26 Nov 2012

MURSHID Juga Kata Tak Salah Doa Hancurkan Organisasi

Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) berpandangan berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah, jika ia membawa kebaikan.

Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.

“Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan.

“Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka.

Isu doa sebelum ini timbul ekoran doa pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV sempena Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini.

Doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat itu antara lain menyebut 'Hancur BN' dan 'KO BN' pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, akhbar berbahasa Melayu itu juga turut memetik pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Beliau berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? "Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya dipetik akhbar itu lagi.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


8 ulasan:

Amuraria berkata...

MOGA DIPERKENANKAN ALLAH SWT AKAN KEBINASAAN KERAJAAN SEKUTU APCO YANG ZALIM AAMEEN ,ABU !

Andre Irwan berkata...

Berdoa kepada Allah swt salahkah? Yang boleh tunaikan hasrat tu ialah Allah swt. Kita berdoa kepada Allah swt kerana dimintaNya. Lebih baik kita berdoa dan memohon kepada Allah swt daripada kita melakukan tindakan ini. Hanya Allah swt yang maha mengetahui. Kalaulah Allah swt mengizinkannya berlaku, maka berlakulah. Kita ni manusia biasa saja. Tak perlulah kita pertikaikan doa ini sedangkan Allah swt suruh kita memohon apa saja dariNya.

Roza berkata...

UMNO/BN memandang semua orang lain tak betul sampai berdoa pun salah.Biasalah, Rasulullah pun diperli. Tak cukup lagi...HUDUD pun ditolak ke tepi. Yang pasti mereka terkasima dan trauma pula dengan Soi Lek, terus menikus. Subhanallah.

Tanpa Nama berkata...

hanya pada Allah kita berserah dan memohon. Dalam keadaan terdesak akibat sering ditindas dan dizalimi, tiada tempat lain untuk mengadu, hanyalah kepada Allah.

وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ
(dan Tuhan kamu berfirman:
berdoalah, nescaya Aku perkenankan untukmu)



Pakcu Rantau Panjang berkata...

Maaflah Pakcu bukan orang alim tapi Pakcu rasa dunia politik kita yang menjadikan doa sekarang macam "ROCK"

Bertepik-tepik dan sambut dengan takbir..kalau ikut kesah sejarah orang Sufi jika berdoa kenalah tawajuh, rendah diri dan tawakal..entahlah dah ramai orang alim sekarang.macam-macam punya pendapat dan fatwa..... yang tu kata gini yang tu kata lain pulak..

Dah ada 2 kumpulan maka doa pun berbeza-beza ada kata doa kutuk boleh ,ada tak boleh...ish..ish...

Tanpa Nama berkata...

ya Allah sesungguhnya hambamu ini merasa sedih dgn keadaan ini. jadikanlah mahluk insani semalaysia ini punya sikap bersederhana dalam kehidupan dan prinsip perjuangan,utk sama menuju keredhaanmu dan bukan sebaliknya,kerna adakalanya ia diluar kawalan hambamu. ya rab amin ya rabbal alamin...sabah..S saya A Bin A H dari hambamu

Pak Da Pasir Mas berkata...

Ambo pun ingin juga berdoa ....

Ya Allah Ya Rahman .. Ya Allah Ya Rahhim ... Ya Zaljalaliwalikrram Tuhan yang menguasai sekelian kekuasaan. Bukakanlah .. Ya Allah pintu hati Pak Cu Rantau Panjang supaya dapat melihat dengan sejelasnya kebejatan,penipuan dan kebobrokan Umno dan Barisan Nasional ke atas seteru-seteru politiknya.
Amin Ya Allah !!!

Tanpa Nama berkata...

1) Ibnu Kathir sebut dalam Tafsir beliau bahawa sahabat Nabi yang bernama Sayyidina Abdullah bin Abbas dalam menghuraikan ayat 148 surah al-Nisa’ kata: “Allah tak suka seseorang mendoakan kebinasaan orang lain melainkan kalau orang yang didoakan tersebut menzalimi orang yang berdoa. Maka ketika itu tidak mengapa yang dizalimi mendoakan kebinasaan orang yang dizalimi”. (Tafsir Ibni Kathir 1/571)

2) Sahabat nabi yang bernama Sa’d bin Abi Waqqas pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar telah dituduh oleh seorang penduduk Kufah yang bernama Usamah bin Qatadah bahawa Sayyidina Sa’d antaranya tidak adil di dalam hukuman yang diputuskannya. Akhirnya Sayyidina Sa’d telah berdoa: “Saya benar-benar akan berdoa dengan tiga doa. Ya Allah sekiranya hambamu ini (orang yang menuduh) menipu yang dia berdiri hanya untuk tujuan riak dan mendapat nama, maka panjangkanlah umurnya, panjangkanlah kefakirannya dan timpakanlah dia dengan pelbagai ujian”. Lelaki yang menipu itu akhirnya telah berusia terlampau lanjut tetapi masih lagi mengorat dan mengacau anak-anak gadis. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis ke-762)

3) Seorang sahabat nabi yang bernama Sa’id bin Zayd bin ‘Amr bin Nufayl telah dituduh oleh seorang wanita yang bernama Arwa bahawa Sayyidina Sa’id telah merampas haknya lalu Sayyidina Sa’d berdoa “Ya Allah, sekiranya wanita itu menipu, maka butakanlah matanya dan jadikanlah kuburnya di dalam rumahnya”. Wanita itu akhirnya telah buta dan akhirnya ketika dia sedang berjalan, dia telah terjatuh di dalam sebuah telaga yang berada di dalam kawasan rumahnya lalu dia akhirnya mati di dalam telaga tersebut. (Sahih Muslim, Kitab al-Musaqah, hadis ke-4218)

4) Apabila Hajjaj binYusuf al-Thaqafi membunuh seorang ulama Tabi’in yang bernama Sa’id bin Jubayr secara zalim, al-Imam al-Hasan al-Basri telah berdoa “Ya Allah, wahai tuhan yang melumat-lumatkan orang-orang yang zalim, lumat-lumatkanlah al-Hajjaj”. Akhirnya selepas tiga hari doa kebinasaan itu diucapkan oleh al-Hasan al-Basri, perut al-Hajjaj telah berulat dan membusuk dan akhirnya matinya si pemerintah yang zalim ini (al-Bidayah Wa al-Nihayah 9/9).Wallahu A'lam