27 Nov 2012

SUK Perak Antara Bakal Diheret Ke Mahkamah Kerana Arah Robohkan Billboard


Semua pihak yang bertanggungjawab merobohkan papan iklan KEADILAN di Lebuh Raya Utara Selatan akan diheret ke muka pengadilan, kata Pengarah Kempen Pilihan Raya KEADILAN Perak, Shahbudin Abdul Khatab.

Papan iklan yang tertera gambar Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan slogan ‘Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat’ itu didirikan pada 20 November lalu, di Kilometer 383 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran kawasan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Behrang.

Ia dibina oleh Shahbudin di atas tanah miliknya.

Menurut Shahbudin, kejadian tersebut disedari beliau pada 4.30 petang Sabtu lalu, apabila mendapati pagar antara sempadan papan iklan dan lebuh raya dirobohkan.

“Saya dapati tiang papan iklan turut digergaji,” jelasnya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Beliau percaya perobohan itu atas arahan pimpinan Umno BN.

Tindakan yang dibuat kira-kira jam 11.00 malam pada hari tersebut juga didapati menggunakan jentera kerajaan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sendiri mengarahkan anak syarikat milik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Propel Berhad (Propel) agar merobohkan billboard yang didirikan di atas tanah persendirian itu.

Propel merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya milik Plus itu.

“Saya memaklumkan kepada Propel Slim River dan terkejut dengan dakwaan Propel yang menyatakan pihaknya terpaksa merobohkan papan iklan tersebut atas arahan dari Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata Shahbudin.

“Laporan polis telah dibuat pada malam kejadian, 25 November, jam 1.35 pagi. Kita mahu polis siasat dan bertindak segera ke atas pencerobohan tersebut.

“Kita juga menuntut ganti rugi kepada pihak yang berkenaan antaranya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Daerah kerana merobohkan pagar dan papan iklan yang saya dirikan di tanah milik saya,” sambung beliau.

Naib Pengerusi KEADILAN Negeri, Madhi Hasan yang hadir sama dalam sidang media itu menempelak tindakan kerajaan menghalang kempen tersebut.

“Apakah dengan hanya pemasangan satu papan iklan ia telah menggugat kestabilan negara?,” soalnya.

“KEADILAN melihat ini adalah manifestasi dari ketakutan luar biasa pihak berkuasa Umno dalam menghadapi kebangkitan rakyat.

“Jelas, Umno BN sedang meneruskan budaya politik samseng yang kotor dan tidak bertamadun,” kata Madhi.

Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa Umno BN menghentikan strategi politik kotor terhadap pembangkang.

“Sesungguhnya, pemikiran dan kematangan rakyat telahpun jauh berubah. Marilah kita bersama mengamalkan budaya politik waras dan beradab,” katanya dalam kenyataan.

Iklan tersebut merupakan satu program awal KEADILAN untuk mendirikan papan iklan serupa di tempat-tempat strategik yang dikenal pasti di seluruh negara untuk memberi penjelasan mengenai perjuangan Pakatan Rakyat dalam membela nasib seluruh rakyat seperti mana yang tertera dalam Buku Jingga. -KD


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di tv perdana , sibok pihak KERAjaan menyuruh rakyat memahami RUKUN NEGARA dengan mengheret kanak2 agar melahirkan kecintaan kepada negara. Rupa2nya RUKUN NEGARA sememangnya HANYA untuk disiar2kan bagi golongan kanak2 agar dapat diterjemahkan dalam kehidupan di negera tercinta ini, TETAPI ianya TIDAK SEKALI2 untuk golongan yang telah berkawan dengan syaitan rupa2nya. KO UMNO , UMNO KO . UMNO HANCUR RAKYAR MAKMUR.

Ammy Hassan berkata...

Sudah2 la tu Propel, 4 org maut dah cukup... jgn tambah doa musibah lagi dari org2 yg dizalimi... usahlah jd talibarut syaitan2 laknatullah...

Tanpa Nama berkata...

Begitu juga berkaitan rasuah. Hanya pegawai kerajaan diarah/suruh jangan melakukan rasuah. Tapi yang duduk atas puncak kuasa balun wang rakyat sebanyak kehendak yang mahu.