19 Sep 2012

[DAHSYAT] Pengawal Keselamatan Larikan RM1.2 Juta Setelah Tembak Rakan Sekerja

Taiping – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.

Gambar: ANGGOTA polis memeriksa sebuah van keselamatan yang terlibat dalam kejadian samun dan bunuh di Taiping semalam.

Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.

Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.

Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-829 1222. -Kosmo

9 ulasan:

Awanama berkata...

dah tahap teruk negaraku kini...allahuakbar...dengan rakan sekerja pun tak selamat...ya selamatkan negaraku ini ya allah..amin

Awanama berkata...

sama macam anwar ibrahim dijatuhkan dari kerajaan BN sebab ada pemimpin nak wang negara

Awanama berkata...

Kita sama-sama berdoa semoga Allah selamatkan kita semua dari UMNO munafik!

Awanama berkata...

mcm filem Armor plak dah.. modus operandi sama

antahberantah berkata...

Sebut sahaja nama pemimpin tu yang nak wang negera.Dia dah takdak kuasa....jangan takut dia tak sumbat hang ke penjara.

wan berkata...

aku berharap kepada syarikat keselamatan (kebanyakan dimiliki melayu/islam? agar semasa mengambil pekerja syaratkan mereka mesti solat dan beri motivasi islam yg tinggi (soal dosa pahala dan halal haram).

Begitu juga tuan punya syarikat mesti jua sama. Jangan tak peduli halal/haram dan dosa pahala.

Kalau perkara diatas dipenuhi, insyaalah perkara sebegini tak akan berlaku.

Awanama berkata...

kesian penjenayah tu...dia ingat dia boleh membeli kebahagiaan dengan wang yang dia curi tu..padahal sbenarnya dia telah menjual kebebasan diri dia sendiri...

Awanama berkata...

Sukar untuk diterima apabila pihak bertanggung jawab menyatakan "Kadar jenayah dalam negara ini menurun"...setiap hari ada saja kejadian bunuh, rompak, samun, ragut, rogol, dadah dan macam-macam lagi lah...dilaporkan...RASA TAK SELAMAT ... kehidupan seharian sekarang nih oii..!!

Awanama berkata...

Jenayah lagi?? haizz tak tahulah formula matematik apa KDN pakai yang mengatakan kadar jenayah turun.