20 Mac 2013

Agbimuddin Kiram, Ketua Penceroboh Adalah Rakyat Malaysia, Bekas Kakitangan Kerajaan


Ketua penceroboh militan Sulu dari Filipina Agbimudin Kiram, dakwa PKR, adalah rakyat Malaysia dan pernah bekerja sebagai kakitangan awam di Sabah, dakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rafizi turut menegaskan daripada dokumen yang diperolehi PKR daripada Arkib Negara Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.

“Perkara ini membuktikan ‘Projek IC’ jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ... yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegas Rafizi.


Klik untuk besarkan

Dengan pendedahan ini, Rafizi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat berapa jumlah pengganas Sulu itu yang mempunyai kad pengenalan biru dan merupakan rakyat Malaysia.

Rafizi juga dalam sidang media itu menegaskan berdasarkan pertemuan PKR dengan penduduk tempatan di Lahad Datu, mereka mengenali Agbimuddin.

“Ramai orang Kudat kenal dia (Agbimuddin),” kata Rafizi, yang tidak menolak tugas Agbimuddin ketika itu banyak memerlukannya menemui penduduk tempatan.

Sehubungan itu, beliau juga turut menuntut Najib untuk mengemukakan dengan jelas jumlah penceroboh tersebut yang merupakan rakyat Malaysia, dan menerima kad pengenalan biru.

“Dengan maklumat ini, Najib tidak lagi boleh bersembunyi di sebalim alasan keselamatan nasional untuk mengelak menjawab soalan yang berlegar di pemikiran rakyat,” katanya.

Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh militan Sulu yang mendakwa mereka adalah “Tentera Kesultanan Sulu” telah memasuki bulan kedua dan mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, dua anggota tentera dan baki lapan adalah anggota polis.

Sebahagian daripada 108 suspek pengganas Sulu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 juga akan didakwa di Lahad Datu hari ini.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat mengesahkan perkara itu pagi tadi.

Beliau berkata mereka akan didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan.

Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu pukul 11.30 pagi tadi.

Juga kelihatan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar.

Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M. Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu juga berada di situ.

Kesemua mereka yang ditahan di beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Semporna didakwa di bawah akta itu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari.

Malah, turut difahamkan, kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau selepas ini. -TMI


Arkib buktikan Ketua Penceroboh Sulu sebenarnya rakyat Malaysia


KEADILAN mendedahkan bukti secara dokumen yang menunjukkan Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sejak bulan lalu, sebenarnya rakyat Malaysia dan pernah menjadi kakitangan awam.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia dibuktikan melalui dokumen ‘Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah’ yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.

“Dari maklumat itu, disahkan bahawa Agbimudin tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Rafizi yang turut melampir salinan dokumen itu yang memiliki cop Arkib Negeri Sabah bertarikh 4 Oktober 1983, berkata, pendedahan itu mengesahkan hubung kait penceroboh Sulu dengan projek IC yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Wujudnya tokoh dari kumpulan bersenjata ini di kalangan warganegara mengesahkan keresahan rakyat betapa pemberian kerakyatan untuk tujuan politik tanpa proses sah mengancam keselamatan negara,” katanya.

Sebelum ini, media sosial terutama facebook kerap memapar pelbagai gambar individu yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu bersama-sama pimpinan Umno BN.
-KD

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib, Muhyddin dan Hishamuddin perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka menyembunyikan fakta ini daripada diketahui rakyat.

Lebih-lebih lagi Agbimuddin dan pengikut-pengikut nya adalah ahli UMNO. Apakah ini bukan sandiwara untuk mengelakkan PRU ?

Tanpa Nama berkata...

ouch! najib please response!

Tanpa Nama berkata...

rasanya ini bukan lagi sandiwara ini filem pengarahnya mati tengah jalan gelek distemroll.kejap penganas ,kejap rakyat malaysia.kejap kena bom ,kejap 100 mati kejap 40 mati kejap hidup balek ,kejap dah mati balek tutup aje certa ni tak laku.orang gila aje dengo certa ni

Tanpa Nama berkata...

Sebaik saja pencerobohan berlaku tempohari, tv 3 dan utusan terus menuduh DSAI sebagai dalang, bertujuan hendak memburuk-burukkan beliau, supaya rakyat menjadi marah dan benci kpdnya, tetapi sebaliknya satu persatu telah terbongkar, UMNO adalah dalang dan punca segala tragedi.Ludah ke langit terpercik ke muka sendiri.

Basteng berkata...

Dalam dunia Internet nii...mung wahai Najib cukup cukup sudah laaa ..usah nak menipu lagii.....

Maklumat dihujung jari aaaa !!!
Sia sia aja ada smart phone mahal !!
Ada twitter & bla blaaa..

Tahun era 70 & 80 an ..hang Najib boleh laa buat propaganda nak menipu !

=> http://tukartiub.blogspot.com/2013/03/satu-lagi-analisa-tentang-sandiwara-al.html

udah ..udah laaa nak menipu..kelentong...

Tanpa Nama berkata...

Memang menipu ni dah jadi tabiat hidup dia dan dia memang dah sedar kesalahannya, jadi bangun dari tidur saja dia terus fikir mcmana nak terus menipu. Hanya masa tidur saja dia x tipu. Yg hairan tu, PDRM, SPRM, SPR dan setengah penjawat awan lain sanggup & jelas berkerjasa dgn mereka menegak kebatilan. yg tbaru Papagomo. Allah tak bagi hidayah pada mereka kesian.....