24 Dis 2012

Dihalang Dengar Ceramah PAS, Peneroka Buat Laporan Polis


Temerloh: Peneroka Jengka 11 membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh berikutan tindakan pengurusan tanah rancangan berkenaan yang didakwa menutup jalan dengan palang besi bagi menghalang orang keluar masuk mendengar ceramah anjuran PAS.

Isa @ Zaharudin Noh, 42, dalam laporannya semalam mendakwa kumpulan polis bantuan Felda dan kumpulan belia upahan Umno turut bertindak menghadang jalan dengan sekatan mengakibatkan penduduk menghadapi kesukaran untuk berurusan keluar.

Dalam laporan itu, Isa yang juga ahli PAS, mendakwa akibat sekatan secara samseng itu juga menyebabkan ceramah anjuran PAS cawangan gagal diadakan di markas PAS walaupun polis telah mengeluarkan permit.

Tambahnya, keganasan tersebut secara jelas mengakibatkan pencabulan hak mengawal keselamatan yang sepatutnya di bawah urusan pihak polis serta mencabul demokrasi.

Sementara itu, Muhammad Syafie Md Esa dari Jengka 23, turut membuat laporan polis di tempat yang sama berikutan sekatan rombongan Jelajah Oren daripada memasuki tanah rancangan berkenaan, sedangkan telah mendapat kebenaran pihak IPD Maran.

Dalam laporannya, Syafie menjelaskan rombongan mereka sepatutnya berkumpul dan melaksanakan program di markas PAS Jengka 23, tetapi mendakwa dihalang pasukan Rela, pengurusan Felda Jengka, JKKR dan penyokong Umno.

Tegas Syafie, pihaknya memandang serius budaya samseng seperti itu kerana mengambil alih tugas polis, mencabul hak berhimpun secara aman, menyuburkan budaya samseng dan melanggar undang-undang.

Turut berada di balai polis Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pahang Md Jusoh Darus, Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Abdul Majid Hasan serta para peneroka.

Kelmarin, Jelajah Oren Selamatkan Felda berkonvoi dengan kira-kira 50 buah kereta dan 50 buah motosikal melibatkan kawasan Felda di Parlimen Bera, Maran, Kuala Krau dan Jerantut.

Program jelajah mendapat sambutan baik oleh penduduk tempatan apabila bermula kira-kira pukul 9 pagi di Felda Bukit Kepayang, Bera dengan aktiviti ceramah dan mengedar risalah.

Rombongan yang kemudiannya bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran selepas itu juga mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk di situ apabila dibenarkan masuk berceramah, makan tengah hari dan sembahyang Zohor di masjid di situ.

Bagaimanapun apabila konvoi bergerak ke Parlimen Kuala Krau dan cuba memasuki Jengka 23, kira-kira 100 orang dipercayai penyokong Umno menghalang laluan sambil memaki hamun dan menghambur kata-kata lucah kepada rombongan Jelajah Oren yang jumlahnya dua kali ganda daripada mereka.

Penyokong-penyokong Umno yang turut mempergunakan wanita dan kanak-kanak, meletakkan tong-tong milik Rela di atas jalan masuk.

Konvoi Jelajah Oren sekali lagi dimaki hamun dan diusir apabila tiba di simpang Jengka 21 meskipun mereka hanya singgah dan tidak berhasrat untuk masuk ke situ.

Namun begitu mereka tidak dihalang apabila memasuki Jengka 12 dalam Parlimen Kuala Krau, sehingga tidak diganggu untuk menunaikan sembahyang Asar, minum petang dan ceramah ringkas.

Aktiviti mengedar risalah diteruskan di pasar malam Bandar Tun Razak Jengka.

Ceramah pada sebelah malam yang sepatutnya diadakan di markas PAS Jengka 11, terpaksa diadakan di hadapan kedai dengan kehadiran ribuan pendengar. -HD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



4 ulasan:

lijitra berkata...

sampai mcm tu punya zalim puak umenongok ni,masih ramai lagi peneroka dok sokong.bengong betoiiii.

Tanpa Nama berkata...

sanjungan buat tuan blog >> http://www.erapasca.com/2012/12/2-bloger-hebat-pakatan-rakyat-yang.html

Tanpa Nama berkata...

Memang bengong penyokong UMNO ni.

Tanpa Nama berkata...

Nak buat laporan polis buat apa? Polis tak akan buat apa-apa.PDRM tu cawangan UMNO. Ambil sahaja tindakan sendiri - cabutkan sahaja palang besi tu.Habis cerita.Sekarang diMalaysia,PDRM sudah kehilangan kemampuan untuk menjaga dan mengawal keamanan.Lihat betapa samseng-samseng UMNO bertindak liar - polis tak buat apa-apa pun.Sekarang kita wajar hidup dinegara ini tanpa PDRM.