19 Nov 2012

Selepas 25 Tahun Buat Dosa SB Bertaubat & Minta Maaf Pada PAS

Kota Bharu: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis.

"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas..... saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.

Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.

"Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya.

Cabar Majlis Fatwa

Pada masa sama beliau yang juga bekas OCPD itu turut mencabar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tentang gaji yang diperoleh oleh mana-mana calon yang menang pilihan raya melalui penipuan pilihan raya.

"Saya nak cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya kemudian menang.

Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana dengan gaji mereka.

"Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakil 'haram'.

"Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?"

"Ya gaji yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya balik ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat.

Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk.

Ditambah pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur.

"Kalau bersih! sudah tentu kita sapu bersih Umno BN. Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diringi takbir para perwakilan.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamddullillah!

Masih ada masa untuk bertaubat selagi nyawa dikandung badan. Seksa kubur itu benar dan cukuplah menganiaya diri sendiri dengan menipu bahawa "esok masih ada".

Satu badan hidup makan duit rasuah, hati jadi hitam susah untuk menerima ajaran agama Islam, jauh lagi mendengar azan sholat berkumandang setiap hari.

Sesungguhnya janganlah tertipu akan kemewahan dunia dan ketahuilah, ne. Raka jahanam tempat pulangnya bangkai bangkai bernyawa yang menganiaya rakyat sehingga kini.

Tanpa Nama berkata...

kesian PAS kebiasaannya yang masuk PAS adalah orang yang telah lalai, bila nak kembali kepada Islam mereka kebiasaannya tidak tahu membezakan Islam dan Parti politik. Macam artis2 yang konon nak berubah lah.

Kita tengok kalau betul2 orang nak masuk Islam mereka tidak pergi kepada PAS tetapi pergi kepada saluran Islam sebenar

Tanpa Nama berkata...

dosa yang anda lakukan,tak pula mahu dihuraikan. yang kamu bodoh sangat pergi patuh kemudian nak "tahikan" orang lain apa hal. untuk berlaku adil & saksama, beritahu apa dosa yang telah anda lakukan terhadap pas. jangan auta je lebih. jangan nak salahkan orang lain atas kebodohan diri sendiri. pilihan ditangan anda. bila terdesak mula cari kambing hitam untuk menghalalkan cara. tak malu....

Tanpa Nama berkata...

komen b'asaskan fakta dan tidak kpd semborono...jelas tuan diri bekas SB b'usaha utk minta maaf ats k'salahan beliau sebelum ni t'hadap parti PAS...jika benar tujuan beliau sebaliknya, tanyakn p'soalan itu kpd beliau dahulu sblum m'nyampaikn komen kosong shj....klu slahkn tak baik, b'dosa...secara amnya, PAS adlh parti yg ikhlas b'juang m'jadikn rakyat Malaysia benar2 hidup dlm cara hdup Islam...sebaliknya UMNO, p'juangan nmpk rapuh...mslah sosial meruncing, beban sara hidup mningkat, adanya ciri k'pimpinan UMNO antara p'mimpin yg jujur d'persoalkn...ak hrap pnyokong UMNO pn faham k'bnyakan sokongan rakyat tanpa perlu sogokan wang dan hnya ikhlas utk ciri p'mimpin Islam yg jujur dan amanah...:)

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti saluran Islams sebenar bukan Parti Syitoonnn UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Biarkan pencacai umno melalak dlm blog ni..aku suka baca komen diorg sbb blh nampak kebebalan diorg...heheheeheheh...

Tanpa Nama berkata...

"Pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan sebagai pengundi."

Pengakuan ini boleh diterima kerana ia datang daripada mulut bekas OCPD sendiri. Bermakna pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing memang betul.

Tanpa Nama berkata...

Dah ramai orang yang bertaubat menyokong islam, tak sokong lagi syaitan yang dikenali

Tanpa Nama berkata...

Bagus, walaupun ada rasa sesal atas perbuatan masa lampau tapi masih boleh diperbaiki, yang penting iktibar bagi yang masih bertugas, waspada/berpada2lah ingat jika dipanjangkan usia kita,Allah mendera sebab kita lalai.