata...

yb rafizi bekerja lah kerana allah... perlantikkan anda sebagai yb adalah kehendak allah... selamatkan lah bumi malaysia ini dari pemimpin2 yg rakus membolot harta negara sepatutnya menjadi hak rakyaat,,,,, allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

Aku cuma nk mengingatkan kpd petugas2 dan pegawai2 SPR terutama yg beragama islam yg mgkn terlibat atau mengetahui adanya penipuan ini. Sanggupkah anda menanggung dosa atas penipuan kpd berjuta rakyat malaysia? Buat dosa dgn Allah, Allah maha pengampun. Buat dosa sesama manusia, terpulang pd individu tu nk maafkan atau tak. Andai dlm berjuta yg maafkan tp sorang enggan maafkan tetap anda menanggung dosa pdnya... Jgn disebabkan mengejar imbuhan yg xsberapa didunia, anda muflis di akhirat.. Nauzubillah...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!!!

Rafizi mampu deliver tugasan ini untuk Rakyat yang Juta Juta menanti kejatuhan Penipu Negara.

Tanda tanda Pelapis PM dari Pakatan Rakyat untuk tahun tahun hadapan 2030.....

Good Luck......

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dah tiba masa ATM ambik peranan. Pulihkan institusi spt SPR...SPRM..JAB.PEGUAM NEGARA... Kemudian serahkan semula kuasa kpd kerajaan awam.

Rediani berkata...

Jangan dikesampingankan..isu undi POS. sebenarnya undi pos yang dijalankan oleh spr hanya sebagai memenuhi prosidure, tetapi tidak diambil kira. Ia telah digantikan dengan jumlah kertas undi yang sudah dipangkahkan sebanyak jumlah undi pos yang terlibat. Ini dapat diyakinkan dimana tempoh undi POS dan hari pengundian memungkinkan kertas undi untuk sampai ke lokasi si pengundi, ini dengan mengambil kira tempoh undi POS berlangsung dengan bilangan hari cuti (1 May, Jumaat dan Sabtu) dimana penyampaian kertas undi tidak berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. sy nk bgtaw penipuan yg dilakukan oleh ketua tempat mengundi (spr) di kuala kangsar (pusat mengundi di sjkc Jerlun)..

4:30pm - calon parlimen barisan nasional, Wan Khairil Anuar telah membuat lawatan ke pusat mengundi. Beliau sebelum itu telah bertemu dgn ketu tempat mengundi (spr) sblm memasuki bilik pembuangan undi.

5:00pm - seoarang pemuda berbangsa melayu telah berbisik sesuatu dalam bahasa inggeris dgn pihak polis yang bertugas di tempat itu. Ia berkemungkinan bertujuan untuk mengelakkan difahami oleh orang lain.

5:30pm - pegawai spr yang bertugas menyuruh agen pas supaya mengisi maklumat yang sepatutnya menjadi kesalahan ketua tempat mengundi (spr).

6:30pm - hujan turun renyai-renyai.

7:45pm - pengiraan undi masih belum selesai. tiba-tiba lampu di bilik pengiraan terpadam. keadaan menjadi kelam kabut.

7:55pm - kelihatan ketua tempat mengundi (spr) membawa keluar peti undi dari saluran(2) di mana pas telah memperolehi kemenangan di saluran tersebut dengan majoriti yang sangat besar. pihak polis yang bertugas di situ telah menghalang ketua tempat mengundi (spr) dari membawa keluar peti undi tersebut tetapi tidak diendahkannya. peti undi tersebut telah dimasukkan ke dalam kereta bernombor plat (ADH 9219) beliau dan terus melulu keluar melalui pintu masuk kawasan sekolah. sekumpulan pemuda yang berada di luar kawasan sekolah telah menghalang kereta beliau dari terus keluar dari kawasan sekolah. berlaku sedikit kekecohan di antara mereka. akhirnya ketua tempat mengundi tidak jadi keluar setelah ditahan oleh beberapa orang pemuda di situ.

8:00pm - sebuah kereta polis datang dan akhirnya ketua tempat mengundi (spr) dapat membawa keluar peti undi tersebut menggunkan kereta beliau dengan bantuan pihak polis. sebijik kereta turut mengekori kereta ketua tempat mengundi dan kereta polis.

9:15pm - peti undi yang selebihnya habis dikira dan akhirnya dibawa keluar.


*terdapat juga penipuan yang dilakukan oleh nazri aziz (calon bn parlimen padang rengas) dimana beliau talah membawa lebih kurang 10 bomoh dari luar tidak termasuk bomoh tempatan. calon pas dr azalan sedang sakit. kami ada bukti yang jelas tentang ini. jika anda inginkan bukti, boleh datang berjumpa dengan ustaz ismail (kuala kangsar) kerana beliau ada bukti yang cukup kukuh.

daripada : pengundi kuala kangsar

xpayah display pn xpe comment ni. cuma kalau boleh bagi kt rafizi supaya boleh dijadikan bahan bukti.

Tanpa Nama berkata...

Inilah masa untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kebatilan. Kumpulkan bukti kukuh banyak-banyak. Mungkin Allah nak bagi kemenangan kepada PR melalui cara lain. Sesungguhnya Dia sentiasa bersama pihak yang benar. Habislah BN kali ini! Semoga Allah menghancurkan mereka seperti mana Dia menghancurkan kaum-kaum terdahulu yang mengingkariNya

Tanpa Nama berkata...

Inilah masanya siapa sahaja yang punya bukti sama ada dalam bentuk tulisan atau gambar - hantarkan kepada YB Rafizi.Jangan takut beri nama,alamat dan no ic.Keputusan PRU 13 wajar dicabar kerana terlalu banyak penipuan.Masa berdiam diri atau sekadar solah hajat aje belum memadai.Perlukan tindakan yang lebih agresif.Ikut hadith Nabi SAW:Tambat(Buat kerja) kemudian berserah.

Tanpa Nama berkata...

nak bagi tahu salah seorang bekas pengerusi SPR bersara terus keMekah dan tinggal agak lama di sana nak bersih kan dosanya pada rakyat.Kerajaan tak boleh kuasai SPR, ianya harus di bawah parlimen, begitu juga SPRM,polis, hakim dan tentera supaya mereka berkecuali.Malaysia dah jadi negara pemerintahan dictator moden rakyat gaji tak setimpal, syarikat untung dqn agih kan kepada kroni.Kalau demand gaji import pendatang asing dan boleh di gunakan untuk pilihanraya.Baru YB lima tahun rumah besar duit berjuta, rakyat kerja 30 tahun pun susah.Ini lah pertanda akhir zaman bermatian nak jadi pemimpin dan harta kekayaan berputar di antara mereka.Negara kaya ,alhamdulillah tapi hutang lebih 500 billion.Rasuah kecil di panggil rasuh rasuah kroni di panggil komisyen.Kalau tak boleh hidup serba keserdahanaan jangan pakai ayat Allah Wasatiyah kerana itulah kerja kerja munafik.Tok Guru dan pemimpin yang Wasatiyah di fitnah. Malu lah bn duit dari hasil arak, judi dan rasuah dah jadi darah daging jadi macammana nak lahirkan insan Wasatiyah dan takwa. Pada pemegang amanah dan kalifah rakyah tak takut kan siksaan Allah. Oleh kerana kegilaanmu untuk dapat kuasa sanggup fitnah dan beri anak bini makan, pasal itu pemimpin bn hati nya buta

Tanpa Nama berkata...

dah beribu laporan, apa yang boleh dibuat selagi SPR sanggup merosakkan masa depan Malaysia? Tak nampak jalan usaha ini akan berjaya. Kita akan terus gagal...gagal dan gagal...Perit dan sakit untuk diterima tapi itulah hakikat Malaysia tanahairku....apa salahnya kalau SPR bersikap telus? Biarkan rakyat menentukan masa depan negara? Takutkan tanggungjawab yang akan dipikul di akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

Kalao memang sah ada penipuan ( pengundi hantu wargaasing, tipu kira kertas undi, blackout di tempat kira undi dan polis halau pemerhati PR, pengundi pos undi ber xx sebab dakwat kekal palsu, dll ) yang menyebabkab BN jadi menang, maka tak keterlaluan kita katakan kerajaan BN adalah Kerajaan Haram di muka bumi Allah.

Segala-galanya menjadi haram belaka termasuk elaun yang nereka terima 5 tahun akan datang. Jika ini berlaku ada 1 juta SPRM pun tak ada ertinya.

Yang si Polis pun cuba bantu penipuan....".ini ic dikeluarkan pejabat pendaftaran"... satu dialog dalam youtube yang rakam. Aduhai polis cuba tanya orang itu, nama PM, nama isteri PM atau nama bekas2 PM. Terjencing si Bangla tu.