17 Nov 2012

[BERGAMBAR] "Orang Minat Agama Mesti Memilih PAS" - Bekas Pengarah JAIM

Bekas pengarah JAIS dan JAIM sertai PAS

Kota Bharu: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS.

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini.

Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.

Beliau yang ditemui Harakahdaily berkata, kemasukannya ke dalam PAS didorong kesedaran kuat bahawa parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar.

"Saya dah lama nak menyertai PAS, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya.

"Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih PAS," katanya.

Baginya, PAS satu-satunya parti yang mampu memartabatkan Islam di negara ini selepas banyak kerosakan dilakukan pemerintah sekarang.

Oleh kerana itu katanya, PAS menjadi pilihannya.

Menurutnya kemasukannya ke dalam PAS diharap mampu menyumbang sesuatu ke arah membina negara yang lebih baik.

30 ribu berhimpun di Stadium Sultan Muhamad


KOTA BHARU: Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu mulai penuh dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Himpunan anjuran Pakatan Rakyat ini adalah siri kedua selepas himpunan di Senawang, Seremban awal bulan ini.

Himpunan kali ini diadakan serentak dengan Muktamar tahunan PAS ke 58 yang diadakan di sini.

Dianggarkan pada ketika ini sudah lebih 30,000 berada di padang stadium dan kawasan tempat duduk sementara ribuan lagi sedang masuk ke dalam stadium.

Kebangkitan malam ini juga bakal sekali lagi menyaksikan sejarah dicipta di stadium penuh keramat ini apabila beberapa tokoh besar juga turut hadir.

Antara pemimpin besar Pakatan Rakyat yang dijangka akan memberi ucapan termasuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Suasana dalam stadium ketika ini dipenuhi dengan empat warna kebangkitan rakyat iaitu oren, merah, hijau dan kuning.

Oren mewakili gerakan menyelamatkan Felda oleh Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), merah mewakili perjuangan NGO 'R' menuntut hak bayaran royalti dan pendaratan minyak dan gas di Kelantan, hijau mewakili gerakan menyelamatkan alam sekitar dan anti-Lynas dan kuning mewakili perjuangan Bersih yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Selain daripada warna dari pakaian yang dipakai, setiap hadirin juga turut diagihkan bendera mewakili keempat-empat warna tersebut.

Malam ini juga kesemua wakil-wakil NGO tersebut diberi peluang berucap memberikan penerangan berhubung perkembangan terkini isu-isu yang diperjuangan mereka.

Perhimpunan malam ini juga dibuat bersempena berlangsungnya Muktamar PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) yang bermula hari ini hingga Ahad nanti.

Perhimpunan bermula sejak petang tadi apabila pelbagai acara hiburan dan ringan diadakan di perkarangan stadium dan di sekitar bandar Kota Bharu.

Perarakan bermotor NgO 'R' mengelilingi stadium kira-kira jam 3 petang.

Selepas itu persembahan kesenian diadakan di situ termasuklah tarian singa dan lain-lain permainan tradisi.










5 ulasan:

Awanama berkata...

Alhamdulillah semoga ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah. Sebenarnya ramai kakitangan awam yang menyokong perjuangan pas tapi disebabkan kekangan kami menyokong dalam senyap. Insya Allah kami akan bersama PAS dlm PRU 13 nanti. Semoga PR akan menguasai PUTRAJAYA.

Awanama berkata...

UMNO kata ada pihak mahu negara keristian, mereka mahu negara islam macam PAS?

Awanama berkata...

Kami pemuda dimalaysia tak mahu BN,UMNO,PTPTN dan AES

Awanama berkata...

Fathul bari dia pilih duit tu yg dia pilih umno

Awanama berkata...

Alhamdullillah!

Masih belum terlambat memilih agama Islam dan menguatkan iman dan taqwa selagi nyawa dikandung badan. Berkawanan dengan umat umat yang tawadduq Islamnya, akan mengalak diri dari terjerumus dalam dunia keduniaaan seperti yang dipromosi oleh umno. Tahniah dengan harapan ramai lagi umat umat Melayu memasuki PAS di masa depan.

Dunia yang dikejar tak akan kemana, mati seksa berkekalan.