20 Feb 2013

[EDISI TERDESAK] Bendera PAS Dikoyak & Dibakar Oleh Samseng Parti "Syaitan Dikenali"


Tindakan khianat yang dipercayai oleh penyokong parti tertentu mengoyak dan membakar bendera PAS di Kempas, Johor awal pagi tadi nyaris-nyaris mencetuskan pergaduhan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, beberapa samseng dikatakan menanggal, mengoyak dan membakar deretan bendera PAS yang dipasang di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini di hadapan umum.

Tindakan itu kemudiannya cuba dihalang penduduk setempat dan beberpa orang petugas PAS sehingga hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Bagaimanapun tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku apabila orang ramai membantu mententeramkan keadaan.

Ekoran tindakan yang bersifat provokasi itu juga, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kempas terhadap salah seorang samseng yang dikenali oleh penduduk itu.


Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat ketika mengesahkan kejadian itu berkata, tindakan tidak profesional pihak tertentu itu mencerminkan tahap tidak matang mereka dalam berpolitik.

"Politik yang berlaku pada hari ini adalah politik baru yang memfokuskan perlawanan idea bukan provokasi yang jumud.

Pemasangan bendera yang sedang berlangsung dengan meriah ini adalah sebagai menyambut saranan demokrasi yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia.”

"Pihak polis harus mengambil tindakan yang setimpal kepada pihak yang melakukan perbuatan khianat ini dan Umno harus menasihati ahli mereka agar lebih terbuka," katanya.

5 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

taula tdesak..jgn la sampai mcm ni skali..hadoiiii... takut sgt kuasa hilang.

#BANkami

Awanama berkata...

UMNO jangan takut dengan bendera PAS. Jumlah undi tidak dikira berdasarkan berapa banyak bendera dipasang. Bertindaklah sebagai orang cerdik.

Awanama berkata...

who let the dog out...

Awanama berkata...

samseng tahi kuciiiiiiiinnnnnngggggg,
kalau dah takut ...nak kalah...tengok bendera pun dah gabra. kalau betul betul kalah akan datang mungkin kena sawan dan strok, kita umpamakan mereka ini mencari sesuap nasi, sambil nak jadi macai, pencacai dan pengampu bodek nak duit...kesian umporno.sdg bertarung nyawa...

Awanama berkata...

BIAR DEPA KOYAK KAIN RENTANG TU,BILA PRU13 NI TAHU NAK AJAQ MUKA DEPA..TUNGGU..........