14 Mac 2013

Mahkamah Kecoh, Polis Cuba Tahan Tian Chua Sebelum Didakwa


Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila polis tiba-tiba menyerbu untuk menahan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua walaupun belum dicaj apa-apa tuduhan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian baru selesai bersarapan bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.

Ahli Parlimen Batu itu diserbu beberapa polis untuk menahannya di lokap mahkamah.

Polis berkenaan dari pasukan siasatan Johor Baharu yang menyiasat keterangan berhubung kes kenyataan Tian yang diputar belit media kawalan Umno, baru-baru ini.

“Kami membantah tindakan polis itu, untuk apa polis mahu tahan Tian? Ini adalah cubaan untuk memalukannya,” tempelak peguam, Latheefa Koya.

Ekoran bantahan itu, polis membatalkan tangkapan ke atas Tian, namun beliau dikehendaki menyerahkan kad pengenalan sebelum masuk mahkamah.

Tian dijadualkan menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 pada jam 9 pagi ini.

Bagaimanapun, sehingga kini mahkamah belum memaklumkan kepada peguam sebarang maklumat berkaitan prosiding.

“Tanya pada polis, ada tak mana-mana pemimpin Umno yang ada kes jenayah lebih besar ditahan atau digari apabila mereka ke mahkamah? Tindakan itu membuktikan dakwaan ke atas Tian bersifat politik,” kata Latheefa mengulas.

Para penyokong yang hadir turut tidak puas hati terhadap tindakan polis itu.

Tian Chua cuba ditahan di kafetaria Mahkamah


Tindakan dua anggota polis yang ingin menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua di kafetaria Mahkamah Jalan Duta hari ini ditentang peguam sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.

Tian bersama peguam Latheefa Koya dan beberapa penyokong bersarapan di kafetaria sementara menunggu kes Tian bermula.

Tian akan didakwa di bawah Akta Hasutan berkenaan isu Lahad Datu.

Latheefa sewaktu berunding dengan pihak polis berkata, Tian tidak perlu dibawa ke lokap mahkamah kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk didakwa.

"Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan di hadir ke mahkamah "Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.

"Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan," katanya kepada pemberita.

Sebentar tadi, Tian dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 6 untuk didakwa.

Sementara itu, puluhan ahli PKR dan penyokong PKR hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan.
-HD


Tian Chua didakwa di mahkamah untuk sorok kegagalan kerajaan dalam Tragedi Lahad Datu

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan sokongan penuh kepada YB Tian Chua yang akan didakwa atas Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi hari ini.

SAMM percaya YB Tian Chua tidak bersalah berdasarkan kenyataan langsungnya dan manipulasi media yang dibantu oleh fitnah jahat blog pro-Umno menjadi punca kebencian yang ditimbulkan.

SAMM ingin mengingatkan semua bahawa perkara pokok yang menjadi punca tragedi berdarah di timur Sabah adalah kelemahan dan kesilapan kerajaan Umno menjaga kedaulatan negara.

Ia bermula apabila ratusan askar Sulu menembusi 4 agensi maritim negara untuk sampai ke Tg Labian dan seterusnya mara ke Kg Tandou.

Penceroboh ini juga diberi selama tiga minggu masa eksklusif untuk ‘rundingan’ dengan pihak keselamatan sedangkan tindakkan awal pasti mampu mengekang kehilangan banyak nyawa anggota keselamatan.

Akhirnya konflik ini berlanjutan dengan jumlah yang terkorban meningkat saban hari.

Apabila majoriti rakyat Malaysia mempersoal beberapa perkara sehingga timbul pelbagai spekulasi, kerajaan Umno mentafsir mereka ini sebagai biadap dan tidak patriotik.

Namun halangan media tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan di Lahad Datu adalah punca sebab spekulasi tumbuh melata, termasuklah pandangan YB Tian Chua.

Segala berita dari timur Sabah dibuat melalui Ketua Polis, Ketua Angkatan Tentera dan Menteri Umno, sedangkan sumber ini tidak cukup telus kerana ia berlandas perang saraf bagi menghadapi musuh.

Tindakan menghalau wartawan Al-Jazeera dari lokasi konflik masih menjadi tanda tanya. Di mana jua berlaku konflik antarabangsa khususnya yang melibatkan tembakan dan letupan bom, sudah tentu ada ‘war correspondent’ atau wartawan perang.

Tetapi ia tidak berlaku di Sabah seolah-olah ada sesuatu yang cuba disorok. Maka timbul persoalan yang paling ditakuti oleh Umno iaitu “Apakah Lahad Datu satu konspirasi terancang?”

Tragedi berdarah Lahad Datu memberi gambaran buruk buat kerajaan Umno, malah mungkin yang terburuk dalam penggal ini.

SAMM percaya hanya dengan mendakwa Tian Chua dan pemimpin PR lain khususnya atas akta hasutan mampu mengolah pemikiran rakyat untuk lupa kesilapan kerajaan Umno.

Menuding kesalahan kepada pemimpin PR dalam isu Lahad Datu ini juga disifatkan sebagai jalan singkat untuk kerajaan Umno melepaskan diri dari terus dipersalahkan.

Malah tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim akan akhirnya diheret sama menjadi satu end-game yang dirasakan terbaik untuk mereka terus berkuasa.

Namun begitu, SAMM yakin ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi Umno untuk mengolah persetujuan rakyat kononnya Anwar Ibrahim ialah dalang kepada pencerobohan Lahad Datu.

Memenjarakan Anwar atau Tian Chua atau sesiapa sahaja pimpinan PR tidak akan beri sebarang kelebihan terhadap kempen Umno untuk pertahan kuasa. Malah kerajaan Umno akan terus dilabel sebagai zalim oleh majoriti rakyat yang disadur kemarahan ekoran peristiwa Lahad Datu.

Hari ini YB Tian Chua didakwa, mungkin beliau akan ditahan. Dengan kuasa akta hasutan, penahanan kali ini membolehkan YB Tian Chua dihalang dari dijamin keluar.

Justeru itu SAMM menyeru kepada semua untuk bangkit memberi sokongan dan hadir bersolidariti buat Tian Chua di mahkamah Jalan Duta pagi ini.

SAMM juga dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah (APS) akan menganjurkan sebuah Pidato Perdana bertajuk ”Punca Sebenar Lahad Datu – Siapa Pengkhianat” di KLSCAH pada 18 Mac ini (Isnin).

Mengisi barisan pemidato adalah termasuk Tn Hj Md Sabu, YB Tian Chua, DS Lajim Ukim, DS Wilfred Bumburing, Datuk Kalakau dan ramai lagi yang mampu menghurai peristiwa Lahad Datu dari skop yang lebih eksklusif.

Saksi hidup peristiwa Lahad Datu juga akan diterbangkan dari Sabah untuk berucap pada malam tersebut sebagai penampilan istimewa.

Semua dijemput hadir untuk mendengar apa yang sebenarnya telah berlaku di Sabah, terutamanya dari kaca mata orang Sabah sendiri. Pengamal media dialukan untuk membantu hebahan ini.

Kesimpulannya, apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan Umno hari ini ialah ibarat tikus membaiki labu, semakin bertindak semakin rosak.

SAMM berani merumuskan bahawa jika Tian Chua dipenjarakan atau Anwar atau Hj Md Sabu atau sesiapa sahaja terus dizalimi, rakyat akan bangkit tanpa mampu disekat, dan Umno Barisan Nasional akan kalah lebih besar dalam pertembungan PRU13 – itu muktamad.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
-KD

6 ulasan:

Amuraria berkata...

BILA PDRM DIPAWAH & DICUCUK HIDUNG ? ABU !

Awanama berkata...

PDRM..harap jgn jadi mcm Gestapo. Ingat lah akan taraf DiRaja yg dianugerahkan kpd kamu. Ingat lah akan lambang "Allah" & "Mohamed" dlm lambang yg kamu sanjung itu. Bertindak biar lah adil & tidak secara memilih. Berkhidmat lah utk negara & utk rakyat. Bukan berkhidmat mengikut telunjuk parti pemerintah. Belajar lah utk bezakan antara parti & kerajaan.

Warganegara Msia Tanah Tumpah Darahku.

kampong lad berkata...

pRdm adalah antara agensi penguatkuasa undeng2, bila tak paham undeng2 inilah akibatnya. ada kuasa jadi kuat utk disalahguna. bila dah tekeluaq ring (pencen) baru nak besuara, itu pun pasai tak puas hati, kalau tidak depa dok diam2 korek harta karun.

Awanama berkata...

Sepatutnya angota PDRM seperti ini di hantar ke lahap DATU oleh najib.

Awanama berkata...

Sedih tetapi Benar....

Aaron berkata...

SAAM JANGAN MEMBODEK PENGKIANAT.

SINGAPORE TERLEPAS KERANA ORANG SEPERTI ANDA