20 Apr 2013

Rencah Berita Sekitar Hari Penamaan Calon 20 April 2013


PANASSS!!!!!!... GADIS YANG HILANG SELAMA 6 BULAN AKHIRNYA DITEMUI DITEMPAT PENAMAAN CALON OLEH BAPANYA SENDIRI BERSAMA PEMUDA BN!!!

Telah berlaku satu kekecohan kecil antara anak dan kedua ibu bapanya apabila anak perempuannya baru dijumpai di tempat penamaan calon bersama teman lelakinya pemuda BN setelah beliau 6 bulan tidak dijumpai oleh keluarganya.

PRU13: Anggota polis meninggal dunia di pusat penamaan calon


MELAKA: Seorang koperal polis meninggal dunia semasa bertugas di pusat penamaan calon Politeknik Merlimau, dipercayai mengalami serangan jantung di pintu masuk pusat itu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Muhd Nur Hishamudin Hashim, berkata Kpl Nordin Ahmad, 50, dari Balai Kemendor, di sini disahkan meninggal dunia pada 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke Hospital Jasin.

"Allahyarham ketika itu dilaporkan baru selesai bersarapan pagi apabila tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.

"Beliau dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sewaktu berada dalam ambulans," katanya kepada pemberita di pusat penamaan itu.

Allahyarham antara 150 anggota polis dari seluruh Jasin yang bertugas pada hari penamaan calon bagi parlimen Jasin di pusat itu.

Beliau meninggalkan balu Norhayati Nordin, 48, dan dua anak lelaki iaitu Mohammad Saifuddin, 13, dan Muhammad Riduan, 16. - BERNAMA


Pecah Berita!!! 9 Biji Kereta Penyokong PR di Pecahkan Cerminnya Di Penamaan Calon Gombak!
Kuala Lumpur - by @tiewnama


Keadaan di hari penamaan calon parlimen gombak di kejutkan dengan samsengnya puak puak Barisan Nasional apabila mereka bertindak memecahkan serta merosakkan beberapa kenderaan milik penyokong pakatan rakyat.

Sudah jelas BN inginkan tercetusnya ketegangan jika mereka kalah pada pru 13 pada 5 may ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik polis yg mati tu bukan kerja penyokong pr. Tidak habis polis merusuh mcm himpunan bersih 2.0 bila ada polis yg mati sakit jantung.

Tanpa Nama berkata...

WOW !!!!

Hari hari sebegini ada hikmah nya , sehingga bapa mak dapat ber temu anak yang menghilang ikut gaya rentak Pomeo & Juliet , atau gaya Kunta & Kinte serta Ali & Barbie.....

Wah , hebat anak anak Melayu masa kini yea....

Syafiqah witty berkata...

Penamaan calon kat mana ni ye ??