19 Dis 2012

Petunjuk Besar Pilihanraya: Peguam Negara Arahkan Saman AES Dibekukan


Jabatan Peguam Negara beku saman AES

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan untuk mengkaji isu perudangan yang dibangkitkan.

Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini selepas rungutan pelbagai pihak terhadap AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.

“Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan.

” Kenyataan itu turut menyebut saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah, bagaimanapun pihaknya mengambil berat beberapa perkara undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan berikutan pelaksanaan saman tersebut.

“Keputusan akan dibuat dalam beberapa hari berhubung isu di atas,” kata AGC melalui satu kenyataan hari ini.

“Berikutan empat saman AES yang digugurkan kerana tidak cukup bukti, AGC akan mengkajinya semula dan akan mendaftarkannya jika mahukan pendakwaan,” tambahnya.

Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, Putrajaya dikatakan akan membekukan kamera AES untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya.

Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga menyatakan beberapa ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga meminta kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan sehingga semua pandangan dipertimbangkan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menuntut JPJ memulangkan semula bayaran oleh pesalah trafik yang dikenakan saman kamera AES selepas membawa kes tersebut ke mahkamah.

Ahli parlimen Pokok Sena itu mendakwa agensi kerajaan tersebut menghentikan sementara penguatkuasaan kamera perangkap laju tersebut ekoran langkah semalam apabila menarik balik saman tersebut ke atas mereka yang dihadapkan ke mahkamah. -TMI

Kase desak kerajaan umum batal saman AES

KUALA LUMPUR: Pihak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak kerajaan mengumumkan pembatalan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana masalah teknikal.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian berdasarkan kepada beberapa orang kena saman (OKS) yang hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, beliau berkata pihak pendakwa telah mengambil surat saman AES daripada OKS berkenaan dan mengarahkan pulang.

"Perkembangan ini sangat mengejutkan kerana tanpa penerangan yang jelas tentang saman yang dikeluarkan.

Kita minta pendakwa raya seharusnya memberi penjelasan tentang kedudukan saman AES yang ditarik balik.

Ini menunjukkan ada yang tidak betul dalam proses mengeluarkan saman," katanya.

Jelas Mahfuz sepatutnya kerajaan mengumumkan secara rasmi bahawa 26,899 saman yang dikeluarkan harus dibatalkan oleh kerana pendakwa telah menarik balik saman ke atas OKS.

Malah katanya, kerajaan digesa mengembalikan semula wang saman AES OKS sama ada melalui bayaran denda atau bayaran kompaun.

"Bagi mereka yang bayar kompaun RM300 atau didenda, surat saman mereka sudah tidak betul kerana masalah teknikal, jadi wang yang dibayar kepada kerajaan adalah haram dan kerajaan wajar bayar balik kepada mereka.

Kerajaan seolah-olah pengutip wang haram," katanya.

Bukan itu sahaja, katanya kerajaan juga harus membatalkan semua waran tangkap yang dikeluarkan kepada OKS yang tidak menghadirikan diri ke mahkamah.

Sementara itu, di Mahkamah Putrajaya, peguam Kase Zulhazmi Sharif memberitahu pendakwaraya mengumumkan semua saman AES ditarik balik kerana terdapat kesilapan teknikal.

Manakala di Mahkamah Kuala Lumpur pula, beliau dimaklumkan pegawai pendakwaraya hanya mengutip saman daripada OKS kemudian mengarahkan mereka pulang.

"Pada 4 Disember lepas, seorang OKS tidak mengaku salah dan sepatutnya hari ini pendakwaraya menyerahkan dokumen tetapi pendakwa pula memohon tangguh sebulan kerana dokumen tidak lengkap," tambah beliau.

Beliau percaya apa yang berlaku hari ini kemungkinan besar ekoran bantahan yang Kase diadakan pada 10 Disember lalu.
-HD



Ulasan GB

GB melihat keputusan kerajaan "menangguhkan" (bukan membatalkan) saman AES adalah kerana pengumuman tarikh pilihanraya semakin hampir.

Kerajaan melihat dan mengakui dua kes besar ini (AES dan Lynas) sebagai bencana yang bakal menimpa UMNO BN kerana rakyat seluruh negara didapati menolak secara berterusan terhadap dua kes ini.

Ia akan dilaksanakan semula, malah mungkin dengan kadar lebih dasyat selepas pilihanraya jika UMNO BN berjaya lagi. Oleh itu rakyat jangan mudah terpedaya dengan taktik licik UMNO BN ini yang dilakukan semata-mata untuk kepentingan mereka menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

8 ulasan:

Awanama berkata...

Setuju dengan ulasan GB

Awanama berkata...

Kerajaan Naib ni.
Kalau buat sesuatu,
tak pernah buat kajian.
Akibatnya, tersadai.
Dah banyak dah sebelum ini.
Duit rakyat juga yang hangus.
Mari kita tukar dari BN ke PR.

Awanama berkata...

Setuju sangat

Awanama berkata...

kerajaan penyangak bn ni jenis
perut ijau, apa yg dibuat tu adalah nak kutip duit cara mudah drp rakyat, selain cukai, saman AES ni lagi mudah dpt duit. apa dia peduli rakyat susah atau rakyat tak suka, yg penting masyukk, jadi depa dpt boros ikut suka hati juta2 masuk dgn mudah.

kemudahan pd rakyat mana dipeduli, hospital org bersesak2, highway jem sakan tapi tu pun masih dok kutip tol. macam tulah kalau rakyat lantik penyangak jadi pemimpin yg pegang kuasa.

Awanama berkata...

Dari dulu sampai sekarang tabiat kerajaan UMNO tidak pandai ubah - ubah. Ibarat tukul dengan pahat, tukul pahat (UMNO) barulah dia buat kerja. Perkara ini tak patut berlaku bagi sebuah kerajaan yang kononnya menjaga kebajikan. Sorrylah teknik tak akan mengubah pendirian orang muda yang bermaklumat (bukan keras hati) untuk sokong PR dan kami tak sanggup lagi dah kasih UMNO memerintah negara sampai negara kita dicap no 1 pengeluar wang haram terbesar dunia.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Bn memang perosak bangsa dan nak hancurkan negara.tengoklah brapa bnyak harta negara habis dan hangus gara2 salah urustadbir.nak seleweng dan rasuah mereka memang mahir.mari kita tukar kerajaan bn kepada pr....

Awanama berkata...

daripada beli AES utk saman orang..kenapa tidak dibesarkan jalan dan sistem jalanraya utk mengurangkan kemalangan. kebanyakan kemalangan baerlaku dijalan yg kecil, satu lorong pergi dan satu lorong balik. kalau jalanraya dibesarkan, kemungkinan besar kemalangan akan berkurangan dan memudahkan pengguna jalanraya semua...

mohamad hakim berkata...

Dah lah kita kena bayar cukai pendapatan, dia beli camera tu dengan duit cukai rakyat kemudian dia saman rakyat balik...kalau lah kita terus memilih kerajaan yang seumpama ini memerintah lagi jadilah kita "Sudah ditipu diperbodohkan lagi" Ya Allah hancurkan mereka yang jahat itu ya ALLAH.