17 Nov 2012

"Tawan Putrajaya Dahulu, Bukan Tentukan Siapa PM" - Hadi


Saya tak minta jadi PM - Presiden PAS

KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Islam mengajar beliau agar tidak meminta-minta jawatan.

Justeru, beliau mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau berkata, fokus utama PAS dan Pakatan Rakyat adalah untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, bukan menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.

"Saya sebagai pemimpin yang diajar dalam Islam tak boleh minta jadi pemimpin dan memimpin ini satu amanah yang berat, yang besar tanggungjawabnya.

"Apa yang penting kita nak ke Putrajaya. Siapa Perdana Menteri ialah mereka yang dipilih rakyat, yang layak, yang dapat menyatukan dan menegakkan keadilan untuk rakyat.


"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya sanggup jadi nelayan balik. Seboleh-bolehnya saya ingin menjadi khadam rakyat," kata beliau pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Putik hari ini.

Beliau juga berkata, PAS merupakan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi apabila memberi ruang kepada perwakilan menyuarakan pandangan dan kritikan.

"Demokrasi dalam PAS, kita membenarkan orang bercakap dalam muktamar dan kita akan gulung dan jawab. Ada yang wajar, ada yang tak wajarlah. Ada batasnya.

"Apa lagi sekarang ini zaman terbuka, bukan sahaja yang lidah panjang tapi tangan panjang tulis macam-macam pandangan dia dalam blog dan sebagainya dan orang ambil pandagannya," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali memberitahu, pembahagian kerusi antara PAS dan Pakatan Rakyat sudah selesai 90 peratus.

"Pembahagian kerusi dengan Pakatan Rakyat lebih 90 peratus selesai tapi kita tak boleh sebut lagi kerusi-kerusi tersebut," katanya sambil menambah, terdapat wakil Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) akan bertanding.

Hadi lebih layak jadi PM, kata Dewan Ulama
PENGKALAN CHEPA - Di sebalik pengisytiharan malam tadi dan beberapa kali sebelum ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertindak sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, Dewan Ulama Pas Pusat hari ini melahirkan 'bantahan' sambil menegaskan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang "paling terbaik" untuk menyandang jawatan itu.

Sayap ulama itu berpendapat bahawa Presiden Pas, yang juga Ahli Parlimen Marang, yang lebih layak menjawat jawatan tersebut.

"Saya ingin bertanya kepada seluruh perwakilan, siapa yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia akan datang kalau bukan Tok Guru Presiden," kata Hairun Nizam ketika membahaskan ucapan dasar presiden di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah individu yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia jika pembangkang berjaya menawan tampuk pemerintahan.

Malam tadi, Lim Kit Siang dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat mengisytiharkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," katanya secara terbuka.

Abdul Hadi dan Anwar juga berucap pada perhimpunan itu.

Awal Januari lalu, Pakatan Rakyat pernah mengulangi pendirian bahawa Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU13 kerana beliau dianggap "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Hairun berkata, Pas sepatutnya berkempen untuk presiden mereka bagi menjawat jawatan Perdana Menteri dan bukannya untuk pemimpin parti komponen PR yang lain.

"Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tetapi beliaulah orang yang lain layak untuk menjadi pemimpin, Perdana Menteri pada masa akan datang dan kita sebagai anak didik kepada Pas, tidak sepatutnya, kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah negara yang berdasarkan syariat.

"Kita meletakkan satu keyakinan bahawa presiden kita orang yang berkaliber untuk memimpin sebuah negara....," katanya mengundang sorakan oleh para perwakilan.

Pas, DAP dan PKR membentuk PR sejak Mac 2008. Kerjasama ketiga-tiga parti itu membawa kepada kemenangan di lima negeri selain penguasaan 84 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008.
-SH



13 ulasan:

Awanama berkata...

Allahuakhbar!

Awanama berkata...

fokus utama usaha untuk menang

Awanama berkata...

Ketamakan terus melanda..biasa la PAS bila dah ada peluang utk menang mula lah mencari alasan utk tidak menang..Kita dah tenguk banyak kali dah d bentuk barisan pmbangkang tapi bila hmpir pilihanraya mula lah PAS merasa dia kuat dan brkeras dgn kehendaknya...brtekak pasal hudud, sebenarnya d lagakn oleh media BN...Nabi pun pernah x d benarkn buat Haji pd permulaan Islam dan d minta dipulangkn semula tawanan, Nabi setuju walaupun Sahabat2 x setuju tapi akur kerana Nabi brpandangan jauh....Anwar Ibrahim seorang tokoh yg telah diuji sewaktu senang dan susah waktu sendirian dan dlm jemaah sebagai seorang pemimpin, Alhmdulillah beliau mmpu menempuh srgala duri dan ranjau dan beliau mmpu menyatukn PAS dan DAP untuk mmbentuk Pakatan yg kuat yg telah d cuba bbrapa kali ttpi gagal mnjelang nya pilhanraya dan seterusnya brpecah...adakah pemimpin dalam pakatan rakyat yg mmpu menempuh dugaan dan ujian sebagaimana yg beliau telah harungi...Tolong jgn malukan Tuan Guru Hj. Hadi kerana kita tau kemampuan, hubungan dgn pihak luar beliau x setandingan kemmpuan dan ujian yg telah diharungi oleh DS Anwar..jgn kerana nafsu serakah kita merosakkn apa yg hampir nak d capai...kita tau Anwar dan apa yg telah menimpa beliau juga brperanan besar dlm mmberi kekuatan pd PAS selama ini..kdg2 d perhatikan PAS cuma menangguk ikan yg telah d kumpulkn d muara sungai...ramai masuk PAS bukan hanya usaha PAS semata mata tetapi bnyak atas usaha rakan dlm pakatan yg brkempen dan mmbongkar isu isu panas BN dan Umno dan yg bragama islam selesa masuk PAS kerana d katakn mmprjuangkn agama...

Awanama berkata...

UMNO dan media massanya tunggu peluang macam ni, nak pecah belah Pakatan Rakyat...

Awanama berkata...

nak jadi PM dalam Pakatan Rakyat,Hadi, TGNA @ Anwar pun boleh, tak macam BN jadi PM kaya raya tapi rakyat susah

Awanama berkata...

Salam semua,

Kita selalunya berangan-angan nak memerintah, sudahkah kita cermin kan diri kita dahulu. Maksud saya persiapan yang macamana yg sepatutnya kita lakukan? Sedangkan kita tahu, kita pasti, kita nampak dan kita membaca yang BN mempunyai banyak muslihat. Sedangkan daftar pemilih terang-terangan di manupulasi oleh mereka. Masihkah kita hanya bersorakkan dan bertakbir mengemakan semangat juang ahli-ahli Pas? Sesuatu mesti dilakukan "Worse to worse" lawan habis-habisan jika kita tidak mahu berputih mata. Kita jangan samakan dengan Pulau Pinang, kerana orang Cina Penang lain dari negeri lain. Mereka jauh lebih cerdik dalam berpolitik serta bersatu.

Something has to be done!!
Time is running out!!

Sykadeer (Saya tujukan pada Presiden Pas).

Awanama berkata...

Kdg2 sedih menengoknya...mampu k Hj. Hadi menangkis sepak trajang permainan politik pihak lawan, kawan dan ahli2 sendiri dgn sepenggal sahaja pengalaman mentakbir negeri Terengganu..belum negara lagi, kalau sekadar ada ilmu saja tapi x ada pengalaman. .susah, Trengganu yg d tadbir pun banyak rungutan dari rakyat biasa bahawa pihak ahli2 PAS dah mula sombong ini kn pula jika dapat mentadbir negara..Maaf jika telah menyinggung mana2 pihak..teguran utk kebaikn..

Awanama berkata...

Jika Pakatan menang InsyaAllah DS Anwar Ibrahim adalah calon yang paling layak jadi Perdana Menteri.

Awanama berkata...

Hubungn dunia DSAI pun bagus..beliua mmng layak..tp ape pun fokus utama adalh putrajaya,musuh utama kite adalah spr...himpunan bersih wajib d adakn lg

ayba berkata...

Utamakan yang utama dahulu...

Awanama berkata...

Calon PM paling layak setakat ini adalah Saudara Anwar Ibrahim...

Bak kata pepatah, kalau kail pjg sejengkal, lautan luas usah diduga...

Maksudnya, kalau jentik telinga pun tak pernah kena, ada hati nak jadi PM, tengok saudara Anwar, kezaliman bentuk apa yg tak pernah dikenakan terhadapnya...so, dia adalah calon yg paling layak setakat ini...

Awanama berkata...

Topik ini kalau dipolemikan bakal menjadi isu yg boleh meretakkan sesama anggota PR, so...tinggalkan dulu isu siapa yg layak jadi PM ni, fokus kpd agenda kemenangan terlebih dahulu yea wahai rakan2 seperjuanganku...

Awanama berkata...

"Hadi LEBIH LAYAK menjadi PM ~ Dewan Ulama Pas. Perkataan LEBIH LAYAK akan mmbuat ramai yang senyum sendiri terutama yg mengikuti prkmbangan politik semasa Malaysia. Saya setuju dengan ayat " Jangan nak malukan Tuan Guru Haji Hadi". Jauh bezanya dari segi pengalaman dan sepak terajang politik Malaysia, hubungan antara kaum dan hubungan dgn rakan2 dunia luar, begitu juga dari segi KARISMA seorang prmimpin. Seorang ni dah tunjukkan dan di uji sebegitu rupa akan kemampuannya menempuh dan mmimpin d alam dunia politik Malaysia dan seorang ni belum diuji begitu rupa..telunga pun belum d jentik. ..Sebelum menggunakan perkataan LEBIH LAYAK..senaraikn perbandingan
antara 2 pemimpin ini ttg kemampuan, pengalaman dll yg d rasa perlu. Kalau tidak gunakn lah ayat yg lebih bertoleransi iaitu HADI MAMPU JADi PM YANG BAIK...