3 Jan 2013

Orang Miskin Dilarang Sakit, Tiada Ubat Percuma Lagi Di Hospital Kerajaan


Kerajaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri

PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.

“Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

“Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.

“Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.

“Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah,” katanya.

Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.

Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang. -KD

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

untuk kebajikan rakyat byk betul autanya...utk kroni..semua boleh xda masalah...tolak ameno selamat semuanya..insyaallah

Carlos Santiago berkata...

Biar betull... orang susah kat kampung mcm mana..terpaksa amik insurance. ke nk perkenalkan insurance pula...

SO, malaysia is the next america?

>BANkami<

Tanpa Nama berkata...

Dah sampai tahap macam ni pun ada lagi yg sokong umno? Pelik sungguh la...

Tanpa Nama berkata...

Skrip yang akan kita dengar dari pihak tertentu ialah ' ini baru cadangan.. belum ladi dilksanakan. Siapa kata macam tu, jangan dipolitikkan isu ini , pihak pembangkang tiada modal dsb . Fikir2 kan lah . ABU ,jumpa di KL112.TAKBIR.

Tanpa Nama berkata...

alasan: utk bagi bumiputra peluang berniaga..ubat2 mesti beli di farmasi/klinik tertentu.Jika check info tokey farmasi tertentu..mesti vip..itu mcm ka umno?

Tanpa Nama berkata...

Aku minum di gerai sorg makcik kg..

Makcik: Brg2 byk naik harga (Mengeluh)

Aku: Biasa la mokcik,kita ok x marah pun harga brg naik.. tapi patut mokcik tak blh marah harga brg naik,makcik patuk gembira..hehe

Makcik: Psl apa plk (Sambil marah).

Aku: Makcik atau sapa2 undi umno 2008 dulu..kira makcik mmg setuju,sokong apa umno buat.. jadi nak marah,bising buat apa..tak gitu??

Aku: Kita tak marah sbb mmg awal2 lagi x undi umno.Org kg jugak bodoh sbb kena tipu bodo2 sama umno.Kita masa dlm perut lagi dah tau perangai umno..haha.

Aku: (mula menghasut..hehe). Jadi takde makna la kuat umno pun,kalu bkn anak beranak tok ngulu umno.Tgk kg kita cth...(aku bagi cth bla bla)... Tangki air,rumah PPRT bla bla Ugut,kencing bla2 kalu x undi umno..

Makcik: Betul jgk.

Aku: Jadi ngundi tahun ni jgn pangkah dacing la..kalu ada anak2 pesan sekali.Tapi kalu dia bagi sen ambik sbb tu mmg duit makcik..undi cerita lain.sbb tu mudah2 dia bagi duit sbb bkn duit dia.hhe


Senario ini berjaya. Apa yg diperlukan utk melembutkan hati pakcik/makcik dgn memberikan cth tok ngulu umno dibandingkan dgn tok ngulu pas..

Tanpa Nama berkata...

kos perubatan utk rakyat brpendapatan rendah patut ditanggung oleh kerajaan. itu dh jd tanggungjawab negara x kira sapa yg memerintah.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin wang peruntukan tersebut akan digunakan untuk kekayaan sendiri dan kroni melalui pelbagai projek dan program.

Tanpa Nama berkata...

hanya di tanah melayu, rakyat melayu kebanyakan miskin dan papa terus dibodohkan oleh pemimpin pilihan mereka sendiri, rata rata orang melayu.

selagi mentaliti melayu sama seperti sekor ketam batu, selagi itulah melayu merempat di tanahair sendiri.

berbangga lah melayu menjadi sekuriti gud menjadi stesen minyak milik bukan melayu, kerana hanya melayu saja yang takut mengubah nasib kerana malas dan kuat melepak.

apa nak jadi dengan orang melayu yea...

Tanpa Nama berkata...

UMNO oh UMNO kita orang undi kau untuk buat kerja bukan pau duit orang sampai ubat pun kau tak boleh bekalkan. Kalau kau tak boleh bekal ubat untuk menjaga kebajikan rakyat then i rasa ada patut kita tumbangkan UMNO pada PRU akan datang. Jangan bazirkan undi kepada UMNO yang tak tahu buat kerja. Undilah parti tahu berkerja.

Pakcik PPRT berkata...

Ni satu lagi projek untuk kayakan kronilah lagi. Kebanyakan yg jadi tokey faramsi, pengedar ubat ni semua VIP2. 'Agenda ketuanan Mleayu' ke ni. Ramai makcik2 pakcik2 Melayu PPRT yg akan hidup susah kalau polisi ni dilaksanakan. Adakah ini memajukan kaum Melayui? Tidak, menyusahkan org Melayu adalah. Di manakah slogan hidup melayu? Kerjaan UMNO dan kroni bangga dapat menindas org miskin, supaya dpt tunjuk mangkak di depan kapitalis asing. Lalu, Rotschild dan Rockefeller pun bertepuk tangan dan memberi toast San Miguel melihat kebodohan kerajaan dan kroni UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Semoga allah musnahkan UMNO yang sedang sakit dan menindas rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Nie lah krjaan BOODOOOOH.... Pentingkan nyawa dan jiwa sendiri??

Tanpa Nama berkata...

UMNO DAH MELAMPAU..!!!! yang pasti tokey tycoon pemngimport ubat ubatan tungal adalah dari kalangan umgokBEnEND tak hairan selagi boleh dicekik rakyat malaysia selagi tu la alasan bodoh digunakan macam juga kenaikan gula,,macm juga pelaksanaan Aes..PENDEK KATA benar lah slogan rakyat didahulukan kena cekik peras ugut poket umnobeEnd kroni diutamakan.

Tanpa Nama berkata...

Mana perginya prioriti rakyat kat sini? kebajikan masyarakat tak seharusnya diabaikan ... bukan semua masyarakat ka malaysia ni rata2nya senang@berkemampuan ... kredibiliti sesebuah organisasi terletak kt tgn rakyat tau ... jgn lupa

Tanpa Nama berkata...

1)Konsep beli di farmasi ni memang sudah diamalkan di negara Eropah. Tapi masalahnya kalau di Malaysia ni..seperti Anon 1.10pm kata..akan di bagi pada kroni tertentu..farmasi tertentu je...

2) Rakyat Malaysia byk membazir. Ubat tak habis pakai patut di kembalikan...

3)Cadangkan naikkan caj bayaran di klinik ke RM2 di bandar dan RM1 di kampung2

4) Kebajikan rakyat seperti kesihatan, pelajaran dan utiliti patut di utamakan. Jangan 100% diberi percuma...tapi memadai jikalau rakyat juga bayar sedikit.

Tanpa Nama berkata...

sokong anon 10;18..rkyt malaysia mmg bnyk bazirkn ubatan..lainla kalau bli sndri..tapi kos prubtn yg sprti melibatkn pmbedahan patut ditanggung oleh govmnt terutama rkyt brpndptan rendah..kalau byr pun caj wad atau servis je..xkn sume nk free

Tanpa Nama berkata...

bnyk projek govnmnt BN yg 20% je brfaedah pd rkyt..balance 80% untung kroni...mcm
projek kmpung wi-fi..untung syrkt telco..
rebat smartfon..untung dealer brg telco..bleh hbskn stok lame..
mcm lg..cube korg listkan ape projek BN utk rkyt yg menguntungkan kroni...bnyk oooo...bjk kan??smbil menyelam minum air..tgk la sape penasihat diorg..APCO..zionis..