10 Mei 2013

Nombor Telefon Salahuddin Diklon, Hello Celcom Ni Apa Cerita?


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kesal apabila nombor telefon bimbit peribadinya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur hasutan dan perkauman.

Mesej itu yang berbunyi "Cina telah cuba tolak kuasa Melayu tetapi gagal, 'Chinese are not the king maker!' sekarang masa Melayu bersatu untuk ajar Cina", dipercayai telah disebarkan tanpa pengetahuan beliau.

Katanya, beliau hanya mengetahui kewujudan SMS itu setelah beberapa pihak memberitahunya menerima mesej berbaur perkauman itu daripada beliau.

"Dari jam 8 malam tadi hingga 12 tengah malam, ada pihak salah guna nombor telefon mudah alih saya iaitu 013-727 8292 untuk hantar SMS mesej berbaur hasutan dan perkauman.

"Perbuatan tak bertanggungjawab itu telah cemarkan nama baik saya dan cuba bunuh karier, ia juga menanam kebencian orang Cina terhadap saya," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Salahuddin yang tewas di kerusi Parlime Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nusajaya, Johor berkata, beliau telah melanggan nombor itu dari talian syarikat telco Celcom sejak 1995 terkejut dan kecewa apabila nombornya telah disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Selain Salahuddin, turut menjadi mangsa penyalahgunaan nombor telefon bimbit itu ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pada awal pagi tadi.

Menurutnya, sebaik sahaja beliau menerima maklum balas penerima SMS itu, beliau segera membuat laporan polis pada jam 12 tengah malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.

Kira-kira jam 9 pagi tadi, beliau dipanggil untuk diambil keterangan hampir 30 minit oleh pegawai penyiasat, Inspektor Zamzari di pejabat polis yang sama.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengemukakan saman terhadap syarikat telco terbabit susulan nombor telefon bimbit beliau telah diklon tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun beliau mahu pihak Celcom terlebih dahulu tampil memberikan kenyataan rasmi bagaimana nombor itu boleh digunakan oleh pihak ketiga secara sewenang-wenangnya.

"Saya minta Celcom tampil buat kenyataan rasmi bagaimana nombor saya sebagai pelanggan setia sejak 1995 sampai sekarang boleh diklon dan digunakan untuk kirim SMS berniat jahat," dakwanya.

Tegasnya, sekiranya Celcom gagal berbuat demikian atau kenyataan rasmi syarikat telco itu tidak memuaskan hatinya, beliau tidak teragak-agak untuk mengeluarkan arahan kepada semua ahli Pas supaya menghentikan langganan serta-merta. "Saya ingin nasihatkan Celcom, ahli Pas ada 1.2 juta orang, saya boleh buat arahan sekiranya Celcom tak buat kenyataan yang boleh yakinkan, saya akan minta ahli Pas hentikan langganan Celcom.

"Suruhanjaya Multimedia maklumkan pada saya, tindakan itu bukan sebarangan orang boleh akses nombor saya atau klon dengan niat jahat.

"Saya bimbang mungkin selepas ini akan ada tersebar pula SMS berunsur lucah dihantar kepada golongan wanita bertujuan burukkan nama baik saya," katanya.

Salahuddin percaya tindakan itu mempunyai kaitan dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Johor di mana hampir semua kawasan mempunyai majoriti yang rendah berbanding 2008.

Ini dikuatkan lagi apabila Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi Dun Johor kepada 18 kerusi pembangkang, 13 kerusi daripada DAP, 1 PKR dan 4 Pas. -SH

16 ulasan:

shuibsaad berkata...

Kita tggu respon dr pihak celcom, klau x puas hati, kami ahli pas akan boikot dan tukar rangkaian lain. Kami tggu arahan dr Salahudin sja

Tanpa Nama berkata...

Sampaikan begitu sekali syarikat kroni boleh buat. 1.2 juta orang PAS batal langganan Celcom. We golongan muda add lagi bilangan yang batal langganan Celcom supaya ia jadi lebih 1.2 juta orang batal langganan Celcom. We still have DIGI dan MAXIS dan banyal lagi syarikat boleh provided telekomunikasi. Jom boikot CELCOM jangan samapai no telefon kita pun disalahgunakan.

Said NO to CELCOM dan produk yang ada kaitan dengan dia (X - PAK)

Tanpa Nama berkata...

boikot sampai lingkup

Tanpa Nama berkata...

kalau salahuddin arah suruh boikot, aku akan boikot walaupun sayang dgn no ni dah lama pakai.

padan muka cellcom biar rugi jatuh bangkrap kalau buat naya kat pemimpin pas, kami ahli pas akan sokong pemimpin kami.

Rangga berkata...

Jom ramai2 kita boikot celcom serupa sekinchan ikan bakar yg dh terlongkop!!

Tanpa Nama berkata...

yang mana sayng nombor lama tu, takde masalah dah sekarang ni kalau nak convert nombor tu ke service provider lain...saya dah biasa buat...huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

Salahuddin, cepat bagi arahan..
Aku just get ready untuk terminate semua service Celcom family aku...

Tanpa Nama berkata...

Saudara Salehuddin..
Kami sekeluarga tunggu arahan kamu..
Kami akan terminate semua service dari Celcom..

Tanpa Nama berkata...

Asalam ya betul2 kalu syg no lama... Still bleh guna lg...Just tukar pd dg ke maxsi ke aapa2 je... Bleh... Coz sy dah buat...

Tanpa Nama berkata...

Bro no kita leh maintain walaupun tukar lain Telco. Tp betullah Celcom ni macam komunis ...

Tanpa Nama berkata...

CELCOM, TV3, UTUSAN MALAYSIA, SPR, UMNO DAN BN ADALAH BENDA YANG SAMA?

F-aRn berkata...

Assalam... Saya pernah mengalami keadaan sedemikian. Di mana sy telah menghantar sms di mana kandungan sms tersebut bkn ditulis oleh saya kepada isteri. Pergaduhan berlaku dan saya dpt menyelesaikannya dan bersumpah kpd isteri. Sy jg tidak teragak2 akan terminate kn number celcom sy jika perkara berulang.. Jika benar saudara salahudin menyarankan boikot, mari ramai2 boikot CELCOM!

Tanpa Nama berkata...

aku juga dah lama guna celcom dan broadband dia...sbb aku boikot semua syarikat telco yang lain....aku memang tunggu arahan jer dari pimpinan...klu pimpinan cakap boikot...on the spot aku akan terminate....arahan pimpinan wajib wala' selagi x bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah...takbir!!!!!

Tanpa Nama berkata...

CELCOM sapa punyea?
Geng geng setan bah....

kikuk kikuk berkata...

Aku da lame teminate selkom ni ¥@&% 3/":□¤★{~<

Tanpa Nama berkata...

Cepatla celcong...kau ingat hebat sgt...Allah lagi hebat