19 Dis 2012

RM200 Billion Aliran Wang Haram, Wajar Sangat UMNO BN Dihumban Keluar Dari Putrajaya!


Aliran wang haram hampir RM200 bilion mengalir keluar pada 2010 yang meletakkan negara di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global menunjukkan jenayah ini semakin membarah pada era pemerintahan Najib Razak.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kegagalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan kerajaan Umno BN bertindak menangani kepincangan tersebut membuktikan mereka bersekongkol dalam aktiviti itu.

“Ia disokong aktiviti haram terbaru iaitu kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, pemimpin Umno Sabah. Ini belum lagi mengambil kira (pengaliran wang) ketika pembelian kapal selam Scorpene.

“Malah, jumlah wang keluar itu melebihi jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kerajaan sepatutnya sudah tekan ‘butang kecemasan’, tapi tidak (berbuat demikian). Inilah bukti mereka sendiri bersekongkol,” katanya ketika dihubungi.

Badan pemantau – Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington – dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata, tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada 2010.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah “pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia”.

Laporan GFI – ‘Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010′ - dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion dan Mexico, AS$476 bilion.

Azan yang juga Pengerusi KEADILAN Terengganu berkata, pimpinan Umno BN tidak perlu mengkritik pemimpin negara serantau lain yang turut korup seperti bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

“Laporan itu menunjukkan pengaliran wang haram di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara. Jadi jangan sibuk kutuk pemimpin negara lain, (sebaliknya) cermin diri sendiri dulu,” sindirnya.

Sementara itu, mengikut kajian badan pemantau rasuah, Transparency International (TI), Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan Wall Street Journal, 11 Disember lalu.

Kata laporan itu, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut.

Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.

Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.

Bermakna, rasuah di Malaysia lebih teruk daripada Indonesia.

Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab menjelaskan bagaimana hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2010 yang meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

“Jika beliau tidak dapat menjelaskan kedudukan isu dengan telus dan jujur dan tidak mampu mengambil tindakan mengatasi jenayah ini maka menteri tersebut wajar meletakkan jawatan,” kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid .

Ini, ujarnya adalah suatu kepincangan yang sangat besar untuk diketepikan tanpa pertanggungjawapan penuh daripada Menteri Kewangan.

Tambahnya, di peringkat antarabangsa aliran wang haram adalah suatu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan ekoran laporan badan pemantau - Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".

Laporan GFI - 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010' - dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun - dari 2001-2010 - Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion dan Mexico, AS$476 bilion.

“Ekonomi negara kerugian pada tahap berbilion ringgit jika isu ini tidak diatasi dengan tegas bukan sahaja akan mengakibatkan negara kehilangan pendapatan yang sangat tinggi dari cukai malah integriti pengurusan kewangan negara dilihat sangat lemah dan wang negara akan terjejas teruk bila aliran keluar wang negara berlaku tanpa kawalan,” kata Mohd Azmi lagi.

Sementara, ujar beliau disedari bahawa taktik mengeluarkan wang secara haram sangat banyak dan canggih tetapi persoalannya kenapa aktiviti haram itu menjadi sangat mudah dilakukan di Malaysia.

“Adakah ini membayangkan polisi dan undang-undang mengenai pengurusan kewangan negara mempunyai banyak kelemahan untuk dibolosi atau ada konspirasi di peringkat tinggi wujud yang menyebabkan hal ini boleh berlaku dengan mudah?” tanya beliau.

Beliau berkata, Malaysia telah berhadapan dengan krisis besar dalam kewangan negara pada tahun 1997 apabila berlaku aliran keluar kewangan dengan sangat besar disebabkan apa yang sebut sebagai capital flight.

“Kini kita berhadapan dengan pengeluaran wang keluar dari Malaysia secara haram,” ujarnya

Ini, katanya menunjukkan tahap pengawasan sangat lemah dan begitu mudah untuk bolos keluar.

“Kami mempersoalkan apakah agensi yang bertanggungjawab memantau jenayah wang haram yang mengalir keluar dan masuk dalam negara ini tidak menjalankan tugas dengan berkesan.

“Kami berpendapat Menteri Kewangan harus mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu ini.

Ia melambangkan kelemahan dan kepincangan yang amat ketara yang melibatkan masa depan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, jika menteri berkenaan tidak boleh mengatasi masalah itu maka beliau perlu melepaskan jawatan dan diserah kepada seorang yang lebih kompiten dan berkelayakan untuk menguruskan kewangan negara.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak banyak tu, kalaupun benar, baru aje rm200bilion. negara masih lagi lebih baik dari banyak negara negara afrika, fiji dan timor timor. rakyat patut bersyukur, ianya tak banyak sangat...

apa pun, pru13 undilah sebaiknya dan jangan dipilih ali baba serta 40 lanun lanun nya sudah.

Tanpa Nama berkata...

Jumlah aliran wang haram ini ada dan tersenarai dgn angka yg setara tiaop tahun. Andainya wang itu diagihkan kepada semua rakyat Malaysiam sudah tentu tiada lagi orang miskin di negara ini.

Begitu kayanya Malaysia di kurniakan ALlah pelbagai sumber, namun rakyat masih tertekan kehidupannya ekoran kejayaan KERAjaan umnoapco mengkhianati hak rakyat.

Moga ALlah hancurkan KERAjaan, parti, kepimpinan dan seluruh pencacai umnoapco dan sekutunya dlm PRU 13 ini agar hak rakyat dan negara terpelihara, Insya ALlah, amien!

Tanpa Nama berkata...

Kalau bapa penjenayah yang memerintah, hasilnya memanglah begini. Fikirkanlah ayat yang ringkas ini.

Tanpa Nama berkata...

Mengaku sajalah bahawa penyakit rasuah di Malaysia semakin tenat.