27 Dis 2012

[PANAS] Bekas Anggota Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri - video inside

Ampang – Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.

“Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah,” katanya.

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes. – SH

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa klau kes2 melibatkan celebriti mesti disembunyikan identiti mereka, tutup muka. Dia org tu bukan manusia biasa ke? Istimewa sgat ke mereka tu smpai tak leh dedah identiti. Bila pasal berita kawin siap gambar klau boleh gambar dlm bilik pun nak tayang...

F-aRn berkata...

Salam saudara/saudari di atas.

Tujuan GB atau mane2 blogger lain hidden kn wajah artis tersebut disebabkan kerana artis itu baru dituduh melakukan jenayah tersebut. Belum didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.

Jadi, utk tidak mengaibkan org itu lbh baik di sembunyikan identitinya. Manala tahu tuduhan tersebut tidak betul kan.
Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

betul tu anon.. artis mcm kebal jek. dedah je lah identiti, malu ke?? menyanyi kat pentas x malu

Tanpa Nama berkata...

tapi... time orang2 PR yg dituduh melakukan salah yg belom terbukti bukan main jelas yer video/gambar ditayangkan.... ABU.....

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang akan menanggung dosa mendedahkan wajah dan identiti orang yang dituduh meliwat dan berzina contohnya DSAI yang telah didapati tak bersalah?

Tanpa Nama berkata...

Media Malaysia hipokrit. Kalau tak nak siar wajah, lebih baik tak usah siar berita ini. Yang bukan artis pun jangan siar langsung.