28 Jan 2013

Langat 2: Kenyataan Muhyiddin Langgar Undang-undang & Perlu Didakwa Di Mahkamah

Kenyataan Muhyiddin Berkenaan Langat 2 Kelirukan Rakyat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan Muhyiddin yang membelakangkan kuasa Kerajaan Negeri Selangor berhubung kelulusan projek Langat 2 jelas menyalahi undang-undang.

Menurutnya, ia sekaligus memberi gambaran bahawa Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Umno-BN bebas melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

“Muhyiddin ialah seorang Menteri yang dilantik di bawah Perlembagaan Negara, dia tidak boleh melanggar Perlembagaan. Beliau tidak boleh membuli rakyat Selangor, kena ikut undang-undang. Kalau dia tidak ikut undang-undang, macam mana rakyat mahu ikut?

“Beliau kena berhati-hati dalam membuat kenyataan ini terutama jika kita menjawat jawatan tinggi. Malah, dia akan diketawakan oleh pemerhati antarabangsa kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tidak mahu mematuhi undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Parlimen Bandar Tun Razak.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan tetap meneruskan projek pembinaan Langat 2 dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata buat masa sekarang bagi menampung permintaan air yang semakin meningkat di kalangan rakyat, beberapa buah loji rawatan air di negeri itu terpaksa meningkatkan tahap pengeluaran sehingga 100 peratus.

Dakwanya, Projek Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan sebanyak 40.55 peratus iaitu kira-kira 29 bulan disebabkan keengganan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan yang diperlukan.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan Syabas gagal dalam pengurusan bekalan air Selangor sudah dijangka Kerajaan Negeri sejak dua tahun lalu.

Berikutan itu, beliau berkata, rancangan penstrukturan semula operasi air dikemukakan kepada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah itu, namun skim berkenaan ditolak. -selangorku

Ulasan GB

Kenyataan Muhyiddin untuk meneruskan projek Langat 2 jelas menunjukkan bahawa beliau JAHIL undang-undang malah beliau boleh didakwa kerana membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.

Sudah acapkali pemimpin UMNO BN telah melakukan kerja-kerja tidak mengikut Undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti kes merampas hak royalti rakyat Kelantan dan seumpamanya.

Ianya tidak boleh dibiarkan lagi. Perlanggaran terhadap konsep "federalism"atas apa jua alasan tidak boleh terus-terusan dibiarkan dinodai oleh Kerajaan UMNO BN dan tindakan undang-undang perlu diambil untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa oleh UMNO BN.

13 ulasan:

mohd shahran berkata...

Seperti ada yang tidak kena dengan BN kenapa bersungguh2 untuk melaksanakan langat2 ...perlu PR secara official membuat laporan sprm...

Awanama berkata...

Setuju

Awanama berkata...

Semoga allah hancurkan UMNO kerana menzalimi rakyat dan diganti pemerintah beriman yang menjaga rakyat

Awanama berkata...

Semoga allah hancurkan UMNO dan diganti pemerintah beriman yang menjaga rakyat

Awanama berkata...

Tan Sri Khalid,

Tak perlu kata BOLEH didakwa....teruskan jer dakwa jika ada case dan biar dihebohkan seantero negara supaya rakyat boleh melihat dengan JELAS....

AWAS!! Jangan terpedaya dan terjerat dgn sebarang bencana...jadikan sejarah KULI tewas dlm 24jam terakhir dlm PRU dulu HANYA putar belit tenggolok Kadazan yg konon ada tanda salib...tak mustahil dalam keghairahan sambutan rakyat yg luar biasa....terkena lagi dan lagi....jerat tak pernah lupakan pelanduk kan?

KINI saat utk bertindak dan menyerang...tiada lagi bertahan dan bertahan seperti 2-3 tahun lepas!

Awanama berkata...

Ape tak bersungguh bak buat...kroni dh bayar pendahuluan...sure projek kne jln...klu x mana dia nak cari duit byr duit kroni td. Buat projek amik air dri Pahang...sdngkn Pahang pun x ckup air...bodoh!

Awanama berkata...

Masya Allah !

bila si benggap jadi ketua lanun, dan masa mendatang untuk menguasai lanun lanun bahalol, maka si lanun pun panik dan membebel sakan takut kehilangan duit sekim cepat kaya melalui konsession.

kalau dah lanun biasa hidup menongkat langit ke hulu hilir naik kuda kuda ber kuasa besar, agak gila amok pun boleh jika lanun benggap itu melihat diri nya menunggang keldai atau pun kura kura bila lanun kehilangan kuasa lanun nya.

lanun tetap lanun, apa gaya muka atau cara hidup beza, lanun tetap lanun bagai Ali Baba dan 40 pencuri nya. kena pulak lanun benggap sembab lagi bahalol, susah jugak nak ubah perangai tu.

Amuraria berkata...

DEMI KRONI APASAJA BOLEH,ABU SAHAJA PENYELAMAT NEGARA !

kampong lad berkata...

aku nampak lagu ni......depa sangat konfiden umno/bn akan rampas selangor.

KG senduk BG berkata...

rakyat dah tak boleh diperbodohkan lg.... Maklumat dihujung jari tak payah nak ngadap tv mcm zaman dulu2, jgn mimpi la BN nak tawan selangor semula..... saman ajee si mamat nee biar byk perkara terbongkar....

Awanama berkata...

Ada projek baru ada rezeki. Lebih-lebih lagi keuntungan dari menjual air ke Selangor mencecah berpuluh juta setahun, sudah tentu bermati-matian mahu teruskan projek.

Awanama berkata...

Perkara semacam ini jangan dibiarkan..bawa dia kemuka poengadilan baru dia tahu langit tinggi rendah . Jangan dibiarkan mereka naik toncang....

Osama berkata...

Hasut jgn tak hasut!
kumpulkan seluruh rakyat Selangor utk berdemp cara aman!
1. Kembalikam SYABAS kpd kerajaan Negeri Selangor
2. Desak SPR bersihkan senarai nama pengundi2 yg bukan warga negara.
3. Desak Pengerusi SPR letak jawatan kerna melakukan penipuan dgn memalsukan data2 pengundi warga negara.
Ayuh rakyat Selangor.... Bangkot kita bamgun bersama bersatu memerangi penipuan SPR yg didalangi oleh UMNO!!