17 Dis 2012

MP: Jangan Keluar Saman Had Laju Sesuka Hati

Tawau - Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meminta pihak polis tidak mengeluarkan saman had laju sesuka hati kepada pengguna jalan raya di daerah ini terutama di jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda had laju. Beliau berkata, beliau bukan menentang tindakan polis menguatkuasakan undang-undang tetapi tindakan perlu dilaksanakan secara adil dan tidak menyusahkan rakyat sehingga timbul tanggapan seolah-olah kerajaan cuba mencari keuntungan daripada rakyat khususnya penguna jalan raya. "Selain menerima aduan, saya sendiri nampak ada anggota polis yang bersembunyi di bawah pokok untuk menyaman pengguna atas kesalahan had laju, contohnya di kawasan Jalan Apas dan Jalan Kuhara. "Tapi persoalannya, macam mana pengguna mahu tahu had laju yang ditetapkan sedangkan papan tanda had laju tidak pula tersedia di kawasan berkenaan. Ini seakan-akan menganiaya pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Abdul Ghapur, ramai pengguna yang dikenakan saman dengan kadar yang tinggi berasa kecewa, marah dan keliru lebih-lebih lagi apabila mereka tiba-tiba sahaja menerima surat saman. - Bernama

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Datuk, inikan yang dimahukan oleh Kerajaan BN....Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Maknanya, saman Rakyat mesti didahulukan, pencapaian keuntungan kerajaan diutamakan....hehehe

Tanpa Nama berkata...

Datuk Ghappur if u sayangkan rakyat Sabah please out UMNO ASAP dan join bersama dengan Lajim dan angkatan diaorang untuk menentang UMNO. Cakap tiada guna bro kerana UMNO tetap kerah tenaga untuk paksa polis saman as many as possible untuk kaut untung kepada kroni. If keluar, UMNO dan kroni - kroni diaorang confirm akan mengeletar pada PRU akan datang. Takut kena hadap mahkahmah kerana rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Datuk, BN mmg suka nak amik.duit rakyat. Saman didahukukan duit rakyat diutamakan, pemimpin haprak diselamatkan,rakyat miskin ditekan tekankan.

Tanpa Nama berkata...

MP BN sendiri tak sokong najib. Dah sedar rakyat benci BN. Ini adalah cobaan untuk pancing undi rakyat. Konon2nya berjiwa rakyat. Ada MP BN yg berani sikit tunjuk sikap dingin dengan kepimpinan UMNO agar tak dibenci rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Sokong 100%
Apa dia ingat polis tu kemaruk sgt ke nk menyaman org..klu tak kerana arahan pihak atasan...kita pun tau kan duit org yg byr saman tu akan masuk ke pendapatan kerajaan. Lain la mcm AES tu masuk ke poket keroni2..yg tu menang diaorg kemaruk nk mnyaman sbb lg byk saman lagi byk untung maaaa....