Seorang wakil bukan Islam di Muktamar PAS ke-58 hari ini memuji kesederhanaan PAS, dan menolak dakwaan BN bahawa parti itu sebagai ekstremis.
Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) K Deepakaran berkata stigma terhadap PAS itu perlahan-lahan terhakis sejak pilihan raya umum 2008.
"Sebelum 2008 apa yang terjadi, apa pandangan tentang PAS daripada masyarakat lain, terutamanya India dan Tiong hua.
"Kamu nak masuk masuk PAS ke?.... Kalau kamu sokong, kamu kena peluk agama Islam, macam-macam lagi.... kena potong (bersunat) itu," katanya disambut gelak ketawa perwakilan "Kalau kamu sokong PAS, tiada tempat ibadat untuk Hindu dan Tiong hua. Apa jadi sekarang? Yang Berhormat kita, sampailah tok guru, sampai pemimpin sekarang tak ada masalah boleh masuk kuil, duduk satu meja bincang.
Kenapa? (Kerana) kita sudah ditarbiyahkan," katanya yang sekali lagi mencuit para hadirin. -mk
3 ulasan:
Melayu akan dihormati jika islam dimartabat oleh pemimpin..
Kalau saya ahli tegar BN saya akan kata, "ah...dia ni dibayar untuk kata begitu". Tapi kerana saya bukan ahli mana-mana parti politik maka saya berkata, "kebenaran akan dirasai oleh orang yang mahu mencarinya."
Ini perbezaan apabila PAS berdamping dgn org bukan islam..mereka lebih memahami islam...tapi umnongok berdamping berkawan dgn mca mic gerakan..mereka lagi x phm apa itu islam..
Catat Ulasan