20 Mac 2013

Parlimen Tak Bubar Lagi, Tapi Sudah Hampir


PMO: Khabar angin Parlimen bubar hari ini tak benar

Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.

“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali,” kenyataan pejabat berkenaan dipetik.

Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Wartawan Malaysiakini juga dihujani pertanyaan daripada pembaca yang ingin mendapat pengesahan mengenai khabar angin berhubung pembubaran parlimen itu.

Ramai pihak menjangkakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, selepas Najib membentangkan kad laporannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam siaran langsung di kaca TV pada malam tadi.

(Tetapi) Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (pernah) pada 12 Februari 2008 menafikan akan membubarkan parlimen.

Beliau bagaimanapun secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, keesokan harinya. -mk

Ulasan GB

Jika tiada angin masakan pokok bergoyang...

Mungkin juga apoa yang berlaku di zaman Pak Lah dulu berulang semula.

Hari ini dinafikan parlimen bubar, tiba-tiba esoknya betul-betul bubar.

Dan esok sepatutnya DUN Johor terbubar sendiri.


Tak mengapa, lagi lambat parlimen bubar lagi merudum geraf Najib dan UMNO BN.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pilihanraya paling dinanti-nantikan dalam sejarah!

Tanpa Nama berkata...

Susah juga jadi PM Najib. Pening. Kepala makin botak. Mulanya dulu nak tunggu DUN Selangor tapi Tan Seri khalid pandai pulak main politik.

Nak bubar sekarang pening juga orang kampong tengah marah. Harga getah dan sawit sudah turun.

Tanpa Nama berkata...

Yahoo!!!!

Nanti undi, jangan tak undi....

Sessungguhnya nilaian Keldai adalah amat berharga dari Lembu yang berada di padang pasir.

Ketahuilah....

Tanpa Nama berkata...

Jangan ghairah nak tanya bila Parlimen bubar. PR tak tau bila sebenarnya PM nak bubar. BN pun tak tau bila PM nak bubar. Sbb tu kalau dongak atas tiang lampu boleh nampak bendera gambar DACING aka KANDAR.. sampai lunyai dimakan hujan panas. PM sendiri pun tak tau bila nak bubar sbb bila PM bagi klu Rafizi dedah sana dedah sini.. Anuar nyanyi kena goyang... Ini semua pasal ANUAR

Tanpa Nama berkata...

Jangan desak dia. Tengah sebuk cari telur dia, kat mana pulak hilang? Tadi ada, ni dah takda pulak. Ni semua Anwar punya pasal, cabar dia debat, buat telur dia kecut sampai tenggelam.

Tanpa Nama berkata...

mmg betul la pok jib xde telur..bubar je la...apa ke halnya susah sgt nk bubar...kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

kalau aku tak bubar rakyat boleh buat apa kat aku... memang najib altantuya tak nak sebut bubar.. TAKUT

Tanpa Nama berkata...

najib nak perintah cara firaun? tak perlu PRU?

Tanpa Nama berkata...

Mesir jatuh sebab tiada pilihanraya, perintah cara kuku beri

Pokobondo berkata...

Najib xnk bubar,bak cni aku bubar..dgn kpala2 botak ngkau dgn telur2 ngkau aku bubar buat masak asam pdas bg rosmah mkn...