10 Mei 2013

[BERGAMBAR] Senarai Ahli Parlimen PAS Sessi 2012-2018


Berikut ialah senarai Ahli Parlimen PAS bagi Sessi 2013-2018. Terdapat seramai 21 orang kesemuanya yang akan menggalas perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di parlimen, berganding sama dengan rakan-rakan seperjuangan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

AHLI PARLIMEN PAS
[2013-2018]

NoNAMAParlimen
1 Marang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
2 Kuala Nerus
Khairuddin Aman Razali
3 Kuala Terengganu
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah
4 Dungun
Wan Hassan Mohd Ramly
5 Pokok Sena
Datuk Mahfuz Omar
6 Parit Buntar
Dr. Mujahid Yusof
7 Bukit Gantang
Ustaz Idris Ahmad
8 Temerloh
Nasrudin Hassan
9 Hulu Langat
Che Rosli Che Mat
10 Shah Alam
Khalid Samad
11 Kota Raja
Dr. Siti Mariah Mahmud
12 Sepang
Mohamed Hanipa Maidin
13 Tumpat
Datuk Kamaruddin Jaafar
14 Pengkalan Chepa
Dr Izani Hussin
15 Kota Bharu
Datuk Takiyuddin Hassan
16 Pasir Mas
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
17 Rantau Panjang
Siti Zailah Mohd Yusoff
18 Kubang Kerian
Ahmad Baihaki Atiqullah
19 Bachok
Ahmad Marzuk Shaary
20 Pasir Puterh
Dr Nik Mazian Nik Mohamad
21 Kuala Krai
Dr. Mohd Hatta Ramli


Kepada semua YB-YB di atas, selamat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk menggalas amanah yang diberikan oleh para ahli dan rakyat demi perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. jangan sesekali dihampakan atau dikhianati amanah tersebut.

Siru 'ala barakatillah!

p/s InsyaAllah esok akan disiarkan pula ahli-ahli parlimen PKR & DAP.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada YB2 dari PAS agar menjadi pembangkang yang bertanggungjawap.Jangan asyik mencari salah pihak kerajaan. Jika kerajaan melakukan perkara yang baik untuk rakyat harus lah disokong.Bawa usul di parlimen untuk mengesa kerajaan menutup serta merta semua premis perjudian berlesen seperti MAGNUM.TOTO dan DAMACAI. Sekat penjualan arak secara terang2. Arak hanya boleh dijual ditempat2 yang dikhaskan sahaja.Tidak seperti sekarang dimana arak mudah diperolehi di sipermarket dan kedai 7ELEVEN.

Tanpa Nama berkata...

mohon juga ditukarkan cuti sabtu/ahad kepada khamis/jumaat di negeri2 berkenaan...sedih tgk jemaah terkejar2 mengejar masa Dan makan di tepi2 longkang sekitar masjid terutama kakitangan swasta.
muliakanlah jumaat penghulu segala hari...

Tanpa Nama berkata...

sayang takda wakil dari Johor

joe penang berkata...

Anonymous 1.08 am
Ko baru masuk politik ye? Dah lama dah pas perjuangkan islam. Bukan takat tutup lesen arak n judi. Undang-undang hudud pun pernah dibentangkan.
Menaruh kepercayaan kepada kerajaan(be end). Menang pun dengan ta ya pa wau. Nak baik apa? Berkat pun xde...

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...akhirnya bertambah..sepanjang 2008-2013 suara dari PAS tidak menyerlah dlm segi ekonomi...banyak dipelopori dr rakan2 yg lain...diharapkan pada 2013-2018 suara PAS dlm ekonomi akan lebih kuat...rakyat malaysia amat arif tentang moral pemimpin PAS...sudah lama PAS bertempur dgn senjata moral..

Tanpa Nama berkata...

dari anon buat anon__ Moral objektif wajib buat pemimpin. mengenai Perancangn ekonomi, kesejahteraan, Pembangunan infrastruktur, Pembangunan modal insan, Konservasi sumber asli & alam sekitar. Kesemua ini ada agensi-agensi yang telah diamanahkan. Cuma segala decision maker sebelum ini memihak kepada Be end. sebab 2 per 3 kan. lepas ini kita tunggu... kALAU AKU PM aku buat segala berlandaskan syiar Islam, insyallah. Kalau ikut teorilogical takkan kemana. Melingkup je la. x sampai langit ke tujuh tu..

Tanpa Nama berkata...

saya sokong anon 7:06 AM berkenaan cuti ujung minggu ditukar ke khamis dan jumaat, alhamdulillah ulama di kedah berjuang mengekalkan lagi.. aku salah sorang yg sign petition mintak kekal dulu. besar fadhilat jika cuti pd jumaat nak berqiammullail, nak potong kuku anak2, nak menziarah. dgn amno yg jahil ni, negeri yg dah elok cuti jumaat spt perlis dan johor ditukar kpd ahad, tak guna.

mesir pun pilih khamis dan jumaat.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah rakyat mahu cuti hujong minggu diubah dari AHAD kepada JUMAAT kerajaan BN tadak masaalah sikitpon
Minggu depan dah boleh kuatkuasa, tadak masalah. TAPI semayang Jemaat HENDAKLAH dianjak ke hari SABTU. Pulakdah
Arahan pihak berkuasa supaya semayang Jumaat dijalankan pada hari Sabtu telah berlaku di Azarbaijan, dengar khabar arahan ini telah dibantah oleh para imam di sana, akan tetapi pihak kerajaan tetap bertegas dengan arahan tersebut.
Saya percaya jika di Malaysia kebanyakan para imam dari kalangan AMNO akan bersetuju jika pemerintah arahkan semayang jemaat dikerjakan pada hari Sabtu dengan alasan TAAT kepada pemerintah.
Ni baru huru hara sunggoh, berat 66

AyieM berkata...

Mohon Pucuk Saf Pimpinan yg telah dihantar ke Parlimen agar sentiasa bermuhasabah serta berpandangan jauh dan terbuka. Begitu juga dgn wakilX2 dari DUN yg terpilih.

2013;
Kelantan: PAS menang dlm kekalahan [undi susut]

Trggnu: PAS masih tdk dpt memenangi hati purata rakyat marhaen utk menang majariti mudah. Berjaya perintah satu penggal.

Perlis: sama seperti Trrgnu. Namun masih belum berjaya diperintah oleh PAS.

Kedah: Penyakit PAS Trggnu tdk dijadikan iktibar. Sifat Bongkak, Takbur serta Juak pimpinan tua nak mampos telah menghancurluluhkan saf kepimpinan. Duit Memali aper citer???? PAS Pusat & Negeri??? Laporan telah dibuat byk kali. Waris masih tdk terima lagi??? Wakil rakyat yg menang, byk laporan lupa jln pulang. Sibuk nak ke Putrajaya.

Perak: PAS masih tdk dpt membentuk persepakatan dgn saf kepimpinan Pakatan Perak.

N9: Sama spt Perak. Malu dgn rakan Pakatan DAP yg sapu bersih kemenangan. Tp PAS N9 sapu bersih kekalahan.

Pulau Pinang: PAS masih bercakaran sesama sendiri. Ketua Pemuda sendiri bukan seorang pejuang. Tahu melalak dgn demo kat Masjid. Bila demo p Polis @ etc yg kemungkinan kena tangkap dgn Polis, dia lari dulu. MudaX2 lagi dh kaki pompuan.

Selangor: Tahniah. PJ rapat dlm saf kepimpinan Pakatan. Tp DUN Kota Damansara guna kabel bapak mertua bg membolehkan bertanding dan menidakkan keputusan negeri.

Johor: PAS negeri yg kedua meniti hari-hari dgn penuh kecermerlangan. Insyallah kejayaan akan tiba buat anda. Persiapkan dan perkemaskan saf kepimpinan bersama rakan pekatan. Jgn lupa adik beradik.

Pahang: Rakan pakatan perlu juga memberi tekanan bersama utk menidakkkan penguasaan UMNO.

Akhir sekali, spt yg di bicara ramai.... harap saf pimpinan PAS lebihkan bermuhasabah dan menilai diri. Jgn terlalu gopoh dgn kuasa serta pulangan dunia yg menanti. Kata-kata Dato Husam boleh juga dijadikan peringatan bersama.

Jazakallahrn.