Kerajaan Pusat terus didesak untuk menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menangani masalah salahlaku anggota polis.
Ianya perlu ditubuhkan kerana kepercayaan terhadap pasukan polis semakin terhakis ekoran beberapa insiden yang mencemar imej professionalisme anggota polis.
Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata, Suruhanjaya itu perlu untuk mendisiplinkan anggota polis kerana ada anggotanya yang menyalahgunakan kuasa yang memerlukan tindakan khusus bagi menangani masalah itu.
“Jadi perlu ada satu badan yang bebas untuk mengawal tindak tanduk anggota polis supaya tidak membatasi undang-undang dan juga perkara yang memalukan,” ujar Anthony ketika dihubungi TVSelangor.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian tiga anggota polis yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang wanita warga Indonesia di Berek Balai Polis Perai baru-baru ini.
Jelas beliau, akibat tiada sistem untuk memantau tingkahlaku polis itu maka kejadian sedemikian dikhuatiri akan terus menjejaskan imej pasukan polis di peringkat nasional dan antarabangsa.
“Maka perlu ada kehendak politik yang tinggi bagi memastikan wujudnya IPCMC itu,” katanya.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) komited untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas berkenaan jika berjaya dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini.
“Jika kita berjaya ke Putrajaya, kita akan menyiasat bagaimana agensi-agensi kerajaan dapat dipertingkatkan dan professionalisme badan-badan penguatkuasa dapat ditentukan,” katanya.
Sebelum ini,Penubuhan IPCMC dicadangkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Perdana Menteri kelima) pada 29 Disember 2004 ketika merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander Briged Pasukan Gerakan Am dan Komandan di Putrajaya.
Bagaimanapun, ketika majoriti pendapat menyokong cadangan penubuhan IPCMC oleh suruhanjaya itu, polis dan ahli-ahli Parlimen Umno menentang penubuhan IPCMC. -selangorku

2 ulasan:
Skg ni da sukar nak bezakan mana 1 polis mana 1 perogol...klu perogol apsal pakai uniform polis..??apsal kje kat balai polis...??dan klu betul polis...apsal blh rogol lak OKT?rogol OKT tu SOP PDRM ke?atau rogol OKT kat balai polis tu bukan satu kes jenayah.....jawab la menteri KDN dan igp...
kenapa perlu ditubuhkan IPCMC ni….rasenye klo ade salah laku anggota n pegawai PDRM mereka ttp juge disiasat kan….x ade double standard….
Catat Ulasan