29 Nov 2012

[IMBAS KEMBALI] Menteri KDN Gagal Jawab Siapa & Mengapa Rekod Perjalanan Altantuya Dipadam

Menteri Keselamatan Dalam negeri, Hishamuddin Tun Hussein gagal untuk memberikan penjelasan terhadap soalan ahli parlimen Pakatan Rakyat di parlimen mengenai pemadaman rekod perjalanan Altantuya oleh pihak Imigresen.

Ahli Parlimen PKR Gombak di dalam soalan tambahannya kepada soalan asal No. 3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) adakah pihak Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kaedah tertentu bagi menghalang warganegara asing daripada memasuki Malaysia semula setelah dihantar pulang ke negara asal mereka apabila didapati berkelakuan salah; dan

(b) berapa jumlah warganegara asing yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka dan berapakah jumlah yang berjaya ditangkap semula setakat ini sejak 2005. [7 Jun 2010]

BERKAITAN:

Siapa padam rekod perjalanan Altantuya?

Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.

Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan.

"Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hishammuddin tentang tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk memantau pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini.

"Hishamuddin menjawab bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab dalam memantau pergerakan berdasarkan aspek keselamatan dan ancaman kepada negara. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan itu sudah tentulah Jabatan Imigresen memerlukan satu pengkalan data bagi memastikan segala maklumat warga asing akan disimpan dengan baik, agar menyenangkan untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Pada masa yang sama saya inginkan penjelasan dari kementerian apakah bidang kuasa Jabatan Imigresen untuk memadamkan dan menghilangkan rekod perjalanan warga negara asing khususnya Altantuya.

"Sekiranya rekod ini dipadamkan siapakan yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

"Kita melihat tindakkan memadam rekod pergerakkan warga asing adalah satu jenayah yang besar dan perlu diambil serius.Perkara ini perlu diatasi bukannya membiarkan begitu sahaja," jelas beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Azmin juga merasa dukacita dengan tindakan Hishammuddin kerana cuba mengelak memberi jawapan kepada soalan beliau sehingga jawapan yang diberikan terdapat percanggahan.

"Saya dukacita dengan kenyataan yang diberikan oleh Hishammuddin terhadap soalan tersebut, beliau cuba untuk mengelak memberi jawapan. Saya dapat melihat dengan jelas beliau cuba mendapat isyarat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan berada di dalam Dewan.

"Kenapa perlu tunggu isyarat dari Najib dan apa kaitannya dengan Najib, bukankah itu adalah tanggungjawab Jabatan Imigresen yang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Reaksinya jelas tidak mahu memberi jawapan dan akhirnya beliau memberitahu jawapan telah diberikan sebelum ini.

"Bagi saya tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh kementerian terbabit berhubung rekod warga Mongolia yang telah dipadamkan itu. Tindakan kementerian yang cuba mengelakan dan membuat penafian ini jelas menimbulkan pertanyaan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kita perlukan jawapan yang jelas dari kementerian, beliau bukan selalu ada di Dewan jadi kesempatan inilah yang sepatut digunakan untuk memberi penjelasan bukan membuat penafian. Kita tahu kehadiran Altantuya di Malaysia tetapi kenapa rekod perjalannya memasuki Malaysia telah dipadamkan, kementerian perlu berani berhadapan dengan situasi sedemikian," tegas Azmin lagi.


7 ulasan:

batu pelangi berkata...

Jahanam NEGARAKU sekiranya puakx
CELAKA ni masih lagi memerintah!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak padam alamat tak jadilah
pm macam yang ada sekarang sebab itulah pelbagai perkara pelik yang kita boleh lihat hari ini, hantu Altoya dah jelma jadi terpaksalah guna apa cara sekali pun untuk menang PRU13 ni, jangan pangkah lagi UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

Agensi lain yang banyak terlibat dengan hal bakar-membakar ialah Pejabat Tanah.Fail2 permohonan tanah org2 kampung dibakar untuk memberi laluan beberapa pegawai dan wakil rakyat Umno memperolehi tanah.Jika siasatan itu telus banyaklah jerung2 boleh diperangkap.

Tanpa Nama berkata...

deepak dah dedah.
musa dah dedah.
kini tiba pula masanya,
ketua imigresen buat dedahan.

Tanpa Nama berkata...

musa dah dedahkan
hishamuddin campurtangan
dan melangkaui kerja polis.
elok juga kalau musa
dedahkan siapa pula suruh
imegresen padam rekod
perjalanan altantuya.
tak payah tunggu hishamuddin
buang masa saja.
perkara ini, musa tentu tau...

Tanpa Nama berkata...

biasalah tu.ingAT orang tak tau.

Arman S berkata...

macam - macam la..