17 Dis 2012

Arab Spring: Najib Cemas & Gerun Dengan Kebangkitan Rakyat Di Malaysia


Generasi muda mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan usaha kerajaan melonjakkan pembangunan dan kemakmuran negara ke tahap yang lebih tinggi, selain memastikan Malaysia sentiasa dihormati di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tanggungjawab generasi muda kini bukan sekadar meraih ilmu di pusat pengajian tinggi tetapi perlu mempunyai misi untuk menjadi generasi penyambung yang akan meneruskan usaha generasi sedia ada untuk mempertingkatkan lagi kejayaan dan kemakmuran negara.

"Kita perlu sedia yang terbaik untuk mereka dan menjadikan mereka sebagai rakan kongsi dalam menjayakan usaha ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya pada majlis bersama pemimpin pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sempena Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Najib berkata: "Jika mahu Malaysia dihormati dan disegani di persada antarabangsa, maka kita mesti tampilkan Malaysia sebagai sebuah negara di mana perubahan dan kemajuan sebenar berlaku.

" "Tidak perlu kepada fenomena Arab Spring untuk melihat perubahan dalam negara.

"Ini adalah kerana negara-negara yang telah berlaku ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak melalui demonstrasi, rusuhan, konflik sehingga terkorban begitu ramai nyawa, rosak harta benda, industri yang maju hari ini lumpuh," kata Najib.

Beliau berkata, kerajaan juga telah melakukan beberapa perubahan bagi memberi ruang yang selesa kepada generasi muda termasuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Pindaan Auku itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda menunjukkan kematangan dan kepimpinan yang mencakupi kepentingan rakyat keseluruhannya, tambahnya.

"Kita mesti percaya kepada generasi baharu. Mereka adalah anak-anak kita.

Dan hari ini, tiada siapa boleh kata bahawa kita sekat dan cengkam generasi baharu daripada membangunkan intelek dan kepimpinan mereka," katanya.

Seramai 600 pemimpin pelajar IPT seluruh negara termasuk pemimpin pelajar dari politeknik dan kolej komuniti menghadiri konvensyen tiga hari, yang bermula semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Konvensyen itu merupakan sebuah wahana pembangunan dan penjenamaan fungsi, peranan serta kaedah strategik bagi meningkatkan kecekapan, tanggungjawab dan halatuju pemimpin pelajar IPT tempatan. - Bernama

Ulasan GB

Terlalu ketara Najib begitu gerun dengan fenomena "Arab Spring" yang telah menjatuhkan rejim-rejim zalim seperti Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir.

Kemudian Naib seperti "menghina" gerakan massa yang telah berlaku dengan menyatakan:

negara-negara yang telah berlaku ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak melalui demonstrasi, rusuhan, konflik sehingga terkorban begitu ramai nyawa, rosak harta benda, industri yang maju hari ini lumpuh,

Najib tidak ada hak untuk memberitahu rakyat di Tunisia dan Mesir yang telah berjaya menukarkan rejim-rejim zalim itu kepada kerajaan yang baru dengan menuduh kononnya " ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak".

Pembinaan dan pembangunan semula negara-negara demikian sepastinya mengambil masa kerana keruntuhan dan kezaliman yang telah dilalui oleh rakyat negara berkenaan telah berjalan sekian lama di bawah rejim yang telah dijatuhkan.

Yang pasti kehidupan rakyat lebih gembira dan lebih bahagia kini setelah pemerintahan kerajaan berjaya ditukarkan dan mereka tidak lagi hidup dengan ditindas oleh rejim-rejim zalim berkenaan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya: Apabila sebuah kerajaan itu zalim dan menipu rakyat, maka rakyat akan bangkit tumbangkannya!

Itu sangat jelas.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mesir dah tukar kepimpinan kearah islam, Malaysia PRU13 orang muda Melayu nak ganti UMNO dengan PAS

Tanpa Nama berkata...

si bahalol tetap hendak seterusnya membahalolkan orang lain. berkawanan dengan mereka mereka yang ngok dan poyo, lama kelamaan akan jadi ngok dan poyo juga. ini lah gaya member-cari-member poyo group.

Tanpa Nama berkata...

jom kita ganyang kerajaan sekular di bumi Malaysia ini sehingga ke lubang cacing. sekular tumbang, Islam gemilang.

Tanpa Nama berkata...

Kata2 org yg takut krn harta2 akn d rampas n sgla kesalahan nye akn d adili bila bertukar krjn...,wt pengetahuan tok jib,keinsafn hnya berlaku awak d hukum ats stiap kesalahn yg kamu lakukn..bila lg nk taubat,buat sume yg pernah buat kesalahn sdia la terims hukumn..xkn nk lepas cmtu je,klu bn menng pru 13 ni pun sok mati nti pun kena jugk tp klu dh byk slhnye memng gerun nk mati kn ..ada pahem yg berhormat pm malaysia