Syor jadi PM, syok juga sepintas lalu - kata Hadi
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berseloroh selepas dicadangkan oleh Dewan Ulama yang mahu beliau menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
"Syok (seronok) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita menangkan Islam, lepas tu nak mati, matilah,"katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu hari ini.
Abdul Hadi memberi contoh sejarah Rasulullah menjawab pertanyaan kabilah Bani Amir yang bertanya siapa yang akan menjadi ketua jika Allah menjanji kemenangan pembinaan negara Madinah.
"Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin kabilah yang bersedia untuk menawar diri mereka dengan Islam, Allah menjanjikan kemenangan, (dan) satu kabilah, Bani Amir, Nabi tawar Islam, (kata) Allah janji kemenangan, tegak negara kalau berjaya.
"(Wakil kabilah bertanya) Kalau menang siapa jadi raja, ketua, menteri dan pemimpin. Nabi Muhammad SAW berkata kekuasaan itu milik Allah dan Dia beri kepada siapa yang dia kehendaki. Itu jawapan Nabi. Jadi selepas ini kita ikut ajar begitulah," katanya.
Kemudian Hadi berkata:" Saya tidak mahu menjadi seperti Ustaz Azizan (Abdul Razak), dia tahu saya suka memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut, sebelum pergi, dia minta anak buah dia tumbuk rempah siap-siap nak masak ikan jenahak," katanya yang iringi gelak ketawa hadirin "(Tetapi) pergi ke laut boleh (dapat) ikan belukang.... Belum apa-apa lagi dah tumbuk rempah.... Dan kita perlu mengikut apa yang diajar oleh Nabi SAW," katanya.
Dalam ucapan itu, Abdul Hadi mengulangi iltizam parti itu untuk bersama-sama Pakatan Rakyat kerana ia merupakan realiti di Malaysia.
Katanya, parti tidak boleh bersendirian untuk memimpin masyarakat majmuk berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan dan resolusi yang telah ditetapkan oleh gabungan itu.
Menurutnya lagi, parti itu akan terus melaksanakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) kerana mengikut peraturan hubungan antarabangsa dalam Islam "damai didahulukan".
Menurutnya lagi, ulama di alam Melayu telah menyampaikan Islam dan kefahaman politik kepada pemerintah di negeri-negeri Melayu termasuk membenarkan orang Buddha menjadi rakyat bersama-sama orang Islam dalam masyarakat majmuk.
Katanya, tidak mungkin rakyat dapat disatukan atas dasar perkauman sekaligus menempelak parti yang berasaskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC sebagai "tidak relevan".
"Sekejap-sekejap kemudian apikan semangat kaum masing-masing... Ia sudah tidak sesuai lagi," katanya sambil mengingatkan jentera parti supaya membuat persiapan zahir, jasmani dan segala kekuatan dengan penuh ikhlas bagi menghadapi pilihan raya umum.
Berucap lanjut, Abdul Hadi juga berkata tidak timbul kumpulan ulama dan bukan ulama dalam parti itu dengan menyifatkan ia sebagai "mengarut dan jangan terikut-ikut dengan rentak lawan".
"Majlis Syura tidak jumud dan terbelenggu, kerana melibatkan kalangan profesional untuk memberi penjelasan berhubung perkara duniawi "Tidak timbul kumpulan ulama, profesional, kumpulan laga ayam.... Ini mengarut dan jangan terikut-ikut dengan lawan kita," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

8 ulasan:
Bukan kah perlantikn siapa jadi PM jika PR menang telah d muafakatkan atas perbincangan sesama pemimpin PR...x faham deng, MALU dengan pemimpin DAP yg bukan beragama Islam, mereka brpegang pd eputusan brsama..mesti telah d bincang siapa yg LEBIH LAYAK..Jangan pulak ada yg nak sabotaj Tuan Guru Hj Hadi...sebab rakyat pelbagai kaum tau siapa yg paling layak..DAP dah beri sokongan secara trbuka ikut kputusan mesyuarat. .
Ahli ahli PAS perlu matang dan berfikiran berQualiti, sebelum memberi cadangan mahupun menjadi pemimpin. Buat masa ini, pimpinan PAS baik pusat juga pemuda masih lemah kurang cendiakawan dan tahap sekolah menenggah walaupun berpendidikan universiti. Ini mungkin boleh membawa negara takuk jahiliah.
Yang korang orang pas pon dok pecaya putaq belit berita spin utusan ,bh sapa suruhhh!!putaq habihhhh
Biaq pro aktif, tumbuk rempah dulu bila dah ada ikan terus boleh d masak ikan, tak perlu nak tunggu2 lagi..ni dapat ikan baru nak tumbuk rempah buang masa je tuan Presiden..sementara tunggu tumbuk rempah macam2 boleh jadi kat ikan..
Biar pro aktif kalau nak maju Tn. Presiden..Biar tumbuk rempah dulu walaupun masih belum dpt ikan, dah dapat ikan boleh teru.s masak. Tak perlu tunggu lama2 kerana macam2 boleh berlaku kepada ikan sementara menunggu rempah d tumbuk. Kalau d tumbuk sewaktu sdg mancingMasa dan tenaga pun boleh djimatkn sementara menunggu ikan makn umpan, tidak kah mcm tu Tn Presiden.
Terhingin i nak memancing dengan tok guru base on gambar diatas. Tak tahu bila ada kesempatan untuk memancing dengan tok guru.
dari dulu sebahagian ahli Pas perangai mcm ni..xpandai2 nak mengelecek bola kalau dah pasti kena masuk pdg utk perlawanan dgn umno..jgn pakai pelikat dgn kaki ayam..tentunya umno kalahkan Pas sampai 11-0 lg. Bila PKR masuk dlm pertandingan bola ni baru nampak seimbang sikit..ada peluang utk PR menang 7-4 kalahkan umno/ee end tu....fahammmm ke..jgn ikut emosi dlm Pas aje...jaga hati kwn2 lain PR
Inbi semua angkara suara Dewan Ulamak dan Tim.Mursyidul Am,Harun Din.Kalau dulu jadi Menteri Besar Trengganu pun gaggal,macam mana pulak nak memerintah Malaysia.Dewan Ulamak jangan gunakan perasaan bila buat usul.Sudah lama kepimpinan Pakatan Rakyat memutuskan siapa akan jadi PM sekiranya Pakatan Rakyat berjaya kePutrajaya.Buat apa nak keruhkan keadaan diambang PRU 13.Yang penting,buat kerja untuk kemenangan.
Ucapan Penutup Harun Din tak boleh pakai.Dia bukan sahaja tak berapa suka pada DSAI,dia amat tak bersetuju dengan Pakatan Rakyat sebab salah seorang ketua UG.
Catat Ulasan