20 Apr 2013

Khalid Samad: Rakyat Pun Sudah Kenal & Boleh Nilai Lawan Saya!


Penyandang kerusi parlimen P108 Shah Alam Khalid Samad (PAS) yakin pengundi di sini akan membuat pilihan terbaik dan tepat dengan memilihnya sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti.

Walaupun dikatakan bertanding di kerusi panas dan berdepan saingan sengit daripada lawannya, Datuk Zulkifli Nordin(BN), Khalid optimis pengundi bijak menilai wakil mana yang mampu membawa suara mereka.

“Saya pasti rakyat dan pengundi penggal lepas dapat menilai prinsip dan pencapaian saya selaku ahli parlimen di sini.

“Tidak perlu pula saya bercerita tentang lawan saya, saya yakin rakyat pun sudah tahu dan kenal siapa dia termasuk keperibadiannya yang ekstrimis.

“Rakyat dan pengundi Shah Alam pasti bijak membuat pilihan,” tegas beliau yang ditemui sejurus selesai pengumuman calon dibuat di Pusat Penamaan Calon Parlimen Shah Alam di Dewan Besar Tanjung di sini pagi tadi.

Sementara itu, beliau turut membangkitkan isu kedudukan penyokong kedua parti Pakatan Rakyat (PR) dan BN yang ditempatkan secara tidak adil.

Sewaktu pengumuman calon dibacakan, Khalid dilihat membantah dan meminta agar penyokong PR ditempatkan dengan lebih dekat agar mereka dapat mendengar pengumunan dibuat, peluang sama yang dinikmati penyokong BN.

“Mereka (penyokong PR) diletakkan jauh, speaker juga diletakkan jauh daripada mereka, kemudian ada pula diletakkan lori seolah-olah menghalang pemandangan penyokong.

“Sebab itu saya minta agar kedudukan mereka diubah, dan akhirnya setelah dipersetujui mereka dapat juga ke hadapan sedikit berbanding kedudukan asal,” protesnya.

Bagaimanapun, proses penamaan calon berjalan lancar dan pihak petugas keselamatan berjaya mengawal.

Pada PRU 12 lalu, Khalid memperolehi 33, 356 undi berbanding lawannya dari BN, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin yang cuma mendapat 24, 042 undi, menyaksikan majoriti sebanyak 9,314 undi.

Lawannya pula, Zulkifli yang juga Naib Presiden Pertubuhan Perkasa, pada PRU lalu menang kerusi parlimen Kulim Bandar Bharu, Kedah di atas tiket PKR sebelum menjadi sebagai calon bebas.

Parlimen Shah Alam mempunyai 99, 957 senarai pengundi berdaftar dan 70 peratus daripadanya adalah Melayu.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inshallah PR di kurnia kmenangan PRU13.

Tanpa Nama berkata...

Berdoa lah utk kmenangan PR PRU 13

Unknown berkata...

Berdoa lah utk kmenangan PR PRU 13

Tanpa Nama berkata...

tahniah Pakatan Rakyat !!!!

Sesungguhnya Hantu Hantu tetap jadi Hantu , dan selagi Hantu Hantu keluar pada waktu malam maka tiada lah Hantu Hantu moden mendatangi dunia....

Ada Hantu ????

Tanpa Nama berkata...

PR akan menang dalam PR ke 13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Harap zul nordin ble terima kekalahan dgn gentlemen...if rakyat sa tolak phm2 sndri la..x yahla la nk buat stetmen2 yg ekstremis..jenuh no eksplain nk mbe2 india yg len yg Islam menghormati agama len...dlm soal peribadi beliau..cer tgk video kt utube cra beliai berhujah dlm parlimen....byk provokasi drpd berpolitik scra mtang...my opinion im sorry to say...hes not a type tat shud representing rakyat...instead of contributing anything in building up a btter nation...dia sibuk dok hentam peribadi MP pakatan rakyat..xtawla dendam apa yg dia x puas ati...but I dont pay tax to pple hus misusing it for their own self satisfaction.


non baling berkata...

Dari Kulim jauhnya ke Shah Alam, begitu jarak mangkok ni melompat, Tak sedar diri masa depan dah kelam, tapi dok berangan nak dapat tempat.



Tanpa Nama berkata...

Salam pakatan utk semua. Bersama kita keluar mengundi utk mencpai cita2 yg murni ini. Ayuh kuburkan umno/ bn. Hidup PR.