8 Mei 2013

Bukankah UMNO Pernah Menyatakan Mereka Tidak Perlu Undi Cina & India?


Parti Perkauman Umno yang melaungkan 1Malaysia pernah menyatakan mereka tidak memerlukan undi dari orang Cina dan orang India dalam pilihanraya 2013 dan akan datang.

Kata Ketua UMNO Bhagian Titiitwangsa, Datuk Johari Bin Abdul Ghani: “Umno tidak perlu sokongan orang Cina dan India......”

Dan kini apabila kaum Cina dan Inda benar-benar tidak menyokong BN, mengapa pemimpin-pemimpin UMNO merapu dan meroyan? engapa akhbar-akhbar seperti Utusan dan Kosmo tiba-tiba jadi berang tak tentu pasal? Bukankah orang-orang kamu juga dahulu yang angkuh dan sombong menyatakan kamu-kamu tidak lafi memerlukan sokongan kaum bukan-Melayu?

Bukan kamu juga yang selama ini memainkan isu perkauman sempit dengan menyokong sepenuhnya perjuangan PERKASA yang dengan sebabnya kaum bukan-Melayu menjadi begitu skeptikal dengan kaum Melayu dan kini kamu terjerit-jerit dan terpekik terlolong macam orang kena sawan memaki hamun mereka lantaran tidak lagi bersama kamu? Sedangkan kamu telah memaki hamun mereka sejak sebelum pilihanraya bermula lagi?

Malah di sepanjang kempen PRU13, UMNO menimbulkan sentiment anti-Cina terutama DAP dengan begitu hebat di selruh negara. Maka itu tidakkah sewajarnya kaum Cina menolak kamu yang tidak pernah tahu hidup di dalam keadaan harmoni?

Kamu dapat apa yang kamu inginkan!


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bangsa yang kaya tak memerlukan bangsa lain. Apakah sama air muka orang yang sudah kaya, dengan air muka orang yang tidak kaya?

Tanpa Nama berkata...

Bukan kah UMNO dah kaya raya dan tak perlukan undi dari bangsa tionghua, dah tu sibuk meroyan kata orang cina perkauman...yang sangat mempunyai rasa perkauman adalah orang orang umno jangan salah bangsa lain....

Tanpa Nama berkata...

memanglah. sebab ada undi bangla, myanmar, nepal, pendatang haram jadah indon.najib(BN)menang dgn pertolongan dia orang.

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera semua. Nampak jelas melalui Pakatan Rakyat ( PKR, DAP dan PAS ), kaum selain Melayu dapat bersatu dan bekerjasama erat dengan orang Melayu. Buktinya terdapat orang Melayu calon DAP menang dalam pertembungan dengan BN.

Seperkara lagi kaum bukan islam telah mula faham apa sebenarnya tuntutan Islam ternasuk bab hudud. Sebagai contoh dialog dengan penganut Kristian yang dipelopori oleh Dr.Mujahid Yusoff Rawa telah memberi kesan yang baik sehinggakan mereka sendiri menghormati Agama Islam dan keadilan Islam yang sebenar.

Berbanding puak BN bukan cuba memaham Islam kepada mereka, malah menakutkan dan memberi gambaran buruk terhadap Islam. Jawablah korang di akhirat nanti termasuk yang memenangkan mereka melalui undi. Undi adalah rahsia sesama insan tetapi bukan dengan Tuhan ( Allah ).

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa ketua di pusat pengiraan pengundian. abda khianat dan tidak amanah..., calun yang anda menangkan dengan penipuan.., akan dapat kedudukan, anda akan dapat apa..., habuk pun takda..., tapi ingat di Akhirat di hari Pengadilan Yaumil Mahsyar, anda tidak akan terlepas.
Calun yang kalah akan dakwa anda,
calun yang anda menangkan juga akan dakwa anda kerana memenangkan mereka....apabila mereka melihat julangan api neraka

Tanpa Nama berkata...

mereka2 ni di arahkan utk berbuat demikian, tetapi mereka kena ingat,mereka2 yg mintak utk jadi pekerja sambilan semasa pru tu, jadi bila dah subahat ,adele saham utk mereka dihari pengadilan dipdg mashyar nanti.