28 Feb 2013

Rosmah Mencecet Lari Balik Gara-gara Protes Siswi UKM


Protes: Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.


Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.


“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis. -HD

7 ulasan:

dia mai berkata...

org tak sekolah boleh lah rosmah kelentong ni budak Ù... hahaha lepas ni mcm biasa lah naib canselor kena surat tunjuk sebab mengapa perkara ni boleh berlaku.... jawab je dah budak tax suka nak wat cam ne..

Awanama berkata...

TAHNIAH MAHASISWA MAKIN BERANI TUMBANGKAN BN

ayba berkata...

Tidak perlu R jadi PM, sekarang ini pun tindak tanduknya seperti dia yang paling berkuasa di M ini

Awanama berkata...

rosmah lari kerana takut, takut pada puak mudin ,takut pada Mamak puak madey kutty. najibaltantuya bakal ditendang oleh orangnya sendiri.
graduan u lebih bijak dan pandai,
hanya puak puak UMNO memperdodohkan diri sendiri berjuang untuk segelintir kroni UMNO sahaja.

UMNO hanya pandai memperbodohkan rakyat sahaja.

Awanama berkata...

Rosmah kau boleh bersembunyi dari berhadapan dengan mahasiswa. So, I nak lihat kau dapat sembunyikah daripada berhadapan dengan mahkahmah Allah S.W.T yang semestinya tak dapat lari daripadanya. So Bersedialah berhadapan mahkahmah Allah S.W.T...

Awanama berkata...

nampaknya di akhirat nanti lagi ramai lari lintang pukang di Padang Mahsyar...nauzubillah

Awanama berkata...

UIAM halang program pelajar, ada tangan ghaib yang halang?, takut berlaku macam UM dan UKM...