24 Jan 2013

Kunjungan Najib Ke Gaza Dikecam Presiden Palestin, Mahmoud Abbas


Gaza: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu.

“Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza,” kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.

“Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin,” tambah kenyataan itu lagi.

Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia.

Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam beberapa bulan terakhir. Sebelum ini Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan menjanjikan bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta.

Lawatan Najib ke Gaza semalam sebagai bentuk solidariti Malaysia pada rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan Israel.

`Kita satu umat’

Seperti dilapor Reuters, Najib masuk Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir. Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sampai di Gaza, dia disambut oleh Perdana Menteri dari Hamas, Ismail Haniyeh. Kemudian Najib mengunjungi hospital Shifa di Gaza City dan bangunan parlimen Gaza. Dia juga terlibat dalam peletakan batu asas sebuah sekolah di Gaza yang dibiayai Malaysia.

Najib juga akan menerima gelaran doktor kehormatan dari Universiti Al-Aqsa. Sementara Rosmah, mengunjungi hospital anak Nasser dan turut serta dalam upacara pembangunan pusat trauma di rumah sakit tersebut.

Dalam pidato singkatnya, Najib mengatakan bahawa dia datang untuk menunjukkan solidariti dan sokongan bagi perjuangan rakyat Palestin.

“Kami memang datang dari jarak ribuan batu, tetapi kita satu umat (Muslim) dan kami menyokong perjuangan rakyat Palestin,” kata Najib dikutip dari al-Arabiya.

Najib juga menyatakan sokongannya atas usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah.

“Kami meyakini pemerintah Palestin akan bersatu dan kami berdoa pada Allah perundingan akan sukses dan persatuan Palestin akan terwujud di masa depan,” kata Najib. -FMT

Ulasan GB

Nampaknya yang sambut Najib bukan golongan nasionalis, "UMNO" Palestin (Fatah), tetapi "PAS" Palestin (Hamas).

Kalaulah tidak kerana Hamas memberikan sambutan terhadap Najib, sepastinya muka-muka Najib dan rombongannya telah labuh sampai ke lantai.

Takkan situ pun Najib tak nampak, baiknya "PAS" dan teruk serta dasyatnya "UMNO"?

7 ulasan:

Unknown berkata...

Perdana Menteri Pertama Malaysia menjejakkan kaki ke GAZA (macamlah malaysia ada 100 orang PM).

Satu lagi sejarah tercipta...

Perdana Menteri Malaysia Pertama kena kritik dengan president Palestin

(2 Rekod Malaysia dalam 2 hari)

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Ni lah cerita umat Islam bila ada dua parti dalam negara yang tak sehaluan....macam kat sini juga...nampak tu...

Dalam keadaan dhaif macam tu pun parti masih dok di depan...tengok sikit lah untuk kepentingan rakyat jangan dok tengok" kerusi"..saja..patut huru hara tak habis-habis.

Dulu berperang dengan Israeil last-last berperang sama sendiri..adakah patut ????? Rakyat berselerak pemimpin berebut "kerusi "...sampai bila ni....?????

Tanpa Nama berkata...

Bermula nya pergaduhan Manusia bukan kerana Parti tetapi memang sifat dijadikan manusia suka berperang kalau nak jelas baca surah Al Baqarah selagi ada tangan kanan dan tangan kiri selagi ada langit dan bumi manusia akan sentiasa berseliseh itu ada lah SUNAH ALAM Ia akan berlaku dan terus berlaku bagai mana Malam menutupi siang dan bagaimana Siang meninggalkan Malam Fikir fikir lah Tak ada satu kuasa dalam dunia ini dapat mengubah nya hingga kiamat , Kecuali ALLAH

Tanpa Nama berkata...

Inilah balasan kepada UMNO apabila UMNO pernah memulaukan wakil HAMAS yang pernah datang ke M'sia. Orang Hamas dah lama dah tahu topeng (munafik)sebenar UMNO pakai selama ini. So Najib kau janganlah anggap diaorang ni bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan Pak Chu orang Arab suka berperang sejak zaman nabi-nabi lagi, jadi apa yang nak dihairankan.

kg senduk berkata...

utk org2 umno mcm pakcu barangkali kurang haidr kuliah..... kalau selalu hadir kuliah insyaallah org UMNO akan bersatu dgn PAS..... sbb kami org pas dan saya bekas tentera sayang kan parti islam.... kami sentiasa menghotmati sesiapa yg berani menegur pemerintah

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak kunjung Penunggang Unta Mesir? U tolong I, I tolong U.