14 Mac 2013

Tian Chua Mengaku Tak Bersalah, Dikena Ikat Jamin RM5,000


Naib Presiden PKR, Tian Chua dibebaskan dengan ikat jamin RM 5,000 hari ini selepas beliau dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan melalui laman media sosial twitter berhubung isu Lahad Datu.

Ketika ditanya di dalam Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sama ada beliau mengaku bersalah atau tidak, Tian Chua menjawab bahawa pertuduhan tersebut berbaur politik dan beliau akan membersihkan namanya.

Ahli Parlimen Batu itu dituduh dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. Jika sabit kesalahan pertama, beliau boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 5,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jika sabit kesalahan kedua, beliau boleh dipenjarakan tidak lebih daripada lima tahun.

Pertuduhan berkenaan menyatakan bahawa beliau pada 1 Mac 2013 telah menyebutkan perkataan menghasut iaitu : a) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.

b) Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan disebalik wayang mainan kerajaan Umno.

c) Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

d) Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Beliau dituduh mengeluarkan kenyataan-kenyataan tersebut pada jam 11.00 pagi di alamat No: 62-2-a, Fraser Business Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Yew, Kuala Lumpur.

Kes tersebut dijalankan di hadapan hakim Mohamed Sekeri Mamat.

Tian Chua diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Perbicaraan kes akan bermula pada 12 April 2013.

Tian Chua tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9 pagi sambil ditemani Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng dan penyokong lain.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, pertelingkahan kecil berlaku di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di antara polis dan pihak Tian Chua semasa beliau hadir untuk mendengar tuduhan itu.

Pertelingkahan itu tercetus apabila dua anggota polis bertemu dengan Tian Chua dan peguamnya di kantin kompleks mahkamah tersebut sebelum kesnya bermula.

Kedua polis itu menyatakan hasrat untuk menahan Tian Chua di dalam lokap mahkamah, akan tetapi mereka dihalang Latheefa.

Menurutnya, Tian Chua tidak perlu ditahan di dalam lokap kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk kes berkenaan.

“Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan dia hadir ke mahkamah.

Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.

“Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan,” katanya,” tegas Latheefa, sambil berkata pihaknya tidak membenarkan Tian Chua ditahan.

Hasutan: Tian Chua mengaku tidak bersalah
Pasukan peguam kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan dakwaan ke atasnya.

Tian Tian Chua didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Dakwaan itu berikutan kenyataan beliau berhubung isu Lahad Datu pada 1 Mac lalu.

Tian bagaimanapun dibenar ikat jamin sebanyak RM5,000 dan perbicaraan ditetapkan pada 12 April depan.

Peguam N. Surendran berkata, pihaknya akan membuat permohonan di Mahkamah Tinggi kerana menyifatkan dakwaan itu berunsur politik.

"Kami akan ke Mahkamah Tinggi bagi meminta mahkamah membatalkan tuduhan yang jahat dan tidak masuk akal ini kerana kerajaan Umno BN salah gunakan kuasa mahkamah dan politik.

"Tuduhan ini bersifat politik oleh kerajaan yang terdesak," kata beliau kepada pemberita di luar kamar mahkamah.

Surendran juga berkata, Umno menggunakan kuasa polis dan undang-undang untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"Undang-undang pertahankan Umno dan kerajaan letak Umno lebih tinggi dari undang-undang dan tak boleh dikritik," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Tambah beliau juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mengumumkan akta tersebut akan dimansuhkan.

"Kita telah beritahu mahkamah bahawa Perdana Menteri umumkan akta hasutan akan dimansuhkan. Ia salah di bawah undang-undang dan tidak sesuai digunakan lagi.

"Maknanya Perdana Menteri telah beritahu sesuatu yang menipu rakyat kerana Tian didakwa atas akta ini," tegasnya.

Puluhan penyokong turut hadir memberikan sokongan kepada Tian termasuk Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
-HD

4 ulasan:

Awanama berkata...

Aku ni mg orang Pakatan Rakyat..kalau betul pun perancangan UMNO tapi tak perlulah Tian Chua lebih sudu dari kuah..konon2 nk jadi HERO..

Awanama berkata...

memanglah sebab pihak san x faham2..cakap bahasa melayu x faham, matematik x faham..cara nak fahamkan sekali sekala kenalah lebih sudu dari kuah..bila kena batang hidung sendiri wah bukan main cpat buat tindakan.. bil ada laporan samseng ganggu buat x tau ja... dasar pekak badak

zax berkata...

aku sokong tian chua..pendakwaan bodoh dari pihak lembu umngok haramjadah yg akan mampos tak berapa hari aje lagi, yg telah melembukan sekelian pasukan keselamatan dilahad datu...sabar menanti

pyantrl berkata...

Tak best betul la tuduhan tu simple sangat buat tuduhan berat skit baru masyarakat cina bukak mata dan bertambah lah undi untuk pr