8 Jan 2013

[VIDEO] Rakyat Dok Tunggu 'Roti Deepak' Bukan Roti 1Malaysia!

Macam-macam ada sampai roti pun nak dipolitikkan. Bini PM Rosmah mahu Roti1Malaysia di perluas Permata.

Rosmah buat-buat tak dengar, buat tak tau apa dengan serangan towkey karpet Deepak yang tuduh Rosmah dan Najib terlibat dalam akuan bersumpah kedua P.Balasubramaniam dalam kes pembunuhan wanita cantik Altantuya dari Monggolia. Macam-macam roti dah ada. Semua roti rasa serupa ja cuma nama lain-lain. Yang rakyat 'nak makan' dan ingin tahu sedap atau tak sedap ialah 'Roti Deepak' bukan roti 1Malaysia!

Hingga kini Najib-Rosmah senyap tak kata apa dengan dakwaan Deepak. -misaimerah
Deepak: Perlu sidang khas parlimen bersihkan Najib

PAS akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda menitahkan Perdana Menteri memanggil satu sidang parlimen tergempar berhubung tuduhan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata sidang tergempar itu perlu diadakan sebelum 25 Februari ini bagi memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Razak membersihkan dirinya yang sehingga kini masih membisu terhadap tuduhan itu.

Beliau berkata, sidang tergempar merupakan medium terbaik untuk Najib menjawab atau membela diri berhubung dakwaan yang dikaitkan terhadap beliau.

"Soal ini bukan soal kecil kerana ia mencalarkan nama PM. Apabila nama PM tercalar, ia turut mencalar nama negara,"
kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Mahfuz menjelaskan, pihaknya telah menghantar surat kepada istana bagi memohon satu penetapan tarikh untuk bertemu dan menyerahkan memorandum kepada Yang di-pertuan Agong.

Surat tersebut telah difakskan kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang Di-pertuan Agong, Elmy Mohd Yusoff, pagi tadi.

Langkah menyerahkan memorandum tersebut diambil memandangkan pendedahan usahawan karpet tersebut tidak mendapat sebarang respons dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, beliau memberi tempoh dua minggu kepada ketiga-tiga agensi terbabit untuk membuat siasatan terhadap pendedahan Deepak.

Bagaimanapun, sehingga hari ini tiada sebarang respons daripada agensi-agensi terbabit.

Beliau turut mempertikaikan pemimpin BN yang seolah-olah bisu dan pekak apabila berhadapan dengan isu ini.

"Sebelum ini, pemimpin negara begitu riuh, mulut becok bila menyentuh satu-satu isu, tapi bila isu Deepak ini, mereka seolah-olah bisu dan pekak. Tiada siapa yang hirau," tegas beliau.
-HD



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Diam tu tanda ya kau melakukan wahai PM dan bini PM. Selagi kau berdiam diri atau beri jawapan bukan - bukan selagi itu jawapan ialah ya kamu yang melakukan. So PM dan bininya please jangan berdiam diri atau beri jawapan yang bukan - bukan.

Tanpa Nama berkata...

DASAR MALAYSIA HARI DIBUAT DAN DILAKSANAKAN HANYA UNTUK KEPENTINGAN BARISAN NASIONAL BUKANYA BAGI KEPENTINGAN NEGARA..PEMERHATI

Osama berkata...

BN tu Bini Najib
BN tu Beban Negara
BN tu Barang Naik
BN tu Bantah Najib
BN tu Begitu Nazak
BN tu Be End!

Jom kita penuhi Stadiimm Merdeka pd 12 Januari 2013 di Hari Kebangkitan Rakyat!

Tanpa Nama berkata...

biasa lah org dah xpndng rkyt bawahan...dh kaya konon..nmpk org pekak dia lg buat2 pekak nmpk org buta dia buat2 buta, haah! tnggu lah kat sana nanti???? mana mau lariii pokjib dan ibu rosmahhhh oiiiii..jwb ya jgn xjwb tgk muka jerr dah nakmuntah aku tengok....