22 Mac 2013

[EDISI MENIPU] Kemiskinan 1.7%? Kenyataan Najib Jelas Tipu & Tidak Berasas


Kenyataan Perdana Menteri dalam laporan transformasi kerajaan bahawa kadar kemiskinan Malaysia berjaya dikurangkan kepada 1.7 peratus ternyata penipuan yang jelas dan tidak berasas, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Menyifatkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai ‘luar biasa’, Surendran berkata, angka sebenar menunjukkan kadar itu sepatutnya 19 peratus daripada semua isi rumah.

Katanya, angka yang diberikan Najib sama sekali bertentangan dengan bukti kemiskinan yang di bandar dan kawasan pedalaman.

“Angka yang diperoleh KEADILAN lebih tepat kerana ia berdasarkan tinjauan pendapat isi rumah dan kemudahan asas yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Surendran menambah, dengan kenaikan harga barang dan gaji yang tidak meningkat, dakwaan Najib itu tidak mengikut statistik atau logik akal, sebaliknya menentang bukti-bukti yang menunjukkan berleluasanya kemiskinan dalam masyarakat.

“Najib mesti bertindak segera dan berkesan untuk mengurangkan kemiskinan, dan hentikan manipulasi statistik,” tegasnya.

11 ulasan:

Awanama berkata...

Kemiskinan yang yang dimaksudkan oleh Najib Altantuya ialah golongan yang berpendapatan di bawah RM500 setahun. Sebelum ini Najib Altantuya pernah mengatakan bahawa pemberian BR1M RM500 cukup untuk makan setahun.

Rakyat diperbodohkan !

Awanama berkata...

Aku ni hanya rakyat marhaen yg tak pandai statistik. Macam mana Najib dapat angka kadar kemiskinan 1.7% kalau kadar pengangguran negara pada Jan 2013 adalah 3.3%? Rakyat tak bodoh. Maklumat di hujung jari. Google saja pun boleh dapat jawapan.

Awanama berkata...

Rakyat perlu sedar , kemiskinan bermula apabila tiada apa pun untuk di makan.

Selagi negara masih terdapat rumput untuk di ragut dan makan , maka tiada kemiskinan di malaysia.

Si bahalol berkata benar tau....

Awanama berkata...

Hahaha terbaeeekkkkkkla...

Awanama berkata...

Satu kajian transformasi yang menipu rakyat.Indeks jenayah macam mana pulak? Orang Inggeris kata: Kamu boleh tipu beberapa orang sekali-sekali tapi kamu tak boleh tipu semua orang selalu.

Awanama berkata...

Penakut pondan penipu....penbuuuuNuuuuh kalau x najib siapa lagi????

Awanama berkata...

Najib penipu

Awanama berkata...

najib penipu, pergi ke Pekan Pahang, lihat ada orang miskin atau tidak?

Awanama berkata...

agaknya dengan jual cincin jta-juta, rakyat Malaysia dah jadi kaya raya

Awanama berkata...

nazak (najib razak) penjenayah aka perogol pembunuh pemfitnah penyangak.

Awanama berkata...

berjaya kurang kadar kemiskinan sebanyak 1.7%??? formula matematik apa kau pakai ini?? Lu punya pakar matematik ada kelulusan ataupun sekadar UPSR sahaja? Kalau kelulusan UPSR memang logiklah tapi kalau yang ada ilmu matematik, dia lihat angka itu pun tahu sudah menipu. Kalau nak tipu orang yang hanya ada kelulusan SPM dan kebawah bolehlah. Tapi nak tipu kita yang rata - rata paling minimun diploma bahkan ada yang ada degree dan master lagi??? Sorry beb tak akan terpedaya punya so bersiap sedia untuk TUKAR pada PRU akan datang Najib, sebab kami tak mahu lagi beri jawatan penting kepada mereka yang tidak layak, yang dapat PHD secara beli bukan dengan titik peluh sendiri (rata - rata pemimpin UMNO dapat kelulusan cara begini maklumlah berduit maka tidak hairan kalau diaorang dapat kelulusan secara beli).