3 Mac 2013

Lahad Datu: UMNO Cakap Ini Semua Salah Anwar Ibrahim

Anwar beri amaran, jangan heret beliau dalam isu di Lahad Datu

PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah.

Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.

“Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.

Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara.

“Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku sejak tiga minggu yang lalu.


“Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan,” ujarnya serius.

Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan membabitkan pencerobohan Lahad Datu.

Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan berselindung di sebalik media arus perdana, tanpa memberi ruang yang sama kepadanya untuk membalas kritikan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Lt.

Jeneral(B)Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid dan pimpinan PR Pulau Pinang.


Dasar keselamatan negara yang lemah tapi Umno salahkan Anwar


BATU PAHAT 2 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kegagalan kerajaan menyelesaikan kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dengan baik antara punca yang mengakibatkan dua komando polis terbunuh.

“Di Lahad Datu, kita dukacita, dan ucap takziah kepada pasukan keselamatan yang ditempatkan untuk pertahankan bumi Malaysia. Kita doakan untuk mereka.

“Ini kelemahan dasar keselamatan kerajaan. Sudah masuk dua minggu, menteri baru nak pergi melawat,” katanya ketika berucap depan 5,000 hadirin di Markaz PAS Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, 2 Mac.

Ketua Umum KEADILAN itu kesal kerana pemimpin Umno BN memutar belit isu keselamatan negara sebagai bahan fitnah terhadapnya tanpa mengambil kira soal keamanan.

“Tapi Umno cakap, ini semua salah Anwar Ibrahim. Aku juga yang dipersalahkan.

“Kerja fitnah sahaja Umno. Dia orang Melayu, Islam tapi tidak peduli langsung apa yang hak dan apa yang batil,”
katanya.

Beliau mengulas kes pencerobohan Lahad Datu yang menyebabkan dua komando polis terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan yang dikenali pengikut Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Dua komando terbunuh ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud, kedua-duanya dari VAT69, unit komando elit polis yang ditugas untuk menangani gerakan anti-keganasan dan operasi khas.

-KD


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amacam tidak lemahnya pertahankan negara kita senjata yang sepatutnya dibeli sudah dipau untuk beli cincin, beg dan etc. Sudah i komen sebelum ini kalau indon nak buat konfrantasi sekali lagi confirm M'sia akan ditawan kurang 24jam sebab senjata dah tak ada. I tak nak pertaruhkan undi pada PRU akan datang kepada parti cap dacing kerana takut nanti kerana tiada senjata punya pasal negara lain especially Singapore dan Philipina bila - bila masa boleh tawan Johor dan Sabah dan tidak mustahil suatu hari nanti akan berlaku.

teropong rakyat dizalimi berkata...

bersabda rasullulah saw takuttilah dg
orang yg dizalimi/tiada hijab akan d
makbulkan ALLAH.dn ALLAH akan turunkn
ujian pd semua hambanya...iktibar dr
balasan ALLAH bila rakyat negara ini
berhimpun dgn aman dn tanpa senjata
polis dilembukn um NO dn B angkai N gara bertindak ganas TAPI pendatang asing dn pencerobohan BOLEH dirunding IC pun diberi mudah
bila rakyat bangkitkn isu ini sebelum
iniPONDAN hishamudin dn zahid dgn takbur berkata tidak perlu bimbang
ini tohmahan pembangkang saja

Tanpa Nama berkata...

kenapa saman utusan jer,,saman tv3 sekali,semakin hari semakin melampau menfitnah,dulu fitnah 5minit skrg dah 45 minit tolak berita sukan dan beria dunia..,tuduh tanpa ada bukti..jgn saman juta2 kali ni main bilion sebab mereka menjejaskan imej org lain dengan fakta yang lemah dan tanpa bukti..ini bukan perkara main2..saman juga pembaca berita 2 org laki pempuan,..sokong juga saranan zahrain katak,,tubuhkan suruhanjaya menyiasat kejadian lahad datu,,bukan suruhan diraja siasat anwar..dedah semuanyaaa..

Unknown berkata...

Datuk Seri Anwar Ibrahim @ DSAI ...
rupanya manusia yang terhebat, tergemilang dan terbilang ... yang pernah dilahirkan di Malaysia ni ... malahan lebih hebat dari Mahathir apatah lagi Tok Jib and the geng ..
manusia yang paling ditakuti oleh UMNO-BN ...
manusia yang sentiasa difitnah dalam pelbagai perkara ...
manusia yang begitu kuat azamnya, tinggi kesabarannya, ...
Mungkin orang lain akan kata aku ni kaki ampu DSAI. Cuba lihat, siapakah yang memperkasakan DSAI? Siapakah yang Gemilangkan DSAI?
Siapakan yang Terbilangkan DSAI?
Walaubagaimanapun, memang DSAI ni HEBAT.

Tanpa Nama berkata...

Kantoi Mantoi ..

dalam ni ada mesej penting yang tak ada di media

https://www.facebook.com/pages/King-Jason/417871221596342

UMNO BUKA LALUAN KEPADA SULTAN SULU PALSU (sbb Presiden Filipina mempersoalkan kesahihan siapa Sultan Sulu setelah semak Jurai Kesultanan Sulu) ...supaya masuk ke Sabah untuk buat kacau bilau di Sabah terutama PRU13....

Sultan Sulu tersebut telah mengubah keadaan kepada menjadi Tuntutan Sabah...

Tanpa Nama berkata...

Yg org politik memang dah berbuih bercakap.. sultan2 tanah melayu ni apa cer?? Senyap je....

belang berkata...

Saman sekali reuters dan manila times. Dorang yg dajal kuarkan cerita2 ni dulu. Anwar patut saman RM100m pada perisik manila yg kuarkan dalam suratkhabar tanpa bukti.

Macam mana penceroboh ni boleh lolos. Kalau rumah dah dipagar, pasang grill, buh selak pintu pencuri boleh masuk tp sempadan negara tak boleh sebab dah dijaga. Inilah sikap alpa kita.

Tanpa Nama berkata...

Lawak betul......

Semuanya di kenakan pada Anwar ?

Nampak gaya nya Anwar ini lebih power dari Obama kot ?

Nanti negara kena gempa bumi pun kata Anwar punca nya......

Ini semua macam cerita pada anak anak ayam dalam reban aje.

Bahalol sangat ke pemimpin negara kita ini ?

Renungilah bersama.....

Tanpa Nama berkata...

Tuan-puan semua,

Saya orang Sabah. Situasi sekarang amat rumit. Masalahnya bukan tentang kawalan kawasan perairan negara, tapi kita susah nak kenal musuh sekarang ini. Sebab musuh juga mungkin mempunyai kad pengenalan Malaysia. Dia mungkin sudah ada dalam negeri Sabah dan sudah pun biasa dengan selok-belok di negeri ini serta kenal para pemimpin tempatan. Kalau tahun 1960-an hingga hujung tahun 1990-an dulu lain. Para Filipino belum ramai dan yang ada di sini pun belum ada IC. Tapi kini mereka sudah ramai dan ada di mana-mana di negeri ini serta memiliki IC. Lebih kurang begitulah masalahnya.

Tanpa Nama berkata...

apakah status keturunan pendatang yg mendapat IC projek di SABAH. sudah ramai mereka ini yg telah berjaya. ada yg jadi dokter, pensyarah malah ada yg menjadi aktivis kepada parti politik baik PR or BN

acop Melaka/Phg berkata...

Kasihan kpd kwn2 Sabahan kerana terpaksa melalui hidup bersama org negara lain..inilah kesan teruk dr `projek `IC`yg madey yg buatkan tahun 90an dulu.. disemenanjung kami kena berebut dengan african, bangla, myanmar, nepal, indo dan lain2 yg ramainya utk naik bas, komuter dan gunakan lif/escalator diSupermarket dan sebagainya...inilah kesan dasar unmno/bn yg menderakan rakyat dia sendiri.. kesusahan dan sulitnya kita ni boleh diselesaikan bila umno/bn ditumbangkan..YES FOR PAKATAN RAKYAT..

Tanpa Nama berkata...

pokok pangkalnya adalah pemberian IC kepada pendatang, sbb kita tidak kenal lagi siapa warganegara dan bukan warganegara, inilah akibat rakus untuk berkuasa, sekarang bom jangka sudah meletup dan akan berterusan selagi penceroboh ini memegang IC kewarganegaraab