20 Feb 2013

[VIDEO] Amah Lambung Bayi Dipenjara 20 Tahun


Kuantan – Amah warga Indonesia yang melambung seorang bayi berusia empat bulan Jumaat lalu, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun penjara bagi dua pertuduhan Mahkamah Sesyen, hari ini.

Yuliana yang berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu bagaimanapun dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda.

Mahkamah terpaksa menunggu beberapa saat sebelum mendengar rayuan tertuduh yang akhirnya berkata ‘Saya takut’.

Hakim, Mohd Azhar Othman sebelum menjatuhkan hukuman menganggap perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan mahkamah berpendapat hukuman setimpal perlu kerana kanak-kanak adalah pelapis generasi akan datang.

“Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh ditangkap.

Ketika sesi perbicaraan, satu tayangan rakaman kamera litar tertutup selama lebih tiga minit dipasang selain beberapa bukti bergambar yang ditunjukkan pihak pendakwaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nor Azizah Mohamad yang meminta hukuman berat dijatuhkan kerana mempunyai unsur keganasan walaupun kesalahan itu kali pertama bagi tertuduh.

“Hukuman berat kepada tertuduh juga boleh memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak mengasari kanak-kanak sewenang-wenangnya,” katanya.


Melalui pertuduhan pertama, Yuliana melakukan perbuatan menghempas dan melambung seorang bayi sebanyak sembilan kali dan dia mempunyai pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.

Bayi terbabit, Mohamed Hareez Mohamed Zamri itu didapati mendapat kecederaan lengan kanan dan kaki kanan.

Yuliana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Yuliana didapati melakukan menganiaya seorang bayi kira-kira jam 7.45 pagi di Lorong Bukit Setongkol sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada bayi itu.

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(91) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, terus menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang dan mendapati bayi itu menangis.

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi pada hari sama.-SH

12 ulasan:

Unknown berkata...

GILA APA POMPUAN INDON NI.
SAKIT OTAK KE. NASIB VIDEO DI LINK KE HP PARENT DIA, KALAU TAK ENTAHLA APA KESUDAHANNYA.

AMBIK IKTIBAR DARI INSIDEN INI

Unknown berkata...

Tanya Mahathir....siapa yg beria-ia sangat nak beri IC kat orang Indon dan Filipin. Apa akan jadi kepada orang asal negara ini. Sekarang semua sudah terlambat...beratus ribu sudah warga asing jadi rakyat negara ini.....lihat suatu hari nanti apa mereka akan buat di Malaysia ini. Fikir2kan....

Ammy Hassan berkata...

Mengikut kajian psikologi tingkahlaku, seseorang pelaku itu mempunyai satu keinginan melakukan "kekejaman" apabila melihat "subjek" dlm kes ini bayi kecil. Tingkahlakunya menjadi tidak terkawal walaupun dia mempunyai rasa belas kasihan terhadap subjek. Dia akan berasa puas dengan tindakannya. Hukuman penjara akan meredakan sindrom "kekejaman" yang ada pada diri pelaku... This is a mind of a criminals!

Nazaruddin Mohamad berkata...

Adakah adil hukuman penjara 20 tahun yang dikenakan tersebut? Adakah hukuman tersebut hukuman kesalahan yang beliau lakukan atau kesan kecederaan/kerosakan (damage) terhadap mangsa & keluarga atau hukuman akibat sentimen kebencian kepada beliau? Hukuman tempohmasa 20 tahun penjara masih boleh diperdebatkan. Aku yakin hukuman hudud/ta'zir ISLAM akan lebih memberikan keadilan kepada mangsa. Walau siapa pun pelaku tersebut, keadilan adalah hak semua insan.

Riss berkata...

Kalau aku bisnesman, aku guna insiden ni utk marketkan alat canggih security ni - terus sambung ke handphone beb

Yong berkata...

Salam Greenboc

Dari dulu lagi Yong dah cadangkan (dalam seminar) supaya satu kaedah dilaksanakan untuk membantu ibu2 yang memilih sama ada ingin berkerjaya atau tinggal di rumah. Yong harap negara berkebajikan akan mengambil serius perkara ini demi masa depan bangsa Malaysia

Awanama berkata...

Itulah masalah apabila bawa masuk Indon, Philipines dan sebagainya. Diaorang bawa budaya yang tidak bagus dari tempat diaorang kesini. Inilah yang dipanggil kadar jenayah turun oleh Hishamuddin yang saya rasa dia dah lupa dah (maklumlah dekat PRU dia buat - buat lupalah). Kami nak ingat kau balik MR. Hishamuddin sebab gang kamu orang juga bawa Pendatang untuk menang PRU secara tidak adil.

Warga Sabah dan Labuan Especially jangan lupa ya Ceramah DSAI di SJK Chi Wen, Labuan 22hb ini pada pukul 7mlm.

Awanama berkata...

Kalau takat nk gi bekpes kat kopitiam awat tak bwk baby .....kamu mak, kan....

Awanama berkata...

tengok budak ni kesian anak altantuya, ibunya kena bom C4

Awanama berkata...

Kerajaan kena perihatin dengan nssib
rakyat
adakan tempat jagaan anak2 untuk
untk para ibu yang bekerja baik
disektor awam atau swasta
ini satu cara menambah peluang pekerjaan kepada rakyat yang masih ramai menganggur
tak perlu kepada amah dari luar sebab jawatan itu di isi oleh warga negara sendiri

Unknown berkata...

Kat arab saudi..org indon xboleh jd pembantu rumah lg..kat malaysia...di ikut nye tuntutan mereka spy gaji dinaikkan..pdhal diorg ni wat kes dh byk kali..

Awanama berkata...

mau tak banyak amah indon, filipino, bangla, mymar semua tu, kroni amno yg jadi ejen, nak jadi ejen kena ada lesen, lesen tu geng depa jugaklah yg luluskan.

senang2 ja dpt duit sambil goyang kaki, banyak kepala masuk lagi banyak duit masuk, 1 kepala berapa banyak untung dan komision, apa depa peduli negara ini banyak penjenayah ka, banyak penyakit ka banyak maksiat ka, yg penting fulus masuk.

yg gro dr cina pun ramai, maksiat takyah kiralah, agaknya geng tulah jugak jadi pelanggan.