25 Dis 2012

Konspirasi Isa Samad Ambil Alih Koperasi Permodalan Felda Gagal!


Hakim Mahkamah Tinggi KL, Abang Iskandar Abang Hashim, membenarkan KPF untuk mencabar keshahihan keputusan Panel Rujukan Pertikaian SKM pada 26 Nov lalu yang membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan KPF ke 31, 20 Jun lalu.

Mahkamah juga membenarkan permohonan KPF untuk menggantung arahan SKM yang mengarahkan KPF mengadakan semula AGM pada 27 Dis ini.

Alhamdulillah, konspirasi Isa Samad yang memperkudakan Ismail Sabri Yaakob dan Dato' Md Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM untuk mengambilalih KPF telah GAGAL!

Keputusan berani hakim yang menyelamatkan caruman dan aset berbilion ringgit milik 246,000 ahli KPF.

ANAK mengalu2kan keputusan yg sangat melegakan ini. Syukur kpd Allah SWT.

Marilah kita sujud syukur bagi menzahirkan kemenangan bermakna ini..

ALLAHUAKBAR 3x -mazlan aliman

Mahkamah Tinggi batalkan AGM KPF 27 Dis

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan seorang ahli lembaga pengarahnya agar mahkamah membatalkan Mesyuarat Agung (AGM) KPF ke-31 pada 27 Disember ini.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim turut membenarkan KPF mencabar kesahihan keputusan Panel Rujukan pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KPF ke-31.

SKM mengeluarkan surat pada 4 Disember lalu, mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM pada 20 Jun lalu tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.

Surat tersebut menyatakan bahawa asas bagi mengarahkan mesyuarat itu diadakan semula adalah pertikaian dalaman pada 26 November.

Ia mengandungi agenda mesyuarat seperti yang disenaraikan di bawah:

- Mengesahkan minit mesyuarat agung perwakilan tahunan kali ke-30 pada 23 Jun 2011 dan minit mesyuarat agung khas yang diadakan pada 19 April 2012.

- Membentang dan meluluskan Laporan Lembaga tahun 2011.

- Menimbang dan meluluskan penyata kewangan teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 berserta laporan jawatankuasa audit dalaman dan pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

- Menimbang dan meluluskan cadangan pembahagian keuntungan tahun 2011.

- Memilih anggota-anggota Lembaga sesi 2012/2013.

Mengulas keputusan mahkamah itu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, keputusan tersebut melegakan 246,000 ahli KPF.

"Saya bagi pihak Anak mengucapkan terima kasih dan tahniah atas keputusan berani hakim.

"Ia sangat melegakan 246,000 ahli KPF dan menyelamatkan berbilion caruman dan aset KPF daripada penyamun yang diketuai (Tan Sri) Isa Samad," katanya kepada Harakahdaily.

Anak sebelum ini mendakwa wujud konspirasi untuk melantik Isa dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad dalam KPF.
-HD

5 ulasan:

Unknown berkata...

alhamdulillah syukur kita pd allah...sesungguhnya allah akan membenarkan hambanya yg benar..truskan perjuangan krana allah dgn tulus dan ikhlas...jutaan umat bersama dgn iringan doa..amiin

Amuraria berkata...

BILA SANG PEMIMPIN KORUP LANTIK SANG KORUP MAHU JADI PENERAJU & PEMIMPIN DALAM BADAN 'KEUNTUNGAN' MAKA SANG BUAYA-BUAYA AKAN TUNGGU MASA BILA BOLEH BEDAL & SAUK ! SYUKUR PADA YANG MAHA ESA ,ABU JALAN PENYELAMAT NEGARA DARI SANG KORUP PENGKHIANAT !

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !

Moga moga Allah laknati pemimpin zalim semasa hayat hidup mereka lagi, agar mereka bertaubat sebelum berhijrah ke alam kubur.

BaDiN berkata...

Ya sokong 1000%.
Tapi janganlah pula keputusan ini diterbalikkan pulak,macam kes MB Perak dan lain lain kes.
Penyangak,Penyamun anggap duit ini mak bapak mereka yg punya.Habis semuanya mahu dibedal samada KWSP,LHDN,Petronas akan dikeringkan apabila Kerajaan ini lingkup mampus MAKA dibiarkan rakyat kelaparan & Dibiarkan Kerajaan Baru papa kedana.
Cis kerajaan BEDEBAH,aku tak halalkan walau satu sen pun utk dilaburkan dalam FGVH wang ini meskipun aku staff felda(anak syarikat).

GEBU berkata...

Sebelum PRU13, semua HARAMJADAH tu boleh keringkan wang rakyat.
Selepas PRU13, kita keringkan kencing HARAMJADAH yang dianggap keringat.