17 Dis 2012

[LIVE - Kemaskini] Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Perak


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Perak diadakan pada hari ini bermula jam 3 petang tadi sehinggalah 12 malam, bertempat di Bandar Seri Iskandar, Perak.

HKR Perak adalah siri himpunan rakyat terakhir sebelum Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Nasional yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013.

Antara matlamat himpunan adalah sebagai persediaan untuk himpunan yang lebih besar dan utama di Kuala Lumpur, membawa masyarakat memahami isu-isu utama negara menjelang PRU13 dan menggerakkan jentera parti dan NGO ke arah menyuntik semangat perubahan dalam masyarakat.

ATURCARA MALAM INI

Bermula jam 8.30 malam pula, Pentas NGO akan memaparkan ceramah dan ucapan-ucapan daripada kumpulan Bersih, Anak, Kerabat, Royalti, SAMM, ABU, Bukit Merah Community, Save Teluk Rubiah dan lain-lain lagi.

Jam 9.30 malam, persembahan artis daripada Ito Blues Gang, Nik Jidan, Sivaguru dan lain-lain.

Pidato Pimpinan Rakyat dan penyampaian hadiah pertandingan akan bermula sekitar jam 10 malam sehinggalah berakhirnya pada jam 12 tengah malam.



1 ulasan:

Awanama berkata...

Rakyat bangkit menagih hak, konspirasi mungkar akan di tolak, kepada kebenaran hakiki rakyat memihak, padaMU ya ALlah rakyat merafak.

Marah, benci, sayang dan hormat fitrah insani, sejak azali kurniaan ILlahi, raja dan pemerintah adil rakyat sayangi, raja dan pemerintah zalim rakyat musuhi.