30 Mac 2013

Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO Debat Dalam Bahasa Arab


Seorang ahli DAP mempelawa secara terbuka dua ulama mesra UMNO berdebat tentang isu haram menyokong DAP.

Malah, ahli DAP tersebut turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka yang menjadi sandaran UMNO.

Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.

“Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.

“Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari,” ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook.



8 ulasan:

Awanama berkata...

tentu kecut telor dua orang nie

Ammy Hassan berkata...

Macai2 UMNO-BN itu akan berhujjah Debat Bukan Budaya Kitaorang! Budaya Kitaorang: Fitnah, Samseng, Rompak Harta Rakyat, Tipu Undi, Rasuah, Baling Batu Sembunyi Tangan, Baling Telur, Simbah Cat, Hina Hudud, Hina Ulamak, Merempit, Meraba, MeROdok GOLok, Melepak Tepi Jalan, Kemaruk Video Seks, Borong semualah!

Unknown berkata...

syukur,,sekurang-kurangnya kita dpt menilai kenyataan ulama umno tidak bersandarkan kepentingan peribadi,,harap dapat kita saksikan perdebatan sihat ini melalui media elektronik ( tv )secara langsung,,sgt ssuai ditonton oleh golongan muda sprti saya,,,bagi saya, kalau berani keluarkan kenyataan begini, kenapa tidak untuk diperberdebatkan,,



A.B.U
PKR dulu, kini dan selamanya,,,

kg senduk berkata...

ulama yg dibayangi oleh kuasa pemerintah adalah pencuri.... manakala ulama yg menyandarkan dirinya kepada org kaya adalah munafik...... kata2 ulama tersohor sufian al Tsauri..... kalau pembawakan tu betul syukurlah kepada allah... kalau tergelincir naya dikemudian hari.....allah maha mengetahui...

Awanama berkata...

Maka benggap lah jadi nya ulamak ulamak ini kerana pemikiran telah di tanam bahawa debat bukanlah budaya si bahalol tersebut.

Andre Irwan berkata...

Fitnah menggunakan agama????? Nerakalah tempat akhirnya. Kasihan melihat seorang yang berilmu dalam agama tapi sanggup menfitnah menggunakan agama. Apa nak jadi ni?
Ya, Allah ya Tuhan Aku. Kau musnahkan mereka yang menggunakan agamaMU sebagai bahan fitnah pada orang lain. Jadikan mereka ni manusia yang bukan saja hina di dunia tetapi juga di akhirat nanti. Amin.

Awanama berkata...

Sokong umngok sebab nak cari modal kahwin 4.

Awanama berkata...

undi UMNO = undi Yahudi APCO?