25 Dis 2012

[WASPADA] Air Mineral BN Selangor Tidak Patuh Piawaian

PPengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri mendedahkan, air mineral yang diedar BN Selangor semasa program-programnya menyalahi peraturan air mineral, malah logo halal yang dilekat di botol itu diragui kesahihannya.

Beliau berkata, pembekalan air mineral percuma berjenama ‘Nurani Rakyat’ dalam kempen Sayangi Selangor itu tidak pernah disahkan kualitinya mengikut piawaian yang ditentukan kerajaan.

Katanya, ia melanggari Akta Makanan 1983, Akta Perihal Dagangan 2011, dan Sijil Perakuan Halal Jakim.

“Sebab itu kita minta Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) siasat dan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Yahya membandingkan air mineral berbotol yang dikeluarkan syarikat komersil mematuhi sepenuhnya piawaian, sedangkan pembekalan produk yang dibuat syarikat BN langsung tidak tertera dibiar melanggari undang-undang.

“Sepatutnya pada botol ini tertulis jenis punca air dan lokasi diperolehi, kandungannya dan nama syarikat yang membotolkan, tapi langsung tak dinyatakan,” kata Yahya.

Beliau turut mempersoal kesahihan logo halal Jakim yang dipapar pada produk berkenaan.

Manakala jenis penutup botol air mineral itu berwarna biru, tanda kepada jenis air galian bawah tanah, namun diragui sumbernya.

“Bagaimana kalau saya katakan air ini berpunca dari air paip Syabas? (Syarikat Bekalan Air Selangor)” soal Yahya.

“Sendiri jadi menteri sendiri buat peraturan, sendiri yang langgar. BN tipu rakyat di program anjurannya. Ini penyalahgunaan logo yang jelas. Kita yakin dalam masa kempen pilihan raya, air ini akan dibekalkan secara meluas di program anjuran mereka,” katanya.

Menurut Yahya, melalui pemerhatiannya, pengeluaran produk tersebut menyalahi semua peraturan berkenaan.

“Bagi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, syarikat atau institusi yang melakukan kesalahan boleh didenda sebanyak RM10 juta, manakala RM2 juta bagi kesalahan individu,” kata Yahya.

Manakala penyalahgunaan sijil dan logo halal Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri boleh didenda maksimum RM5 juta kerana kesalahan memperdaya atau mengelirukan pengguna. -KD

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasalah tu bagi syarikat kroni yang buat air minuman bukan dari syarikat yang bertauliah. Syarikat bertauliah akan pastikan setiap kualiti barang mesti mencapai standard piawai yang ditetapkan. Tapi kalau syarikat kroni yang buat, diaorang hanya penting untung dari segalanya tak peduli apa - apa peraturan yang ditetapkan. Itulah bezanya antara cara kerja syarikat kroni dan cara kerja syarikat bertualiah.

Tanpa Nama berkata...

Syabas Tuan Yahya, tanda rakyat sudah mahu prihatin untuk mendaulatkan undang-undang negara. Pelanggaran kepada Akta Makanan 1983, Akta Perihal Dagangan 2011, dan Sijil Perakuan Halal Jakim adalah kesalahan yang serius. Itu belum lagi penggerai-penggerai makanan pro BN, adakah mereka mematuhi akta-akta berkaitan?

Tanpa Nama berkata...

bangkai negara, hidup mati dalam alam sekim cepat gaya. tak habis habis nak kaya cepat nak bawak harta mati macam mahafiraoun.

Tanpa Nama berkata...

Dah lama perangai ni beend buat, apa yg boleh untung ... sapu jer ... syabas yg tidak syabas kot he he he

Tanpa Nama berkata...

rakyat malaysia dah tau kepipinan umno bn haram jadah memang tak betul apa tunggu lagi PRU13 nanti undilah pakatan rakyat jangan menyalak tapi tak tau nak pilih mana yg baik dan yg buruk perangai.Jangan lupa kewajipan kita sebagai rakyat malaysia undilah pakatan rakyat .

Tanpa Nama berkata...

Inilah dinamakan "pencuri di siang hari"

Tanpa Nama berkata...

U all lapor la kat kementerian mana pon...selagi BN mentadbir Malaysia semua tu tak de maknenye........buat penat je....so skrg u all pujuk hati tu supaya bersabar dan bersabar....Allah s.w.t melihat segala perbuatan yg keji dan hina setiap makhluknya di muka bumi ini.....setiap perbuatan itu Allah menjanjikan balasan buat hambanya sekiranya tidak kembali ke landasan yang benar.

Tanpa Nama berkata...

Pembekal mau ontong maa.. mana sumber air pun bantai saja. Janji tutup botol, label botol kaler biru.Dalam botol ada air. Air paip ka.. air perigi belakang rumah ka.. air kumbahan ditapis ka..orang BeeNd apa peduli. Dalam hati sudah gelap maa... itu tutup biru sepatutnya air sumber bawah tanah. Tutup putih air suling. Itu piawian KKM lu bikin tak ikut ka

Tanpa Nama berkata...

Syarikat-syarikat UMNO/BN tak perlu piawaian.Daging babi pun depa boleh halalkan.Lihat apa yang "tidak" berlaku pada samseng-samseng UMNO - langgar undang-undang pun tak ada tindakan.No body is above the law - satu kata-kata lawak dari UMNO/BN.