7 Mei 2013

Ahmad Yaakob Ganti TG Nik Aziz Sebagai MB Kelantan, Lampiran: Senarai ADUN 2013


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar baru negeri itu di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.

ADUN Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990.

Sementara itu ADUN Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pula mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri besar.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu bermula pada 6 petang.

Turut hadir pada istiadat itu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, Mufti negeri Kelantan Datuk Shukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Desas-desus mengenai pelantikan Ahmad sebagai menteri besar baru tersebar luas dan menjadi perhatian utama masyarakat di negeri itu sejak awal hari ini, selepas PAS diumumkan berjaya menguasai Kelantan dengan kelebihan 32 Kerusi DUN.


Ahmad Yaakub MB Kelantan baru, Husam terkeluar


KOTA BHARU: Datuk Ahmad Yaakub mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dengan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar.

Bekas Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasarudin Daud turut menyertai barisan Exco di samping Adun Demit yang baru, Mumtaz Md Nawi, Dr Ramli Mamat (Bunut Payong) dan Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir).

(Ahmad Yaakub melafazkan ikrar sebagai exco di depan Tuanku Sultan Kelantan)

Tidak ada dalam senarai Exco kali ini adalah Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) walaupun menang di DUN Salor.

Turut tidak ada adalah Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang berundur dan Datuk Takiyudin Hassan yang bertanding Parlimen Kota Bharu dan menang.

Turut tidak termasuk dalam barisan exco yang baru adalah Wan Ubaidah Omar.

Lain-lain barisan Exco Kelantan sessi ini adalah Datuk Anuar Tan, Datuk Md Anizan Ab Rahman, Datuk Fatah Mahmud, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Ahmad.
-HD


SENARAI ADUN KELANTAN 2013

N10 BUNUT PAYONG
PAS Dr Ramli Mamat

N11 TENDONG
PAS Rozi Muhamad

N12 PENGKALAN
PASIR
PAS Hanifa Ahmad

N13 CHETOK
PAS Abdul Halim Abdul Rahman

N14 MERANTI
PAS Mohd Nassuruddin Daud

N15 GUAL PERIOK
PAS Mohamad Awang

N16 BUKIT TUKU
PAS Abdul Rasul Mohamed

N17 SALOR
PAS Datuk Husam Musa

N18
PASIR TUMBOH
PAS Abd Rahman Yunus

N19 DEMIT
PAS Mumtaz Md Nawi

N2 KELABORAN
PAS Mohamad Zaki Ibrahim

N20 TAWANG
PAS Hassan Mohamood

N21 PERUPOK
PAS Mohd Huzaimy Che Hussein

N22 JELAWAT
PAS Abdul Azziz Kadir

N23 MELOR
PAS Dr Md Yusnan Yusof

N24 KADOK
PAS Azami Mohd Nor

N26 BUKIT PANAU
PAS Datuk Abdul Fattah Mahmood

N3
PASIR PEKAN
PAS Datuk Ahmad Yakob

N30 LIMBONGAN
PAS Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah

N32 GAAL
PAS Tuan Mazlan Tuan Mat

N33 PULAI CHONDONG
PAS Zulkifli Mamat

N34 TEMANGAN
PAS Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan

N35 KEMUNING
PAS Mohd Roseli Ismail

N39 MENGKEBANG
PAS Abdul Latif Abdul Rahman

N4 WAKAF BHARU
PAS Datuk Che Abdullah Mat Nawi

N41 MANEK URAI
PAS Mohd Fauzi Abdullah

N5 KIJANG
PAS Wan Ubaidah Omar

N6 CHEMPAKA
PAS Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

N7 PANCHOR
PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

N8 TANJONG MAS
PAS Rohani Ibrahim

N9 KOTA LAMA
PAS Datuk Anuar Tan Abdullah

N40 GUCHIL
PKR Mohd Roslan Puteh


PEMBANGKANG (BARISAN NASIONAL)

N1 PENGKALAN KUBOR
BN Datuk Noor Zahidi Omar

N27 GUAL IPOH
BN Bakri@Mohd Bakri Mustapha

N28 KEMAHANG PAS Datuk Md Anizam Ab Rahman

N29 SELISING
BN Zulkifle Ali

N31 SEMERAK
BN Zawawi Othman

N25 KOK LANAS
BN Datuk Md. Alwi Che Ahmad

N36 BUKIT BUNGA
BN Mohd Adhan Kechik

N37 AIR LANAS
BN Datuk Seri Mustapa Mohamed

KUALA BALAH
BN Datuk Abdul Aziz Derashid

N42 DABONG
BN Datuk Ramzi Ab Rahman

N43 NENGGIRI
BN Mat Yusoff Abdul Ghani

N44 PALOH
BN Nozula Mat Diah

N45 GALAS
BN Ab Aziz Yusoff

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu pun dah ada malaun yg pertikaikan dato ahmad jadi mb dl blog dorg, yg peliknya sibuk tanya mana husam apa ra pegilah tanya husam tu sendiri!

Tanpa Nama berkata...

Yb dato ahmad kami ingin bertanya jika tidak keberatan jelaskanlah pada rakyat kelantan didalam dan diluar kelantan kenapa,mengapa serta bagaimana Yb husam tidak disenaraikan dalam exco Yb?.adakah Yb terlepas pandang atau tidak mahu memandang?.Yb jawab jangan tidak menjawab.rakyat kelantan khususnya ingin mengetahui asas perlantikkan ini.

Unknown berkata...

Sda anon 6.39 am

Sebenarnya Dato Husam sebelum ini telah membuat kenyataan, bahawa "sekalipun beliau tewas di Putrajaya, beliau akan terus menjaga kebajikan penduduk Putrajaya."

Dengan itu banyak masa beliau akan digunakan untuk hal berkenaan disamping menjaga kawasan beliau sendiri iaitu di DUN Salor.

semuga jawapan di atas dapat menjelaskan mengapa beliau tidak dilantik sebagai exco Kelantan yang pastinya meemerlukan lebih tumpuan terhadap bidang tugasnya.

johan berkata...

Betul tu... Kelantan merupakan negeri barakah... Mereka yg hebat seperti dato' husam perlu menggunakn pengalmn dan ilmunya ditemp yg lbh luas... Pimpinan PAS kemungkinan sdah menjangkakn kedudukn husam bg pru 14 nti...

Kelantn mempunyai ramai org hebat dan berbakat...

Kita sudah terlalu hampir dgn putrajaya hanya tgu pru 14 shj dan husam akn menanti kita di sana...insyaAllah... Takbir!

opisboi berkata...

gua sokong admin

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan Kelantan. Terlebih dahulu tahniah kepada TGNA atas khidmat cemerlang TGNA di Kelantan. Semoga TGNA dilimpahi rahmat Allah.
Seterusnya tahniah kepada Ahmad Yaakob atas perlantikan MB Kelantan. Semoga Allah membimbing anda dan rakyat Kelantan di jalan kebaikan dari dunia hingga akhirat.

Tanpa Nama berkata...

Biarla dato husam tu di putrajaya. Kembalikan keyakinan rakyat putrajaya pada pas. Tu pun nak kecoh ke.

Tanpa Nama berkata...

jgn seronok sgt dapat jadi mb dan exco.kalau legasi kepimpinan tuan guru nik aziz tidak diteruskan takut takut kelantan pun melayang ke tgn bn.ingat kedah dan terengganu juga pernah dibawah pas.sekarang apa dah jadi?

Tanpa Nama berkata...

untuk masa ni serahkan sahaja kpd yg bijak mengendalikan kerajaan...
tolong jgn kacaulah..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
Dato Husam adalah seorang pemimpin yg hebat, berkarisma, intelek dn mmpunyai kualiti kepimpinan yg tinggi. Negara Malaysia mmerlukan orang seperti beliau utk mnjadi nadi penggerak kepada kemajuan yg diseiringkan dengan nilai2 Islam yg murni. PR sudah tentu ada perancangan lebih besar utk beliau dn Kelantan seharusnya brbangga mempunyai pemimpin yg begitu di peringkat pusat. Justru sama2 lah kita berdoa utk kesinambungan perjuangan menegakkan negara Islam dibumi kita yg tercinta ini. Wassalam...

Tanpa Nama berkata...

Salam,
kami setuju dan nampaknya berseh dan tak ada gang merapu dalam exco,

مهمد شفاريز berkata...

Hey,

I just signed the petition "United Nation: Voting Fraud in the Malaysian GE13 calls for world invigilation." and wanted to see if you could help by adding your name.

Our goal is to reach 200,000 signatures and we need more support. You can read more and sign the petition here:

http://www.change.org/petitions/united-nation-voting-fraud-in-the-malaysian-ge13-calls-for-world-invigilation?share_id=oiQRCgoCJC

Tanpa Nama berkata...

takbirrr...

Tanpa Nama berkata...

salam ..tuan blogger.

tolong sampai kan salam kami pda barisan pemimpim...kenapa isu mat gelap tak de dipedulikn orang...ramai pendatang asing amat menakutkan kami..mereka bukan muslim ...dan agak ganas.. tolong perjuangkan ini...

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH BAGI TGNA REHAT DAN BERAMAL PULA, DAH LAMA BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

tqvm MUHAMAD SYAFARIZ for giving the link to the petition page, let's us all sign!

come on semua org, jom sign ramai2, inilah sekecil-kecil usaha kita semoga mendapat perhatian antarabangsa atas penipuan hidup2 ini.

ajak rakan taulan, saudara mara dan jiran tetangga ramai2 sign.
jgn lupa kepada sesiapa yg cintakan keadilan, please do yr part.

dariana berkata...

1. Syukur Alhamdulillah.
2. Terlebih dahulu tahniah kepada TGNA atas khidmat cemerlang TGNA di Kelantan. Semoga TGNA dilimpahi rahmat Allah.
3. Soal dato Husam usah mahu menjadikan isu. Mereka ada jawaban lebih baik dengan nawaitu ikhlas.
4. Jangan laga2kan pemimpin2. Doakan semoga menjadi pemimpin bertaqwa.
Jangan jadi nasihat macam Hassan Ali Jati soal MB Selangor.

Tanpa Nama berkata...

PAS dah kehilangan Kedah,diharapkan PAS tidak akan kehilangan Kelantan pada PRU 14.Sekadar mengingatkan.