5 Mac 2013

[BONGKAR] Ada Kawasan di Selangor Pengundi Lebih Ramai Dari Penduduk


Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk.

Ini sekaligus menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan digunakan di dalam pilihan raya akan datang.

Semakan Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.

Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti.

Pendedahan ini dibuat Khalid pada Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 di sini, hari ini.

“Kerajaan negeri mengambil berat hak demokrasi rakyat negeri ini. Sebab itulah kerajaan negeri mengambil langkah mengenal pasti pengundi di Selangor bagi memastikan hak rakyat menentukan kerajaan,” katanya dipetik MediaSelangorku.

Laporan sama turut menunjukkan sehingga suku tahun keempat 2012, terdapat 497,084 pemilih baru di Selangor dari jumlah 1,924,281 pemilih berdaftar.

Daripada 497,084 pemilih baru yang disemak itu pula, 134,675 atau 28 peratus darinya tidak dapat dikenal pasti.

Menurut Khalid, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengendahkan gesaan kerajaan negeri untuk mengenalpasti lebih 134,000 pengundi ragu itu.

Hadir sama persidangan itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Ketua Cabang Kelana Jaya, Syed Shahir Mohamud dan Penyelaras Hal Ehwal Parlimen Pejabat Ketua Pembangkang, Abd Malek Hussin.

13 ulasan:

Awanama berkata...

SPR ni lembu yg dicucuk hidung. Mcm2 helah dan alasan direka utk menutup segala kepincangan dan kebusukan UBN.

Awanama berkata...

BN nak menang sangat di Selangor sehingga terpaksa menipu. Ingat, menang jadi wakil rakyat dengan cara MENIPU adalah haram hukumnya. Elaun haram dan makan minum pun HARAM.

Awanama berkata...

Disamping berusaha membeterasnya sy juga cadangkan MB anjurkan solat hajat tiap2 minggu/ lebih kerap, kerah semua rakyt sgor atau seluruh rakyat bragma islam. kerana itu saja yg kita ada skrg. Kmbalilah kpd Allah.

Awanama berkata...

BN cannot win unless they cheat !!!

Awanama berkata...

DUIT HARAM TAK JADI MASAALAH BAGI ORG BN.

Awanama berkata...

Dlm kamus spesis ni mana ada HALAL & HARAM, yg ada KUASA & WANG.

Carlos Santiago berkata...

Janji menang. tu jer dlm kepala otak $$$ umnu

XUMNO berkata...

Namanya pun pengundi Hantu, mana nampak. mereka semua ada atas pokok, dalam longkang, dalam jamban. Ada hantu tanah, hantu air, hantu laut. Bila pilihanraya nanti hantu2 ni akan menjelma macam manusia datang mengundi.

Awanama berkata...

Apa yang berlaku diSabah dewasa ni sepatutnya jadi pengajaran bukan sahaja kepada UMNO lebih lagi kepada SPR kerana bersekongkol dengan UMNO jadikan PATI sebagai pengundi haram.SPR dan Jabatan Pendaftaran wajar dipertanggungjawabkan sekiranya huru-hara berlaku diSelangor.

Awanama berkata...

KEWUJUDKAN PENGUNDI HANTU...ADAKAH BERMAKNA SPR DERHAKA KEPADA SULTAN APABILA MEMBERIKAN BUKAN RAKYAT SELANGOR UTK MENENTUKAN PIHAK YG BERKUASA DI SELANGOR.

SELANGOR UTK SELANGOR

adam narzuan berkata...

kita gempur.. kita gempur.. dapat pengundi hantu, kita tahan.. Mungkin salah pada undang-undang, tetapi kesalahan "undi hantu" adalah lagi teruk dan tak boleh dimaafkan..

Awanama berkata...


SPR kata kalau kalah jangan salahkan SPR. Apa yang PR nak buat sekarang?

Awanama berkata...

Saya amat terpanggil utk mengingatkan semua muslimin & muslimat supaya menjadikan doa & solat hajat sbg ikhtiar dan usaha kita untuk menumbangkan kerajaan yang korup. Ingat, Allah sentiasa memakbulkan doa2 hambanya yang ditindas & ditipu walaupun ia bukan dr kalangan muslimin sekalipun. Allah Tuhan sekelian alam & bukan utk umno shj.