28 Feb 2013

Utusan Rugi RM15.50juta, Teruskan Boikot Sampai Ia Diisytihar Muflis


Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j

Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media.

Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi.

"Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.

"Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Mahkamah telah beberapa kali mengisytiharkan akhbar Utusan penyebar fitnah.

Justeru itu, akhbar Pemfitnah No 1 negara ini tidak perlu diberikan sebaranbg simpati dan rasa kasihan. Jika kita bersimpati dan kasihan kepadanya bererti kita bersubahat dan mendapat dosa dengan fitnah-fitnah yang ia lakukan.

Sekarang ia mengharapkan akhbar KOSMOnya untuk menjana pendapatan. Pastikan juga akhbar tersebut diboikot sama.


p/s Ada yang bertanya GB bagaimana pula nasib pekerja dan wartawan yang rata-rata beragama Islam di sana? Jawab kita ialah kita doakan mereka diberikan pekerjaan lain yang lebih mulia dan para wartawan itu diberikan hidayah menghentikan penulisan fitnah dan dosa disamping menjadi wartawan yang menulis kerana Allah yang menegakkan kebenaran dan keadilan.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kosmo pun kita boikot!

Tanpa Nama berkata...

Dah bertahun tak beli keluaran utusan...

Unknown berkata...

Bagus...padam muka...nasib wartawan2 xpayah difikirkan...ulat dlm batu pun bleh hidup, drp kerja makan hasil daripada fitnah watape...

Tanpa Nama berkata...

dah bertahun tak baca dan tak beli surat khabar bodoh ni....

Tanpa Nama berkata...

Mana "Tabung Selamatkan Utusex" yang dikutip oleh PERKOSA??? Sudah masuk poket kah atau tidak mendapat sambutan?? Hahahahaha.......

Tanpa Nama berkata...

Aku pun

BaDiN berkata...

ADA PUN TAK MENGUNTUNGKAN.TAK ADA LANGSUNG AKU PUN TAK RUGI APA APA.
Moleknya tukar nama kpd UFO-Utusan fitnah Org.
UN-Utusan Neraka.
Pilih antara nama nama tu.
Mampusssssss lah kauuuuuuuuuuu.Ajal mu hampir tiba.
Kpd mereka yg masih baca tanamkan tekad ini.Mulai saat ni nak sentuh pun tidak product UM,
Bikot tengok,Boikot Baca,Boikot Beli,Boikot Pegang.

Tema baru bagi UM adalah .
(Surat khabar Jamban).
Hamba mencadangkan.

dia mai berkata...

tu tak termasuk saman.... kakakakakah.... utusan kata PR akan bankrup kan negara rupa rupa nya utusan yg bankrup dulu........

Tanpa Nama berkata...

Dan pd wartawan2 akbar UFO..jawab laa nnti dlm neraka setiap patah prkataan yg hang dok sebar fitnah brjuta rakyat Msia ni...smpai buruk2kan agama Islam sndiri pon ada artikel..mkn lah hasil kerja kotor hang utk sesuap nasi anak bini hang tu...kerja menabur fitnah saje..rasa2 lebih 10 thn xbli akbr "haram" ni..gud bye akbar ku 'tercinta'...yg elok dibungkus nasi lemak RM1.20

Tanpa Nama berkata...

pekerja2 SENTIASA ada alternatif,bila2 masa boleh blah gi tempat lain.. mcm jiran aku berenti utusan slps 2,3 bln kerja sbb berita A dia tgk dgn mata kepala ..editor suruh buat berita A+C utk keluar paper..

Tanpa Nama berkata...

utusan, restoran mamak, nabil dan saleh yaakob, barua UMNO?

Tanpa Nama berkata...

kami pelajar IPT tak baca utusan, hanya buat alas tempat duduk ceramah..

Tanpa Nama berkata...

Sudah dibukti memfitnah, lepas PR ambilalih nanti, tarik balik lesen penerbitannya habis cerita

Tanpa Nama berkata...

Saya syorkan agar diadakan jelajah seluruh negara ke setiap negeri untuk acara boikot dan bakar akhbar utusan malaysia secara ramai-ramai..pasti penyokong PR akan keluar ramai-ramai..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan semua. Bukan sahaja Utusan Malaysia. Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, New Straits Times, The Star & lain-lain yang seangkatan pun patut diboikot sama. Tak payah fikirkan nasib mereka yang kerja dengan media durjana ni. Banyak lagi kerja yang lebih mulia di dunia ni.

Tanpa Nama berkata...

Inilah balasan drpd Allah SWT kpd mereka yng suka menyebar fitnah......

Tanpa Nama berkata...

Boikot boikot boikot akbar milik BN, tipu rakyat gelarkan negara kongres sebagai parlimen seperti Mexico ke Filipina ke Argentina ke bla bla bla. Suka tipu rakyat Malaysia je....