9 Feb 2013

[VIDEO] Rakaman Sebut Polis Beri Arahan Huru Hara Di Felda Sungai Tengi

SSatu rakaman video mesyuarat untuk membincangkan huru-hara ketika ceramah Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu tersebar di internet.

Rakaman 15 minit itu dimuat naik ke Youtube dengan tajuk “Perancangan jahat ‘Umno Untuk Serang Ceramah ANAK di Felda Sungai Tengi Terbongkar’.

Ia memaparkan penerangan pengerusi mesyuarat yang dipercayai Pengurus Felda Sungai Tengi, berhubung tindakan menghalang ceramah Presiden Anak, Mazlan Aliman.

Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut berkata tindakan itu direstui pegawai polis.

“Gerak kerja kita, kalau dia (Mazlan) terlepas juga masuk sepertimana pegawai polis cakap tadi, kita buat seolah-olah macam membantah lah, kita buat huru hara,” “Tapi jangan bergaduh, saya minta sangat lah jangan bergaduh...”

Kenyataan itu segera disampuk salah seorang daripada mereka yang berkata “Kalau dah huru hara bergaduh jugak...” dan disambut ketawa mereka yang berada di situ.

Pengerusi Felda berkenaan kemudian menyebut arahan itu datang dari pegawai Polis Daerah Kuala Kubu Baru.

“Kalau dia buat ceramah tu kita buat bising lah, Itu yang pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru, pesan kat saya tadi,” katanya dipetik dalam rakaman itu sambil menambah ia dilakukan dengan tujuan membatalkan program tersebut.

Dalam pada itu maklumat di Facebook menyatakan mesyuarat itu dihadiri pengurusan Felda Sungai Tengi, Perkasa, Umno, Seranta dan Majlis Belia Felda.

Pada 4 Februari lalu, Mazlan Aliman dilapor diserang kumpulan didalangi Umno ketika hendak memulakan ucapan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.

Mazlan berkata kira-kira 100 samseng membaling botol, kerusi, kun dan pelbagai objek lain. Malah mereka juga menumbuk dan menendang Unit amal Pas.

Oleh kerana samseng-samseng berkenaan enggan beredar dan bimbang keselamatan hadirin, ceramah itu kemudian di batalkan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa pulak yang bocorkan video ni.....
Dalam mesyuarat mcmtu pun ada spy.......
Untuk Tuan Pengurus siap sedialah menghadapi undang-undang, untung sabut timbul nasib batu TENGGELAM, RASANYA lebih tenggelam dari timbul.... Buat lah wasiat akta menghasut lama dalam jiriji besi.... Atau kumpul duit banyak nak bayar saman.
Semua yang ada dalam video pun siap lah takut baji hitam di tukar ke oren nanti.

PERINGATAN : umno AKAN TINGGALKAN KAMU SENDIRIAN BILA MASUK MAHKAMAH, PAPA GOMO dan MIM sebagai contoh...... Dan ramai lagi....

Selamat berjuang.......

Tanpa Nama berkata...

Tangkap yg dicakap serta yg bercakap.

XUMNO berkata...

Di mana ada taik di situ ada Umno; di mana ada syaitan dan iblis di situ ada Umno, di mana ada maksiat di situ ada Umno; di mana ada pukimak di situ ada Umno...dulu, kini dan selama2nya.Perangai bangsat, memalukan bangsa Melayu.Perjuangkan islam konon, tapi jelas berperangai syaitan yang memusuhi islam.

dad8home berkata...

Itu bukan dia nampak macam dia.....perut dia tak boroi tapi peut org tu boroi......