10 Apr 2013

Siapa Bekas MB Perak Yang Akan Sertai PAS Terjawab Malam Ini


Gempar!!!! Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat????!!! Nantikan malam ini!!! Yg pasti, UMNO IS DEAD!!!

Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.

Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.

“Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” katanya ringkas.

Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa minggu lepas.

Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).

Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.

Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.

Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian.

Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi.

Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.

Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.

Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar. -fb

9 ulasan:

Awanama berkata...

takut tajol rosli masuk pas sbb geram dgn geng amno yg buang dia dulu ja, takut dia masuk pas atas dasar nak balas dendam aja...

kalau dia ihklas, baguslah.
org pas jgn suka sgt, perati dulu mana yg patut.

Awanama berkata...

boleh terima dia masuk pas tapi jangan beri apa2 jawatan. apatah lagi untuk bertanding. belajarlah dari pengalaman lepas.

Awanama berkata...

betul. jgn bagi apa2 jawatan atau jadi calon pun. biar dia masuk dan buat keje utk parti dulu. dari situ baru bole nilai.

Awanama berkata...

jangan jadi katak ja...

Awanama berkata...

Masuk jd ahli biasa aje,jgn potong que org yg dah lama berjuang

Awanama berkata...

ehmmm takde pun

penipuan ke ni, ke auta je

chill bro .

bahasa tak kesat kan ,rasa mcm murni je bahasa ku hehehehe......

Awanama berkata...

DS Nizar suka sangat buat statement yang mendahului kejadian. Gelojoh sangat. Macam orang mendahului takdir. Benda belum tentu jadi dah buat pengumuman, bila tak jadi siapa yang malu? bukan kali ni dia keluar statement yang tak jadi macam ni, sebelum ni pun dah beberapa kali dia buat statement yang kononnya gempak, tapi tak jadi. Sepatutnya dia bertindak bijak, simpan dulu sehingga betul2 terjadi, baru announce, kalau belum berlaku dah announce, macam2 UMNO boleh buat, mereka boleh pintas bagi orang tu tak jadi joint PAS.. so sapa yang melopong?

Awanama berkata...

alhamdulillah, tapi hati-hati bimbang jadi calon, menang, lompat masuk UMNO...

Awanama berkata...

TAHNIAH!!! SAMALAH KITA SOKONG PAKATAN RAKYAT KE PUTRAJAYA