28 Jan 2013

Pemuda Sabah Pengsan Dibelasah Polis, Kembarnya Disimbah Air Panas

Seorang pemuda Sabah berketurunan Bajau cedera parah dibelasah ala samseng oleh lima anggota polis hingga pengsan ketika ditahan jam 2 pagi di sebuah siber kafe di Telipok Ria, Tuaran, 19 Januari lalu.

Gambar: Belakang Nazrul melecur akibat disimbah air panas oleh polis

Peguam mangsa, Erveana Ansari Ali dalam kenyataan berkata, menurut seorang saksi, sekumpulan polis masuk ke kafe tersebut dan menangkap Asrul Nordin sebelum mangsa diheret ke satu sudut, digari dan dibelasah hingga pengsan.

Menurut Erveana, dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Zul mendesak polis berhenti membelasah dan meminta penjelasan tetapi salah seorang polis, Inspektor Mazli menengking dan memberi amaran supaya beliau tidak masuk campur.

“Mazli dan beberapa polis turut memukul dan menghalang ibu bapa mangsa yang cuba menghalang polis membelasah anak mereka,” kata Erveana.

Beliau berkata, tindakan ganas polis terhadap mangsa dipercayai ekoran raut wajah beliau serupa dengan kembarnya, Nazrul Nordin yang pernah ke Balai Polis Tuaran pada 16 Januari lalu.

“Nazrul pergi ke balai polis untuk beri keterangan dan membuat pengecaman polis yang menuang air panas di belakang badannya ketika dalam tahanan semasa diberkas pada 6 Julai lalu kerana disyaki memecah masuk rumah. Tetapi tiada bukti mensabitkan beliau dengan tuduhan itu.

“Asrul pula diberkas atas kesalahan penyalahgunaan dadah bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelas Erveana.

Mengutuk serangan tersebut, Koordinator Jingga 13 Sabah itu mendesak Kerajaan Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap polis terlibat.

“Polis bukan raja di Malaysia untuk bertindak sesuka hati tanpa mengikut peraturan kerana pernah berikrar menjaga keselamatan awam dan bertugas mengikut undang undang.

“Mereka tiada hak untuk memukul rakyat sesuka hati dan membabi buta,” tegasnya.

Erveana berkata, rakyat Sabah kini berani bangkit untuk menuntut keadilan dan memerangi kezaliman polis. -KD

10 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

hemmm...polis mcm2 skng ni..xfaham aku..

Awanama berkata...

Nak keadilan, rakyat kena undi dan sokong pakatan rakyat kuborkan umno BN haram jadah haram jadah.

Kg Senduk BG berkata...

kalau betul bagai dikata...... yaallah kenapa lah kejam sgt kalau nak tegakkan keadilan pun.... ini lah demokrasi ala barat yg mereka belajar... dan begini lah jadinya kalau dapat kemerdekaan dgn cara kiblatkan ke barat..... nanti kalau yg melawan penguasa dikata kan penjenayah.. kuatkan diri anggota PDRM dgn ilmu2 ugama sebelum jalan kan tugas... ingat sedikit kuasa yg anda ada hanya amat sedikit dari kuasa allah taala

Awanama berkata...

Polis oh polis kerja kau bukan jadi samseng oii polis. Kes ini jangan disuruh polis yang siasat tetapi suruh surahanjaya diraja yang siasat. Mana boleh polis yang cari hal polis pula yang siasat. tak masuk akal langsung. Tubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara ini kerana perkara ini dah banyak kali dah berlaku.

Awanama berkata...

siapa yg ajar poli,s buat kerja mcmni jgn nak tunjuk lagak kita ni sama juga rakyat,pencen pun kita balik pada rakyat...mana nak bawa mukatu...hati2lah kalau nak cari rezeki halal utk anak bini

Awanama berkata...

Aku pernah ditahan reman 3 bulan kat lokap polis muar. ada anggota2 polis yang kami panggil "kapal" bawa masuk heroin dalam lokap. Bukan bagi free tapi kena bayar, mahal lorr. Mana mana OKT (orang kena tuduh) yang datang dari kuarga berduit atau punyai kawan2 yang berduit, akan didatangi anggota2 polis tadi dan minta wang dari mereka bagi pihak OKT. Kalau dapat 500rm, setengah utk polis dan setengah utk kegunaan OKT ...utk beli dadah, rokok atau pun makanan dr luar. Dah habis duit , minta lagi.Aku duduk reman selama 3 bulan kerana aku tak mengaku meiliki 3 tiub heroine sebagai mana didalam kertas pertuduhan. Memang masa tu aku penagih dadah tapi masa ditahan aku langsung tak memiliki apa apa.Polis dengan selamba membuat statement mengatakan aku ditahan dan didapati memiliki 3 tiub heroine. Dalam keadan lemah , gian dan taak waras akal, aku dipaksa tanda tangan statement itu.
Alhamdulillah aku dah bebas dr dadah heroine sejak 30 tahun lalu, bukan sebab duduk dalam reman tapi bberapa tahaun selepas itu atas izin serta rahmat Allah, usaha ibu, kuarga dan
sendiri.

Awanama berkata...

PDRM masih tak bertamadun.

Awanama berkata...

Syabas OKT 3 bulan, nampak macam dah insaf, pakcik doakan semoga jauhi dadah, judi, zinah dll dosa. Agar mendapat hidayah.

Jika kerajaan PR yang memerintah SALAH TETAP SALAH, TAHAN PASTI KENA TAHAN.

Cuma harapan kita pengundi yang akan merobah kerajaan pendekatan secara begini GANAS & SAMSENG DIHENTIKAN PUKUL MEMUKUL DERA MENDERA PERLU DITAMAT......

Semoga PR mampu melakukannya........

Awanama berkata...

Anon 1:44am! Bro! Tahan reman maksimum 14 hari saja.Lepas tu dibuat kertas pertuduan.Bagaimana pun, tahniah dapat bebaskan diri dari dadah.

Awanama berkata...

Masya Allah !